Friday, December 2, 2011

Dosa hamba

Ya Allah Ampunilah dosa hambaMu ini, dia menyeru ke arah cahaya Illahi namun dia sendiri belum yakin , dia mengajak mencintai Mu namun dia sendiri belum , Ya Allah ampunilah hambaMu ini dan bawalah diri hambaMu ini ke jalan yang benar,,,,,

Thursday, December 1, 2011

Cinta yang sebenar

Sebentar tadi sesi pembentangan individu berlangsung di kalangan kumpulan HPD 112 . Aku pembentang ke-19 , yang sudah pasti ianya lambat lagi kerana baru ini hanya 6 orang sahaja yang telah bentang.

Pembentangan mereka memang menarik namun ada sedikit yang kurasa kurang enak.

Pembentang pertama berkongsi tentang situasi pabila ditinggalkan pasangan ( awek ) , jalan mengenal pasti apabila awek sudah tidak berminat lagi dengan kita serta solusi.

Diakhirinya pula dengan berkata,

"Semoga kita mampu bahagia bersama pasangan kita dan tidak berlaku sebarang konflik lagi"

Ya, benar kita harus sangka baik namun kelihatan kecenderungannya ke arah pasangan sebelum kahwin. Seolah mahu beritahu semua yang ada agar berhati-hatilah agar awek anda tidak lari.

Bagaimana boleh begitu sekali terjadi?

sampai boleh dijadikan sesuatu yang maksiat itu seperti halnya perkara norma yang layak diperkenalkan serta dipesan beberapa tips demi mengekalkannya.

Antara tips adalah membantunya, dan sebagainya, antara tips ingin tahu dia masih sayangkan anda, dia bla,bla.bla

Jadilah kita pencinta Allah

Aku seolah mengerti akan wujudnya kekosongan dalam jiwanya itu.

Jiwa yang menginginkan kasih sayang dan cinta yang sebenar.

Namun tak akan ditemuinya melalui pergaulan berlainan jantina sebelum kahwin seperti yang disebutkannya. maka lopong itu tetap ada serta bertambah parah andai tersilap memilih cinta.

Cuba sama-sama kita bayangkan seorang yang cintanya itu cinta pada pencipta Cinta.

Pencipta cinta ini jugalah yang memberinya ketenangan serta kebahagiaan. Malah tidak dituntutnya kita membalas kecintaannya ini melainkan kita benar2 menjadi hambanya yang taat.

jadilah kita insan yang mencintai ALlah nescaya kita kan untung selama-lamanya.