Wednesday, October 24, 2012

betulkah kamu mahu ikut jalan ini

kini ku terfikir bagaimana seseorang itu masih boleh memikul tugasan dakwah di kampus pada masa yang sama berlambak bebanan akademiknya terutama seorang pelajar perubatan.

Pernah seorang sahabat berkata pelajar medik di Malaysia ini sahaja yang suka memberi alasan sibuk. Medik oversea bole saje involve dalam aktiviti luar dan dalam kampus.

Memang ada betulnya di situ.

Sebenarnya it's a matter of you want to do it or not.

Mahu seribu daya tak mahu seribu dalih.

Kalau seseorang yang meletakkan cintanya, minatnya pada bolasepak semestinya keutamaan hidupnya diberikan pada bolasepak.

Dia akan tetap cuba sedaya upaya kosongkan jadualnya agar berpeluang menonton perlawanan siaran langsung  pasukan kegemarannya berentap paling kurang pun dalam 90 minit.

Seorang yang hobinya makan copstick setiap hujung minggu maka akan cuba sedaya upaya hadir ke restoran tersebut setiap minggu. Sekiranya ada program lain dia pasti akan menolak atas alasan ada perkara yang lebih penting kononnya.

Seorang ibu yang kegemaranya menonton drama bawang putih bawang merah setiap hari jam 2 petang pasti akan menyiapkan segala masakannya dan tugasan rumahnya sebelum itu supaya boleh memiliki masa satu jam yang kosong di hadapan televisyen.

Maka begitu jugalah yang terjadi kepada kita.

Sekiranya perkara itu kita utamakan semestinya kita tidak akan memberi alasan yang bermacam.

Alamak malam ni usrah ke? aku belum siapkan lagi lah assignment. minta maaf la bro..

Alamak!!lupa pulak pagi esok ada rehlah. Bukan minggu depan ke. kirim salam jelah pada sahabat lain ye...

aduh, bila aku ada kerja mesti ada usrah, bila usrah pulak mesti aku tiba-tiba ada kerja..pelik betul. pergilah dulu. kang aku ada,, adalah.... takda usah cari pulak.huhu.....

Wahai ikhwah dan akhwat yang dicintai..

Wajarkah alasan sebegitu diberikan. Sedangkan kita tahu dan pasti bahawa dia memang tidak akan buat kerja yang dikatakannya itu, malah sempat pula diupdate status terkininya di muka buku. Sempat pula download cerita baru. Sempat pula lepak berjam lamanya di bilik kawan lain.

Maka di sinilah kita lihat dimana silapnya.

Tatkala keutamaan hidup dibiarkan nafsu memandunya.

Sehingga nafsu didahulukan hingga masa untuk perkara kebaikan ditutup seketa-keta yang boleh

Masa yang memang ada

Sebenarnya masa itu ada. Namun ia akan hilang sekiranya kita isikan ia dengan perkara-perkara lain yang tidak bermanfaat.

Masa antara maghrib dan isya bole kita gunakan sepenuhnya membaca buku agar selepas isya itu kita boleh menghadiri usrah.

Daripada menghabiskan masa berjam di depan komputer bermain permainan maka cubalah gantikan hanya 20-30 minit untuk siapkan sgala macam tugasan akademik yang belum siap agar sewaktu usrah atau ceramah dapat kita hadirkan diri..

Kesimpulan

Benarkah kita ini cinta pada Nabi kita Muhammad? Cinta Allah?

Bukankah baginda sendiri tidak pernah memberi alasan tatkala diamanahkan sebagai ketua negara, ketua tentera, ketua hakim, ketua rumah tangga dan sebagai pembawa risalah dakwah bagi ummah.

Semestinya baginda akan merasai keletihan yang amat sangat. Namun mana mungkin mana mungkin baginda akan berhenti atas alasan letih. kenapa?

Kerana kecintaan luar biasa Baginda pada tugasan ini dan pada Allah mengatasi segala macam kekurangan. Hatta setelah dihalau, dibaling batu penduduk Taif tetap saja baginda meneruskan tugasan dakwahnya sekembalinya di Makkah..

Marilah sama-sama kita membina semula kekuatan hubungan kita dengan Allah. Jadikanlah kisah para pejuang di jalan Allah pendamping dalam perjalanan kita ini. (bukannya kreko dan naruto). 

Jadikanlah niat kita ini sentiasa diperbaharui dan disuci dari pelbagai anasir duiawi yang hanya nikmat sementara dan tipudaya semata-mata.(bukanlah pujian manusia yang kita harapkan)

lazimkan doa matsur Nabi dan solat berjemaah di surau (bukannya lazimi dengan tidur dan berjemaah dalam mengumpat).

Cubalah berkorban dengan lebih banyak lagi demi urusan agama ini. Moga pahitnya yang sementara ini akan dibalasnya dengan kemanisan hatta di dunia pun akan kita merasainya bahkan di akhirat..

 InsyaAllah kita tolong agama Allah maka kita akan dibantuNya. InsyaAllah.Selamat berjuang sahabat.perjalanan masih panjang...

p/s: Ini adalah ulama bernama Fathi Yakan. beliau seorang engineer dan juga pendakwah.moga kita mampu jadi sepertinya.






Tuesday, October 9, 2012

Tarbiyah medik

Huhu. sememangnya kini baru kufahami mengapa abang akak sering memberi amaran pada kami akan cabaran memasuki clinical years ni. Memang aku setuju sepenuhnya.

Baru aku tahu betapa ujian itu hanya mampu dipikul oleh mereka yang benar-benar ikhlas dan kuat semangat juang. Kenapa ku kata begitu??

Baru beberapa hari sudah ku membentangkan kes pesakit yang mengalamai renal failure pada seorang Dr. sejak awal hingga habis aku diserang dan terasa seolah aku ini sebuah batu tunggal yang tidak berguna. Panas yang susah digambarkan tatkala ward round oleh seorang dr pula yang sangat suka menyoal soalan spesifik yang sudah pasti kami tiada jawapan untuk itu,

Dulunya kita diberi masa seminggu paling sekejap untuk buat persiapan pembentangan , tapi sekarang lusa mahu hari ini baru cakap. pesakit pula semua mengelak dari ditemu bual oleh pelajar perubatan 

ini sebahagian coretan yang sempat kudengar.

ada banyak lagi. yang menguji kita hingga ke tahap kita hanya mampu terduduk dan berkata
" mengapalah aku pilih bidang ni ye?"

Namun pada masa yang sama sebenarnya  di sinilah wujudnya unsur tarbiyyah yang sangat luar biasa kesannya. Bukankah menahan dengan sabar tatkala diherdik dan dihina oleh doktor itu satu medan menjadikan kita lebih bersedia berhadapan dengan masyarakat sebenar di luar sana. Dengan manusia atau mad'u yang pelbagai kerenah memerlukan latihan bagi kita..

Bukankah setelah ditegur dengan cara dimalukan itu akhirnya kita dapat tundukkan ego kita. Kita semakin menyedari betapa kerdilnya kita di sisi manusia. Maka apatah lagi di hadapan penguasa seluruh manusia Allah Azza Wajalla.

Bukankah setelah diberi tugasan yang banyak dalam jangka masa yang pendek itu mendidik kita menjadi insan efisen dalam bekerja. Menjadikan kita fokus pada perkara penting dan meninggalkan apa yang tidak perlu.

Bukankah dengan banyaknya soalan susah oleh doktor itu menjadikan kita lebih banyak membaca dan mengkaji.

Bukankah dengan berdiri begitu lama sewaktu ward round dan bed side itu mengajar kita pengorbanan demi ilmu serta menguatkan tubuh badan kita agar lebih kental dalam perjuangan hidup ini.

Dan bukankah berjam-jam lamanya setiap sesi itu mendidik kita agar untuk mendapatkan sesuatu itu bukan mudah malah perlu mengorbankan sesuatu.

Walaupun akhirnya masa tidur dikurangkan namun bukankah itu latihan bagi kita yang ingin bekerja untuk islam agar kurangkan keselesaan dan banyakkan bekerja dan bekorban.

Namun walaupun begitu banyak tarbiyah yang berlaku di hospital tetap kita diuji dengan bermacam perkara lain di samping hal-hal medik.

Apakah ada lagi cabaran lain?

Ya, kita juga disibukkan dengan tugasan dakwah di kampus
Bagaimana mungkin kita mampu. Pelajar yang semata-mata hidupnya untuk belajar pun merasai kesusahan bagaimana pula pelajar yang terpaksa membahagikan masanya untuk dakwah. Apatah lagilah.

insyaAllah akan disambung pada post akan datang..





Wednesday, September 26, 2012

dilema seorang ketua

Jam menunjukkan tepat 1:45 pagi..

Huh, tidak boleh tidur, walaupun mata pejam celik tanda mengantuk amat sangat.

Hati resah gelisah..

Tanda dan simptom penyakit apakah itu wahai pembaca sekalian?

Itulah dia seorang insan yang mendapat taklifan sebagai ketua.

Tidak senang duduk dibuatnya. Masalah demi masalah menyapa menanti solusi seolah-olah ia boleh datang bergolek  seperti air tin dari vendor mesin.

Sangat suram dibayangkan tatkala masalah itu dibiarkan melarat hingga tidak tertunai amanah sebagai seorang pemimpin itu. Maka takut-takut akan disoal Allah atas segalanya dalam keadaan tiada alasan yang boleh diberikan.

Sebenarnya setelah diteliti dan dirungkai dan dengan ilham dari Allah swt sedikit demi sedikit rupa-rupanya solusi itu menerjah. Akhirnya baru diketahui perkara apa yang patut dibingungkan oleh seorang ketua itu.

Dia tidak perlu risau akan tempat mana diadakan program, bagaimana ingin menyediakan poster, bagaimana menempah makanan dan segala macam hal teknikal yang lain.

Itu semua boleh diserahkan pada setiausaha atau sahabat lain.

Namun apa yang perlu difikirkan oleh seorang pemimpin (terutama sekali pemimpin gerakan atau persatuan islam) adalah bagaimana ingin mengkaderkan seluruh ahli di dalamnya agar menjadi produk yang sempurna proses tarbiyyahnya, mampu menggunakan segala potensi dan upaya yang setiap orang itu ada untuk kemaslahatan dan pembinaan masyarakat di sekelilingnya.

Seorang pemimpin harus menyibukkan dirinya dengan memastikan tidak seorang pun ahli yang terlepas dari merasai nikmat tarbiyyah dan pengorbanan demi islam. Setiap orang harus mahu tak mahu menjadi kader islam yang sedia bekerja di masa senang dan susah, lapang dan sibuk, enjoy tak enjoy.

Maka selebihnya seperti menyertai program , menjayakan program untuk dakwah pada masyarakat umum sepatutnya menjadi outcome dari pentarbiyyahan yang mantop.

Iftar jamaie, bengkel penulisan, kuliah bulanan, dan sebagainya harus didahului terlebih dahulu dengan sebuah sistem tarbiyyah yang mapan dan kuat iaitu usrah.

usrah seminggu sekali.dalam lingkungan 3 hingga 4 orang dan diketuai seorang naqib yang bersedia.

Namun dilema ini sering menimpa seorang pemimpin dan menjadikan dia bingung dan akhirnya buntu terduduk tidak mampu memikul amanah tersebut ..

Tatkala yang dikejarnya berapa banyak program yang dibuat, dan apa orang lain akan kata..

Bilamana yang didahulukan adalah program semata-mata maka akan tidak tercapailah hasrat dan objektif sebenar sesuatu program tersebut. Hatta andai berjalan jugaj program itu ia tidak diiringi dengan nikmat berjuang dek kerana kerja yang dilakukan bukan atas dasar cinta dan berjuang demi agama Allah , namun perjuangan dan gerak kerja itu atas dasar yang lain.

Atas dasar ingin mendapat pujian, sanjungan dan sebagainya.

Namun bukankah sekiranya kita kuat dari sudut tarbiyyah kita maka secara automatiknya kita akan sendiri menggerakkan program tanpa rasa liat dan malas.

Kesimpulan

semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat kita menilai semula tarbiyyah kita. hubungan kita dengan Allah. program tetap program. Namun tarbiyyah tetap tarbiyyah. yang mana patut diusahakan terlebih dahulu maka laksanakanlah disamping tidak meninggalkan terus program dakwah umum memandangkan ianya sangat penting sebagai platform dakwah kita pada masyarakat.

ps/ gambar di atas menunjukkan Zainab al Ghazali seorang pimpinan muslimat sayap ikhwan muslimin yang terus menerus berjuang hingga ke hujung nyawa beliau.
(dengan banyak mengenali tokoh insyaAllah kita boleh jadi kuat seperti mereka)

Wednesday, August 29, 2012

sebarkanlah kemanisan itu


Di kalangan manusia telah Allah jadikan pelbagai bentuk dan ragam. Mustahil kita lihat sejumlah besar masyarakat berfikran sama , hatta bagi sepasang kembar siam sekalipun sudah pasti akan ada perbezaan identiti.

Maka setelah kita faham akan wujudnya perbezaan di kalangan kita maka sebagai seorang penyeru@daie@pendakwah, mahu tak mahu kita perlu selenggarakan mode atau gaya dakwah kita agar sesuai dengan sasaran dakwah kita.

Dakwah yang saya ingin kongsikan adalah umum pada masyarakat disamping program dan ceramah umum yang disampaikan.

Kadang2 kita perlu keluar dari comfort zone kita. Maksudnya dalam kita menembusi mad'u yang pelbagai ragam ini kita perlu kelihatan friendly pada mereka dan tidaklah nampak asing.

Misalnya kita bersama geng yang tak habis-habis sembang mengenai hantu maka tidak salah kita masuk sekali mendengar dan mengiyakan mana yang betul dan mengambil kesempatan ini untuk membetulkan akidah yang takutkan hantu kepada takutkan Allah.

Sekiranya geng peminat setia drama korea sedang berbicara tentang watak kegemarannya maka kita mencelahlah sekali namun perlahan-lahan cuba kaitkan dengan nilai baik yang boleh kita ambil disamping menegur mana-mana perkara yang buruk dan terlarang.

Semestinya kita perlu mengembek sebentar tatkala memasuki kandang kambing dan mengaum sewaktu masuk ke kawasan harimau. Itulah dia asimilasi dalam dakwah kepada masyarakat.

Kita bergaul dengan semua orang pada masa yang sama kita tidak langsung merasai tergugat malah kita cuba mempengaruhi mereka dan bukan sebaliknya.

Malah kita ada prinsip kita.

Kita tidak akan ketawa terbahak-bahak di saat mereka semua begitu,

Kita tidak akan bersetuju langsung sekiranya mereka mengumpat malah akan cuba sedaya upaya larikan perbualan ke topik lain.

Kita tak akan ikut membuka aurat sekiranya itulah cara dan gaya mereka.

Kerana kita sejak awalnya lagi sudah tetapkan dalam diri kita bahawa kita sebenarnya ada matlamat dalam bersamanya kita dengan masyarakat ini.kita mahu menyeru mereka ke arah redha dan ketaatan padaNya.

Kita sejak awal lagi sedar yang inilah usaha dan cara termampu kita agar mereka bersama kita dalam menikmati manisnya tarbiyyah dan ukhuwahfillah.

Kita mahu mereka sedar bahawa dunia ni ada lagi perkara lain selain berhibur dan belajar.

Kita mahu mereka faham peranan dan matlamat kehidupan sebenarnya apa.

Kita juga sedar dan yakin bahawa hanya bersahabat dalam berjuang atas jalan keredhaan Allah sahaja yang mampu menjamin persahabatan ini hingga ke akhirat.

Maka kita sebagai daie perlu menembusi ke dalam segala macam identiti masyarakat ini agar mereka tidak menjadi mangsa serangan pemikiran musuh yang telah menghancurkan sekian ramai anak2 muda.

Juga kita sudah lihat bakat yang ada pada mereka itu dan sangat luarbiasa besarnya impaknya sekiranya dimanfaatkan untuk ummah.

Kesimpulan

Maka mahu tak mahu para daie harus bersama dalam masyarakat di samping menjaga hubungannya dengan Allah melalui usrah dan gerak kerja tarbiyyah.

Memang tidak dinafikan kesukaran kita dalam menembusi pelbagai ragam mad'u ini kerana kita lebih selesa bergaul dengan sahabat sefikrah dan sependapat dengan kita.

Namun inilah dia peranan seorang daie tu agar benih dakwah ini dapat disemai kepada semua sahabat yang tercinta.

Inilah dia pengorbanan kita, semoga kita mampu menarik seramai mungkin sahabat kita untuk turut sama menyumbang kepada Islam

Tuesday, August 28, 2012

PERSEPSI PALSU


Adakalanya kita lebih terpengaruh dengan persepsi dari segalanya.

Saya bagi contoh isu penindasan umat Islam di Rohingya dan Syria. Bilamana kita terdengar cerita sahabat-sahabat di facebook yang mengatakan mereka di sana sedang teruk diseksa dan sebagainya namun semua itu lama kelamaan seolah tidak membekas di hati seolah wujud perasaan mual dan tidak kisah.

Tidak langsung rasa terpanggil melakukan sesuatu demi membantu mereka.

Tidak langsung rasa bersalah duduk diam dan bermewah dengan keadaan di negara sendiri.

Kenapa kita kadang-kadang tergamam melakukan sedemikian , wahai pembaca sekalian?

kuasa persepsi

Persepsi kata usah bimbang.

Kadang2 persepsi kita mengatakan " oh buat apa dirisau lagi mereka sudah ok"

Ok, saya bagi anda satu analogi biar mudah untuk kita semua faham.

Adik saya tidak mahu ke sekolah pagi ini. kerana apa? kerana dikatakan sahabat sebelahnya di kelas sering mencubitnya. Maka pada awalnya saya percaya dan simpati terhadap adik saya ini. namun tidak lama selepas itu ibuku pula memberitahu bahawa adikku ini memang sengaja memberi alasan sebenarnya dia malas mahu ke sekolah. Maka saya akan mula meragui niat ikhlas baik adik saya itu yang sememangnya tidak mahu ke sekolah akibat kawannya dan saya terus bertegas dengannya untuk tetap pergi ke sekolah marah mula memarahinya.

Maka sudah tentu yang sama berlaku terhadap keluarga kita di Syria dan Rohingya. Tatkala terdengar penyeksaan demi pembantaian maka tiba-tiba ada suara sumbang menyatakan mereka itulah sebenarnya yang suka buat perangai dan mencetuskan masalah. Juga dikatakan mereka sudah terbiasa dengan keadaan susah. Dan bermacam lagi andaian yang mengubah persepsi saya terhadap mereka.

Maka terus sahaja kekuatan persepsi itu menyebabkan diri saya bertambah tidak kisah dan ambik peduli jauh sekali. Terus hilang semangat seakidah dan ukhuwahfillah yang tertanam di hati.

Malah hari terus berlalu, bedilan bom seolah tidak akan berakhir ,tangisan dan gambar kanak-kanak yang menjadi mangsa letupan bom terus sahaja menjadi perbualan utama di facebook dan sebagainya. Namun itu semua sudah tidak menghairankan diriku tatkala dilitupi dengan persangkaan atau persepsi palsu mengatakan mereka tidak layak ditolong.

Maka sebab itulah saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai persepsi palsu dan salah yang telah menular di kalangan umat Islam kini sehingga hilang air mata dan semangat ukhuwah di kalangan kita. Hingga hati kita kering dari memperjuangkan nasib saudara seakidah kita ini.

Maka akhirnya berterusanlah kita dalam kesibukan urusan kita di sini tanpa sedikitpun rasa terpanggil untuk memikirkan jauh sekali menghulurkan sebarang bentuk bantuan ke sana.

Namun hakikatnya ini hanyalah salah satu dari sekian banyak lagi faktor yang saya fikir bisa menyebabkan kita jadi manusia tidak peduli. Yang menyebabkan kita berat sekali mengerahkan sepenuh daya usaha dan tenaga membantu mereka di sana.

Kesimpulan

Andaikata berterusannya kita di dalam persepsi dan andaian palsu bahawa mereka memang ditakdirkan begini atau mereka akan selamat tidak lama lagi, maka cepat2lah kita ubah persepsi itu sebelum kita juga menjadi manusia ignorance.

Binalah persepsi baru yang mengatakan mereka itu manusia juga sama seperti kita di Malaysia ini, mereka solat, mereka baca Quran, mereka juga perlukan makan dan minuman, hak keamanan untuk keluar ke pasar, ke sekolah ke mana2 sahaja mereka inginkan.

Tidak mungkin keadaan mereka akan bisa pulih kepada sedia kala seandainya kita hanya berduduk diam.

Mereka saudara kita yang setiap satu mereka adalah ummat Nabi Muhammad saw yang dicintai baginda. Sekiranya kita mencintai baginda semestinya juga kita cintai mereka saudara seakidah kita ini.

Bermula dari sekarang marilah kita sama2 buang jauh2 perasaan tidak pedulisme yang lahir dari persepsi palsu semata-mata dan mulalah menuju ke arah realiti kehidupan yang sebenar bahawa mereka sedang menghadapi ujian sangat dasyat. Bahawa tekanan yang mereka terima tidak layak diterima oleh mana-mana manusia di muka bumi ini dan bahawa satu hari nanti tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku terhadap negara kita juga. Maka waktu itu apakah kita masih mahu jadi insan tidak peduli??

Erti satu hari


Jarang sekali kita memikirkan nikmatnya dapat hidup dalam satu hari. Malah masa terus berlalu, hari demi hari, ratusan hari malah hingga mencecah ribuan hari yang berlalu tanpa kita sedari...

Sangat sikit di kalangan manusia ini yang menghargai nilai sehari itu.

Bagi yang bekerja maka dilalui harinya dengan menunggu bila dapatnya gaji. Dia mungkin merungut bilamana gajinya itu sedikit namun tidak pernah difikirkannya betapa sebulan yang sudah berlalu itu dia telah kerugian sesuatu yang jauh lebih besar yakni tidak langsung menggunakan 30 harinya itu dengan sebaiknya...

Mengapa saya katakan ia satu nikmat malah satu tawaran hebat bagi seluruh manusia dan sangat rugi mereka yang tidak memikirkan kelebihannya?

Kerana dalam masa satu hari seorang insan mampu berubah menjadi insan yang lebih baik.

Dalam satu hari seorang pendakwah mampu memberi pengisian di 3 tempat berbeza.

Dalam masa sehari juga , masa depan sebuah negara ditentukan iaitu melalui pilihanraya.

Apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya adalah begitu berharganya nilai sehari itu sekiranya kita benar-benar menghayatinya.

Bayangkan esok adalah hari terakhir anda hidup maka bermacam-macam perkara yang anda akan buat hingga anda dan saya pasti akan menyesal betapa ruginya hari-hari sebelum ini yang telah dipandang ringan dan disia-siakan.

Begitulah dalam kehidupan harian kita. Tatkala sebelum tidur kita akan mengenang segala aktiviti hari tersebut dan bertanya apakah yang telah kulakukan hari ini.

Jangan terkejut sekiranya ada yang jawab sebegini

aku hanya sempat makan,tidur dan berchatting perkara tidak perlu di Facebook. maka berlalu begitu sahaja harinya tanpa sebarang penambah baikan pada dirinya..

Kesimpulan

Pandai-pandailah kita dalam menghargai sebuah kehidupan dengan cara kita menghargai hari-hari yang berlalu. Usah dihiraukan hari-hari sebelum ini yang mungkin banyak diisi dengan perkara sia-sia. Tumpukan pada hari berikut dan fikirkanlah bagaimana satu hari itu dapat dimanfaatkan betul-betul agar kita mampu menjadi salah satu penyumbang pada ummah bukan sebaliknya.

Monday, August 27, 2012

Musuh meneliti gerak langkahmu


Dalam kita berseronok dan berhibur di hari perayaan ini usahlah kita lupa bahawa kita ini sebenarnya seorang pejuang Allah. Bahawa musuh sentiasa menyusun strategi mencari jalan melemahkan kita.

Menanti saat tatkala kita benar-benar leka maka terus saja pakatan musuh melancarkan serangannya dalam bentuk yang sangat halus hinggakan kta sendiri tidak merasakan sebarang bahaya di situ.

Hari ini kita sebagai seorang Muslim harus sangat-sangat hati-hati. Perancangan batil yang tersusun bisa mengalahkan perancangan kebenaran yang tidak tersusun.

Maka di sini setiap muslim wajib memahami peranan mereka dan serangan yang bakal mereka lalui agar tidak mudah tewas dan akhirnya menjadi pembantu secara tidak sedar dalam menjayakan rancangan musuh.\

Bagaimana mungkin kita boleh membantu musuh??

Anda sendiri lihat siapa yang sebenarnya menjayakan segala rancangan hiburan melampau di medium televisyen misalnya kalau bukan orang melayu islam.

Siapakah yang membenarkan penubuhan pusat-pusat judi dan disko 24 jam atas alasan pelancongan kalau bukan menteri dan pemimpin Islam juga.

Anda sendiri dapat lihat bagaimana keadaan kini sudah terang-terangan menunjukkan kita umat islam membantu musuh dalam merosakkan generasi hari ini , maka kroniknya keadaan ini memerlukan kita untuk tidak boleh duduk diam..

Mana mungkin kita boleh biarkan satu hari nanti adik-adik kita terlibat dalam kes dadah akibat mangsa racun serangan musuh. Anak-anak kita mula melawan kita kerana sahabatnya yang lain semuanya berperangai sedemikian.BAnyak lagi akhlak teruk yang menular disebabkan kealpaan kita dalam memahami teknik musuh ini.

Usah toleh kiri dan kanan namun tepuk dada tanya iman.

Apa yang telah kulakukan setakat ini.adakah aku di kalangan yang suka beralasan seperti ini:

La bang rileks la.. aktiviti main game, berpasangan, bergosip dan tidak hiraukan masalah ummat sudah mendarah daging dalam tubuh kami.benda-benda begini lagi best..

Mampukah kita biarkan saudara seakidah di Myanmar, di Syria diragut nyawa, diratah tubuhnya tanpa langsung sedikit pun usaha kita untuk membantu.

Mampukah kita biarkan peluang keamanan, tubuh badan sihat dan kuat, masa yang lapang ini tanpa melakukan aktiviti perbaiki diri seterusnya menyumbang sesuatu pada ummat..

Kesimpulan

Sekiranya kita masih rasa bukan tanggungjawab kita mempersiapkan masyarakat dengan benteng keimanan yang kukuh maka tunggulah saatnya di mana tiada lagi guna penyesalan, yakni hari akhirat setelah ditanya Alah akan amalan kita di waktu muda

Ataupun di dunia lagi telah kita lihat kesannya..

Maka sangat untunglah para pemuda yang sudah sedar akan peranannya dalam ummah hari ini, dia rela bergelar ghuraba@asing dan tidak lena tidurnya dalam memikirkan hal ummah.

Maka sekali lagi, pilihan anda. Bertindak atau sebaliknya...


Tuesday, August 21, 2012

Mustahilkah kau kan berubah?

gambar penulis 15 tahun lalu di Cranfield


Kadangkala kita dapat rasakan satu perubahan besar pada seseorang setelah sekian lama tidak bertemu dengannya.

Ada yang berubah dari buruk ke arah yang lebih baik.

Namun tidak sedikit juga yang sebaliknya.

Kebetulan semalam ku temui seorang sahabat sekolahku yang dahulunya digelar ustaz(mungkin kerana songkok yang tak lekang dari kepalanya) namun baru2 ni ku temuinya sedang dalam keadaan selambanya menghisap rokok.

Ada yang dahulunya kaki samseng, ponteng, rempit dan sebagainya namun kini berubah menjadi pemuda yang lebih disiplin dan jauh lebih baik.

Hatta penulis sendiri dapat rasakan perbezaan besar berlaku dalam kehidupan penulis dalam 10 tahun yang terakhir ini.

Mutakhir ini bapa saudaraku ada menyebut..

"Budak2 lelaki ni senang berubah. Ada yang 360 darjah berubah terus terutama selepas kahwin.."

Namun kadang2 kita persoalkan diri kita ...

"Adakah aku akan berubah lagi selepas ini ??..."


Adakah aku mampu konsisten?

Kenikmatan hidup ini bilamana kita menjumpai tujuan hidup kita yang sebenar, bilamana matlamatnya semakin jelas, dan jalan ke arah matlamat itu pun sudah ditemui.

Kita memang tidak boleh lari dari kemngkinan yang kita akan berubah satu hari nanti terutamanya dalam tempoh usia kita menginjak dewasa ini.

Tidak sah sekiranya kehidupan itu senang dan mudah sahaja. Pasti akan hadir saat dan ketika Allah uji kita. Allah akan tapis benar2 siapa yang ikhlas dalam memperjuangkan agamaNya ini.

Sungguh rugi bagi yang telah mengecapi nikmat hidup sebagai pejuang agama Allah namun setelah itu tewas dalam ujian dan seterusnya mengubah hidupnya.

Perubahan itu pilihanmu wahai hamba Allah..

Namun usahlah bersedih dan risau wahai insan fakir yang mahukan istiqomah di jalan kebenaran ini.

Hatta murabbi kita Rasulullah saw sendiri seringkali berdoa agar Allah yang Maha membolak balikkan hati ini agar tetapkanlah dirinya dalam iman.Maga siapalah kita ini insan faqir.

Namun seandainya kita persiapkan diri kita sungguh-sungguh dengan ilmu dan amalan dengan penuh iltizam,semangat dan ikhlas maka kita akan jadi seorang pejuang yang berani berhadapan dengan apa jua rintangan.

Datanglah ujian sedasyat ombak tsunami manapun maka sudah pasti kita mampu mengharunginya.

Berpegang teguhlah dengan janji Allah bahawa barangsiapa yang hidupnya dalam lingkungan membantu agamaNya maka kita kan dibantu olehNya.

Namun kita tak boleh lupa bahawa sekian ramai insan telah diuji oleh Allah di atas jalan kebaikan dan kebenaran ini.

Anda sendiri kan terkejut mana mungkin seorang tok guru yang beratus anak murid pun yang juga sudah memegang amanah begitu besar namun masih boleh tewas dikala ujian menerpa. Maka di mana kita mahu letakkan diri kita ini yang jauh lagi faqir.

Maka sebab itu sangat penting bagi kita sentiasa menyiapkan diri kita dengan ilmu memperbaiki diri. Tiada istilah sudah sempurna dalam kamus hidup kita. Selagi nyawa masih berdenyut selagi itulah tidak patut kita berdiam diri, berpuas hati dengan keadaan sedia ada.

Hatta bilamana kita sudah menuntut ilmu bertahun lamanya dari seorang ulama faqih manapun, tetap kita perlu serahkan segala kelebihan pada Allah dan kita berterusan dalam kehausan mengislahkan@membaiki diri kita dalam segala aspek kehidupan .

Kesimpulan

Banyakkanlah menyibukkan diri dengan tugasan dakwah yang bermanfaat pada diri dan ummah. Usah disibukkan dengan perkara yang tidak ada langsung sumbangan pada dakwah ini.

Semoga kita mampu tersenyum tenang menunggu saat akhir sebelum pertemuan kita dengan kekasih Pencipta kita.

kerana apa wahai sahabat2..

kerana kita telah benar2 melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya di muka bumi ini dan kita telah benar2 mengorbankan segala yang termampu atas jalan kebenaran ini..


Saturday, August 11, 2012

Muhasabah Program

Kadang kala bilamana kita disibukkan dengan bermacam program dakwah, yakni program ceramah, iftar jamaie,qiammullail dan sebagainya maka satu perkara besar patut kita tanyakan diri kita terlebih dahulu.

Adakah terlebih dahulu kita anjurkan program eksklusif yang hanya kita dan Tuhan.

Anda jawablah sendiri.

Kita patut melakukannya akh agar segala perancangan di program bersama umum itu menepati objektifnya dan bukan sekadar program kosong dan meriah semata-mata.

Apa objektifnya?

Jadikan semua sahabat semakin kenal akan penciptanya dan kenal tanggungjawabnya sebagai khalifah dan hamba di muka bumi ini. Tapi bagaimana ye?

Mudah saja. Jemputlah ustaz yang berfikrah Islam yang jelas dan syumul. Bincang dgn ustaz bagaimana kita ingin agar program ini mampu menjadi efektif.

Minta ustaz selitkan elemen2 yang jarang kita dengar di ceramah2 , kuliah2 lain. Elemen yang dimaksudkan adalah sesuatu yang menjadikan mereka insaf betapa untuk mengaku sebagai Muslim itu banyak pengorbanan dan rintangan yang harus ditempuhinya.

Jadi berbalik pada program dengan Tuhan tadi. Antara objektif kita adalah menarik sahabat kepada Allah. Maka bak kata orang Arab " orang yang tidak ada apa2 tidaka akan mampu memberi apa2"

Jadi, menyeru kepada Allah itu akan membuahkan hasil tatkala kita sendiri berada atau dalam usaha ke arah itu juga.

Tatkala tangisan dan rintihan kepada Illahi itu dijadikan kebiasaan. Tatkala yang kita berkhalwat, yang kita mengadu, yang kita minta pertolongan itu hanya kepada Allah sahaja dan bukan pada AJK2 lain....

Kesimpulan

Semua orang boleh anjurkan program, malah dalam satu minggu bermacam2 program boeh dijalankan. Namun berapa ramai yang benar-benar jadikan program itu efektif sebagai medan mendekatkan diri peserta dan penganjur kepa Allah.

Sangat sedikit.

Maka marilah kita menjadi dari golongan yang sikit itu.


Monday, July 23, 2012

Ghuraba'

Setelah membaca sedikit post arwah kak zarina tardan membuatkan aku bersemangat menulis kembali di sini.

Mungkin aku boleh kongsi sedikit pengalaman kudapati sepanjang 2 minggu pelajar clinical fakulti perubatan ni.

Buat masa ni terasa agak berat, dengan pelbagai tugasan presentation ditambah dengan program EMI yang tidak kurangnya di bulan Ramadhan ini.

Ramadhan kini hari yang ke-3 namun ku masih belum menyemai benih yang ingin ku semai di akhir bulan ini lagi.

Terasa kadang kala jauh dari Tuhan. Sedangkan diri ini memegang amanah besar yakni ketua, dan tugas itu tak lain tak bukan mengajak sahabat dan masyarakat kepada Allah.

Sememangnya aku rasa pening dan keliru dengan diriku sendiri kadang-kadang.

Aku kini bersama rakan-rakan sekelas yang majoritinya perempuan. Kadangkala aku tidak tahu adakah patut aku bersama bergurau senda sebagaimana sahabat lelaki yang lain. Sudah tentu kita sebagai kaum Adam ada batasannya bilamana bergaul dengan kaum Hawa.

Mungkin inilah yang dikenali ghuraba'.

Tidak mudah kita mengekalkan diri kita seperti ikan yang tetap tidak masin di laut yang masin. Memang pada awalnya boleh namun sedikit demi sedikit andai tiada dibina benteng iman yang kukuh kita bisa saja terheret ke lembah maksiat dan dosa.

Akan terdengar bisikan syaitan mengajak kita sedikit dan sedikit kepada sifat tidak malu dan kesudahannya kita semakin lalai.

Benarlah sabda baginda berkaitan malu dalam hadis arbain.

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAWtelah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Moga Allah berikan daku kekuatan mengharungi kekeliruan ini.

Moga Allah jelaskan dan tetapkan pendirianku untuk terus menerus bangga menjadi seorang Muslim.

Tuesday, July 10, 2012


Hari pertama sebagai pelajar perubatan clinical. Harapan semoga dapat mencapai yang terbaik tuk akademik, dakwah, ukhuwah dan pelbagai lagi lapangan kehidupan.

Namun diri sangat mengerti yang ujian supersayya besar dan luar biasa bakal menjamah diri ini tak lama lagi. bebanan kerja akan datang bergolek dan menimbun.

Mampukah diri yang fakir ini menghadapinya.

Hanya dengan kekuatan IMAN dari Allah sahaja yang mampu mengatasi segalanya, insyaAllah.

Dunia baru bakal mengubah hidupku...

Wednesday, July 4, 2012

Cinta yang gersang dalam diriku


" kenapa susah benar nak khusyu' solat ni"

" kenapa nak baca quran berat semacam hah, nak baca novel begitu mudah"

"beratnye langkah nak ke surau, nak pergi main bola bukan main senang"

"kenapa susah sangat nak bangun subuh awal ni"

Mengapa boleh jadi begini.

Mengapa begitu berat melakukan kebaikan.

Begitu berat mendapatkan kemanisan serta keseronokan beribadah pada Allah.

Monday, July 2, 2012

cuti-cuti tiada isi


sangat sedih mengenangkan cuti yang berbaki 4 hari saja lagi.

namun terubat sedikit kesedihan itu mengenangkan perkara yang telah dilakukan sepanjang cuti ini. Walaupun tidaklah banyak atau mendekati saranan Hassan al Banna yang menyebut.

“Al Wajibaat Aktsaru Minal Auqat.” (Kewajiban kita lebih banyak daripada waktu yang ada) - Ustaz Hassan al Banna

Thursday, June 28, 2012

kehidupan mana yang kau mahu?




Dalam hidup ini kita inginkan sangat kehidupan kita itu yang paling diredhai Allah swt. Kita walaupun kadangkala terlajak melakukan larangan Allah kemudian bertaubat pun, sebenarnya benci pada keterlanjuran itu dan sangat inginkan syurga Allah.

Maka dalam kita kata inginkan redha Allah sebagai matlamat utama hidup maka kita mesti memiliki kehidupan seorang pejuang.

hidup seorang pejuang yang bagaimana ya?

Hidupku matiku hanya untuk ALlah semaata-mata

Dalam dunia ini akan kita bertemu pelbagai ragam manusia. kita akan berjumpa orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah ini . Mereka sungguh-sungguh menghidupkan 24 jam dalam perkara yang bermanfaat dan yang dapat menyumbang sesuatu kepada ummat. Siang hingga malam mereka tidak berehat. kadangkala kepenatan yang amat sangat memaksa mata mereka terlelap tanpa langsung disedari . kalau boleh mereka tidak akan membiarkan masa kosong berlalu begitu saja melainkan akan diisi dengan bacaan buku, hafalan quran ataupun perkara yang bermanfaat.

segalanya indah dalam hidup mereka.

mereka tatkala ditimpa musibah mereka sedar itu dari Allah untuk diampunkan dosanya. mereka merasa gembira kerana memahami bahawa sebenarnya itu tanda Allah cinta padanya dan tidak ingin membiarkannya sunyi dari rintihan taubat dan sering menyedari hakikat kelemahan dirinya hanya seorang hamba Allah.

bilamana dikurniakan nikmat dia bersyukur dan berwaspada betapa besarnya kurniaan dan rahmatNya pada hambanya.. Segala yang dikecapinya akan diiringi dengan " innalhamdulillah " yakni segalanya darimu ya Allah.

Dia juga sedar bahawa musuh juga merancang sesuatu. musuh sentiasa meneliti setiap gerak gerinya. Namun dia tidak sedikit pun gentar kerana padanya penelitian yang layak dia takut hanyalah dari ALlah semata-mata.

Dia tidak risau kehilangan kerja kerana dia sangat yakin bahawa tuhannya sahajalah yang menetapkan rezeki bagi hambanya.

Dia sering dengar kisah hidup hamba Allah lain yang berjuang hingga syahid. Maka itu sering menjadi pendorong baginya untuk meneruskan perjuangannya walaupun di saat-saat berat.

Setelah berkeluarga pula tidak langsung luntur semanagat yang dimilikinya sewaktu bergelar pelajar malah semakin teguh dan lancar gerakannya setelah dibantu sang isteri yang turut memiliki jiwa pejuang.

Hatta tatkala umur sudah lanjut pun gerakannya tidak dibantut oleh kelemahan fizikalnya. Andai kakinya sudah lemah untuk berjalan akan dia gunakan tongkat untuk kemana-mana.

Segala arahan dari kepimpinan (yang berjuang untuk Islam itu) diturutinya semaksima yang boleh tanpa mengenal usianya yang sudah pun lanjut.

Apa yang dia inginkan adalah mati dalam kenikmatan iman. Biarlah dia mati dalam keadaan sedang menegakkan bendera sekalipun. Biarlah dia mati sewaktu sedang dalam kerja perjuangan ini.

Inilah orang-orang yang yakin akan pertemuan dengan Sang Penciptanya.

Kedua, adalah jenis orang yang tidak ada matlamat redha Allah dalam hidupnya. Dia hanya lakukan kerja-kerja yang mudah sahaja baginya. baginya buat apa bersusah payah dalam agama Allah ni. cukuplah dengan bersolat 5 waktu sehari semalam. cukuplah masa bagi agama ini bila ada masa lapang di hujung minggu.

Dia merasa sudah cukup dengan solat, zakat dan puasanya untuk mendapat syurga Allah tu.

Dia mungkin belum mendengar atau kalau sudah dengar pun belum menghayati firman Allah dalam ayat 111 surah at taubah.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan Syurga 

Kesimpulan

Tidak hairanlah jika kita lihat ada orang yang sangat pantang duduk diam. mesti dia akan ke hulu hilir mencari kerja untuk dibuat bagi membantu jemaah islam ini. Manakala di saat yang sama kita lihat seseorang itu ke hulu hilir dalam keadaan bingung tentang masa depannya.


Maka sangat berbeza apabila seseorang itu berkata aku seorang muslim sedangkan dia langsung tidak berjuang dengan seorang lagi yang seluruh hidupnya digunakan untuk Islam.


Maka  pilihlah kehidupan yang lebih yakin masa depan akhiratnya wahai pembaca sekalian.

Friday, June 22, 2012

Hassan al Banna dan IM



hari ini aku masih bercuti.

cuti yang berbaki lagi 3 minggu.

sepanjang cuti ni aku cuba melakukan sebanyak perkara yang boleh.

aku tidak mahu cuti kali ni sekadar tidur , makan , dan buat kerja rumah.

aku mahu lebih dari tu.

setakat 36 hari bercuti ini ku dapat rasakan satu kekurangan yang hadir.

kalau boleh mahu saja isi masa lapang yang ada sebagaimana orang-orang hebat seperti dr Abdul Aziz al Rantisi, Hassan al Banna, dan Fati Yakan mengisinya.

mereka ni sungguh banyak jasanya untuk islam.

mungkin aku perlu kenal mereka dengan lebih dekat agar roh perjuangan itu dapat mengalir dalam darahku sebagaimana mengalir pada mereka.

di sini aku ingin coretkan sedikit sahaja mengenai hassan al banna serta ikhwanul muslimin. namun bukan semua yang dapat kukongsikan di sini. mungkin sedikit saja. masa pun sudah pukul 3.11 pagi dan mataku masih belum ingin rehat dan jari jemariku pula teruja ingin menulis lagi.

Hassan al Banna dan Ikhwanul Muslimin

Pertama kali ku dengar nama ini sewaktu aku terbaca buku ustaz Riduan Mohd Nor bertajuk 100 tahun Hassan al Banna.

Namun, sebelum itu nama Hassan al Banna pernah kudengar sewaktu sekolah lagi, semasa membaca risalahnya bertajuk " A letter to a Muslim student in the West ".

Sewaktu aku membaca risalahnya aku cukup tertarik dengan luhur budinya, indah akhlaknya, dan luar biasa dakwahnya.

Aku cukup terkesan dengan kisahnya yang kubaca pada buku-buku karangan sahabat beliau dan orang yang  mengenalinya.

Anda yang mungkin belum pernah mendengar nama tokoh ini jangan risau. Saya akan terangkan serba sedikit mengenainya nanti.

Hassan al Banna dilahirkan di Mesir pada tahun 1906.

Sewaktu umurnya 23 tahun beliau bersama beberapa sahabat yang lain telah menubuhkan sebuah jemaah islam yang dikenali sebagai Ikhwanul Muslimin. Ini adalah pada tahun 1928 yaitu 6 tahun setelah khulafa Uthmaniyah tumbang iaitu pada 1922.

Beliau telah lulus dengan cemerlangnya dari Universiti Darul Ulum , Kaherah dan seterusnya bertugas sebagai seorang guru bahasa Arab.


Beliau sering menyibukkan diri dalam urusan ummah hingga jarang berpeluang bersama keluarga di rumah. Namun masa yang ada sedikit pun bersama keluarga tidak dihabiskan melainkan dengan penuh kualiti.



Untuk setiap anaknya disediakan satu fail khas bagi perkembangan kesihatan dan peribadi mereka.


Malah pernah diminta kepada salah seorang sahabatnya untuk mengintip samada anaknya cukup atau tidak bekalannya di sekolah.

dakwahnya yang terbit dari kerisauannya pada ummah ini pula tidak seperti kebiasaan ulama lain. Beliau tidak hanya menumpu dakwahnya di surau namun beliau turut pergi ke kedai kopi dan tempat umum bagi menyampaikan dakwahnya. Ternyata cara ini lebih berkesan kerana setelah itu ramai dikalangan pendengarnya itu yang berubah dan menjadi pendokong pada jemaah ikhwanul muslimin setelah itu.

Hasrat dan cita-cita pemuda yang bernama Hassan al Banna di waktu itu sangat hebat kerana beliau dianugerahkan Tuhan untuk menyedari kejahilan ummat islam dan seterusnya menjumpai solusinya.

Berpandukan sinaran al quran dan hadis ,  gerakan ini dipandu hingga akhirnya seluruh Mesir menerima cahayanya. Bahkan tak lama selepas itu satu dunia juga mendapat tempias gerakan ini yang disifatkan sebagai pencetus kebangkitan islam di seluruh dunia.

Di rata-rata dunia umat yang sebelumnya hina kerana menurut barat dalam segala macam perkara kini menjadi mulia setelah menjadikan Quran dan hadis panduan hidup mereka.

Namun, kebangkitan islam ini dihidu oleh musuh-musuh islam dikalangan yahudi dan sekutunya termasuklah Amerika Syarikat.

Pembantaian dan penyiksaan golongan yang berkecimpung dalam jemaah ini menjadi fenomena biasa para pemerintah zalim Mesir pada tahun 50an hingga hari ini.


Maka bertambah ramai digiring ke penjara, diseksa bertahun lamanya hingga tidak sedikit yang terkorban.


Namun ini semua menjadikan ikhwanul muslimin bertambah matang dalam berpolitik dan lebih kuat menghadapi golongan taghut ini.

Pada tahun 1949 akhirnya sang murabbi al ustaz hassan al banna menemui kesyahidannya setelah ditembak  dengan beberapa das tembakan dalam satu perancangan musuh.

Jenazahnya dihantar pulang ke keluarganya dan tidak dibenarkan sesiapa selain keluarganya sahaja untuk menguruskan jenazahnya hatta mengebumikannya.

Namun sang syahid ini tidak meninggalkan dunia fana ini dengan begitu sahaja.

Umurnya yang singkat itu yakni 43 tahun digunakan sepenuhnya demi melihat Islam dijulang tinggi semula ke tempatnya.

Sungguh rugi andai peribadi cetakan quran seperti hassan al banna ini tidak dikenali jauh sekali dicontohi pemuda hari ini.

Berikut merupakan senarai pemimpin ikhwan muslimin setelah pemergian hassan al banna.


Konklusi

Tidak sesuai untuk ku ceritakan segalanya di sini kerana ia sangat panjang. Cukup sekadar pengenalan kepada Hasan Al Banna serta sedikit mengenai jemaah Ikhwanul Muslimin.

Kita harapkan agar peribadi seperti beliau dapat dicontohi generasi pada hari ini.

Usahlah kita harapkan orang lain sebelum diri sendiri yang berusaha ke arah itu.

wallahualam.

Wednesday, June 20, 2012

Patutkah aku berjuang?



sudah tentu anda pernah malah biasa mendengar kata-kata berikut:

" kalau  dah aman untuk beribadat pun dah cukup dah , tak perlu nak sibuk-sibuk pergi berjuang "

" buat apa nak susah -susah berjuang kan kita dah negara islam "

" aku dah sempurna solat, ngaji pulak pakai taranum syeikh Ghamdi punya cara, maka sudah cukup untuk aku masuk syurga "

" mana ada keperluan jihad dah zaman ni ? "

di sini saya simpulkan sedikit daripada banyak lagi ungkapan orang kita yang tidak merasakan berjuang atau berjihad itu satu tuntutan pada mereka semua sebagai umat islam.

dalam surah at taubah ayat 41 menyebut :

" berangkatlah kamu baik dengan rasa susah lagi senang dan berjihadlah kamu dengan harta dan jiwamu di jalan Allah... "

maka mereka rasakan seolah hidup ini tak perlu sibuk-sibuk berjuang, cukup sekadar amalan ibadah sendiri-sendiri.

dan juga mereka berandaian cukup sekadar pemimpin itu islam namun tidak mengapa andai pemimpin itu islam sekular ke, islam namanya saja ke, atau islam buatan.

cukup selesa dalam keadaan menghiraukan orang lain setelah dirinya aman beribadah.

namun bukankah islam lebih dari itu ?

Islam itu syumul

" wahai orang-orang yg beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan,,, " ayat 208 surah al baqarah.

islam tidak pernah meletakkan sesuatu amalan yang disyarakkan hanya untuk dilaksanakan pada waktu dan keadaan tertentu sahaja.

tidak.

islam itu hadir dalam 24 jam kita hidup.

sewaktu azan dilaungkan lima kali sehari maka kita akan terus pergi surau menunaikan solat.di masa lapang pula akan kita peruntukkan membaca quran serta menteliti maknanya. di malam hari kita bangun bersujud minta ampun atas segala dosa kita.

sewaktu pergaulan sesama kita di tempat belajar atau di pejabat maka penjagaan aurat dan pembatasan dalam pergaulan menjadi satu keutamaan.

dalam berkeluarga kita mahu menjadikan keluarga kita menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah dan mendirikan rumah tangga yang bahagia dunia dan akhirat.

dalam kita hidup bermasyarakat kita mahukan masyarakat kita saling menegur ke arah kebaikan, saling mengadakan aktiviti sihat dan baik untuk didikan rohani dan jasmani.

dalam negara, kita sangat idamkan satu pemerintahan bercorakkan islam yang syumul, yang melaksanakan tuntutan Quran dan hadis. Kerajaan yang diwarnai dengan ketelusan dan keadilan.

maka akhirnya akan kita lihat betapa cantiknya kehidupan itu andai dari diri individu hingga ke peringkat tertinggi yaitu kerajaan melaksanakan islam dengan sebenarnya.

namun tidak sempurna andai islam itu hanya pada diri kita tetapi tidak pada orang lain.

Andai islam itu ditegakkan

Bilamana islam itu wujud dalam sebuah masyarakat maka apa yang kita lihat adalah proses pembentukan muslim itu berlaku dimana-mana. mulai dari aktiviti usrahnya hingga ke pelaksanaan hukum-hukum syariat oleh pemerintah.


anak-anak muda tidak akan dibentangkan dengan bahan lucah untuk mereka terdorong melakukan maksiat, malah akan diganti dengan pelbagai program kesedaran membentuk peribadi muslim yang matang dan seterusnya dibantu dengan insentif bagi yang ingin mendirikan rumah tangga.

 hiburan unsur lucah dan merepek digantikan dengan hiburan penuh menjaga syariat dan memperbaiki diri.

akhirnya suasana begitu sempit untuk melakukan zina hatta zina mata sekalipun.

sejak kecil lagi anak-anak di bangku sekolah pula diperkenalkan dengan akhlak islam yang syumul agar mereka satu hari nanti menjadi pemuda yang menjadi contoh akhlak serta peribadinya.

manakala suasana yang cukup dari aspek kewangan dan keperluan harian akan menghalang situasi anak-anak terpaksa berhenti sekolah, ibu bapa tidak balik rumah kerana sibuk bekerja dan seterusnya membina institusi keluarga yang lebih terjamin.

ini sudah tentu menggalakkan pertambahan individu yang produktif untuk negara kerana mampu mengeluarkan semaksima potensi yang ada setelah tidak ada masalah keluarga serta kewangan yang biasa membantutkannya.

masalah yang timbul oleh kerana peniaga yang tidak jujur, dan rasuah yang berlaluasa akan padam oleh perlaksanaan sistem syariat islam di negara itu.

Akhirnya terbinalah suatu kerajaan Islam yang syumul di waktu kezaliman ditentang serta keadilan tertegak sebagaimana pernah wujud sewaktu zaman rasulullah saw , sahabat dan zaman Umar Abdul Aziz sebelum ini.

Namun adakah semua ini akan menjadi kenyataan hanya dengan kita menggoyang kaki dan berpangku tangan?

Jihad dan perjuangan itu tuntutan pada setiap muslim

Maka untuk menjadikan perkara yang disebut tadi bukan sekadar dongengan cerita labu labi semata-mata maka Allah swt telah menyeru untuk kita melakukan usaha dan gerak kerja ke arah kembalinya Islam dijulang tinggi seperti sebelum ini.

" sesungguhnya orang2 mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kpd Allah dan rasulNya, kemudian merek tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. mereka itulah orang2 yg benar " ayat 15 surah al hujurat.

bagaimana maksud jihad ini. cuba lihat ayat berikut.

" sesungguhnya Allah beli dari orang2 mukmin baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji yg benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Quran.dan siapa yg lebih menepati janji dari Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yg telah kamu lakukan itu dan demikianlah kemenangan yang agung" surah taubah ayat 111.

dalam ayat seterusnya pula Allah menyebut golongan yang dimaksudkannya dalam ayat di atas iaitu mereka yang bertaubat , beribadah memuji Allah , mengembara, rukuk sujud menyuruh yang makruf mencegah yang mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah.
 
untuk rujukan mengenai tuntutan berjihad ini anda akan temuinya banyak dalam surah at-taubah , al anfal, dan as soff.

kesimpulan

Sebenarnya sudah cukup sempurna syariat ini untuk menyelesaikan segala permasalahan kehidupan kita.

 Namun kita diuji dengan pelbagai rancangan serta program pendokong syaitan demi menjauhkan kita dari kefahaman islam yang syumul dan sebenar.

hingga islam itu kita pisahkan dalam sebahagian besar kehidupan kita.

hingga kita jauh dari merasai kenikmatan seorang pejuang islam.

hingga berjihad di jalan Allah itu menjadi satu perkara yang tidak perlu dalam kehidupan kita.

hingga urusan umat islam yang lain tidak wujud dalam kamus kehidupan kita.

Maka tidak sepatutnya kita berterusan sebegini andai kata kita ini benar seorang Muslim.

kita tidak mahu hanya islam di ic dan surat kahwin saja.

kita mahu jadi muslim sebagaimana yang dituntut oleh Allah swt. dan diajar Rasulullah saw .

wallahualam.

Tuesday, June 19, 2012

buta politik takpeke?




hari ini kita lihat rata-rata mahasiswa sangat buta politik, maaf andai terkalu kasar bunyinya namun itulah realitinya.


mereka yang buta mata tidak dapat jalan dan terpaksa bergantung pada orang sekeliling atau meraba-raba mencari jalan yang benar.

Namaun bagi golongan buta politik ini mereka tidak tahu langsung apa itu politik dan buat apa mereka patut cakna politik. mereka tidak tahu apa beza UMNO dan PAS, juga MIC dan DAP.

antara faktor mereka golongan muda ini tak mahu tahu hal politik adalah kerana menganggap politik itu kotor. Ini terjadi ekoran gambaran politik mereka adalah semata-mata yang ada di media . memanglah kotor. mereka tidak lihat bagaimana politik itu sebenarnya bersih namun dikotorkan oleh mereka yang tidak tahu berpolitik.

mengetahui politik sangat penting.

melibatkan diri dalam politik lagi penting.

ada apa dengan politik

mereka tidak sedar melalui poltiklah mereka berpeluang menuntut ilmu di menara gading secara percuma.

mereka belum sedar melalui jalan politik mereka dapat membantu orang kampung mereka yang hidup sekangkang kera itu.

mereka mungkin belum tahu bahawa melalui politiklah mereka tidak perlu bersusah payah membayar yuran sekolah itu dan macam-macam lagi cukai.

namun andai mereka masih buta politik.

politik itu kotor, jijik dan busuk.

mana mungkin mereka akan mendekati politik.

kenal pun tidak apa lagi minat.

maka lenyaplah suara anak muda intelektuall yang sepatutnya lantang menegur pemimpin yang zalim

mereka yang belajar degree politik, syariah, medik, engineering,bahasa,pertanian ....

mereka setiap seorang dari mereka ada suara yang mampu menyumbang dalam masa depan negara.

mana mungkin mereka dapat menjadi bakal pemimpin atau ahli politikus yang matang satu hari nanti andai tidak didedahkan sejak hari ini?

akibatnya...

apapun yang rugi nanti negara jugak.
akibat menjauhkan anak muda dari penglibatan dalam politik maka mereka ini akan berterusan disibukkan dengan perkara picisan, mereka sudah jadi golongan yang tak kisah masyarakat sekeliling dan hanya melihat masalah perbadi sahaja.

bagi sesetengah yang berkata politik itu tidak perlu kerana ia penuh dengan penipuan dan dosa maka ketahuilah bahawa mahu tak mahu pasti ada satu puak yang benar dan satu puak yang tidak.

namun untuk mengetahui mana yang benar dia perlu cakna politik.

andai kata akibat jahilnya dia terhadap politik, maka dia silap memilih parti maka parti yang disokong itu tidak betul-betul mendaulatkan islam.
Risau-risau satu hari nanti dia akan jadi sama-sama pendokong pada parti yang mengamalkan kejahatan, rasuah dan penipuan.
tidak mustahil satu hari nanti dia akan melakukan kejahatan sama macam pemimpin zalim yang disokongnya itu.

maka akan lahirlah generasi buta politik. penglibatannya dalam parti yang silap itu bukan sahaja melibatkan undinya sahaja namun dia juga akan membantu dalam kerja-kerja batil parti itu.

konklusi

usahlah kita terikut dengan budaya sekarang wahai anak muda.

budaya menjauhi politik.

andaikata kita ambil tahu politik kita kenal politik dan seterusnya bekerjasama dalam sesebuah parti politik tersebut maka kita memiliki beberapa keuntungan.

pertama kita kan jadi semakin matang. ya kita tidak akan sibuk mencari pasanngan tak sah, tak kan sibuk meng 'modify' motor, tak kan kita ada masa tuk semua tu.

kerana kita sudah disibukkan dengan isu negara. ya sesuatu yang sangat perlu ada dalam fikiran anak muda agar kembali lahirnuya pejuang agama seperti Burhanuddin al helmi, ustaz Zulkifli Muhammad dan ustaz Yahya Othman.

seterusnya bilamana kita memilih parti yang benar maka kita dapat menyumbang pada ummah serta terlibat sebagai pendokong pada kebangkitan islam.

kenal politik sebelum anda dizalimi kerananya.

Monday, June 11, 2012

detik-detik masa





sungguh sangat indah andaikata ruang2 cuti ini dimanfaatkan dengan pembacaan buku2 santai mantop lagi bermakna seperti buku karangan Dr yusuf al qardhawi ini.

pertama sekali perhatian Al Quran dan sunnah mengenai masa.

namun di sini saya tidak ingin mengurai semuanya kerana 2 faktor. pertama secara jujur saya sendiri tidak ingat kedua blog ini akan melerek panjangnya hingga anda tertidur sampai pagi esok baru sedar agaknya.

toyyib. kewajipan muslim terhadap masa.

pertama sekali menjaga masa.
tugas utama setiap dari kita ialah wajib menjaga masa. setiap detik yang berlalu.

hassan al basri menyebut " saya lihat suatu kaum yang sangat2 menjaga masa hingga lebih dari kamu menjaga wang ringgit kamu "

golongan salaf sangat menghargai setiap saat hidup mereka. mereka tidak akan biarkan ia berlalu begitu saja tanpa amalan yang mendekatkan diri pada Allah.

nikmat masa lapang disebut dalam sepotong hadis.

" 2 nikmat di antara nikmat2 Allah yang kebanyakan manusia kaburi mata melihatnya; iaitu sihat dan masa lapang " 

seorang muslim itu sering terikat dengan masa. dalam sehari dia wajib menegakkan 5 solat dalam batasan  waktu yang ditetapkan. dalam masa seminggu dia wajib solat jumaat yang hanya waktunya hari tersebut. dalam setahun dia wajib membayar zakat sebelum waktunya berlalu. dalam sebulan ramadhan dia berpuasa dalam lingkungan masa yang ditetapkan .

kesimpulannya muslim itu sentiasa terikat dengan batasan masa yang mendidiknya agar berdisiplin dalam kehidupannya.

pokok dalam buku ini adalah bab pandangan sebenar terhadap masa.

masa kita terbahagi kepada yang lalu, sekarang dan akan datang.

Islam sangat menggalakkan kita memetik faedah ibrah pengajaran dari masa2 yang lepas. kita membaca seerah dan sejarah agar tidak kembali mengulangu kesilapan yang sama.

masa yang ada sekarang patut dimanfaatkan sedayanya. sebuah hadis berbunyi " jikapun berlaku kiamat, di tangan kamu di masa itu ada sepohon benih kurma, maka kamu masih lagi berkesempatan menanamnya maka hendaklah kamu menanamnya."

untuk masa hadapan kita patut letakkan matlamat dan bersungguh ke arah cita2 itu. sebagai mukmin , mukhlisin kita ada target dunia dan akhirat.

bab yang terakhir adalah awas dari mensia-siakan masa. ada masa kita lalai, kita menangguh-nangguh, kita cuai dan tidak sikit juga di kalangan kita yang sering mencaci masa.

kesimpulan

andai masa di dunia ini kita pergunakan dengan sebaiknya maka kita akan berbahagia di dunia dan akhirat. seorang ulama menyebut masa ini lebih berharga dari harta. ini kerana harta yang hilang boleh kita gunakan masa yang ada lagi untuk mengusahakan yang baru. Namun masa yang hilang tiada lagi boleh diganti dengan apa2.

selamat menggunakan nikmat masa dengan sebaik2nye.

ada apa dengan wasatiyah??



satu perkataan yang menggambarkan islam.

maksudnya bersederhana.

namun seringkali kita tersilap tafsir namanya.

bukanlah namanya wasatiyah itu andainya kita tidak menutup aurat sepenuhnya.

yang perlu difahami adalah setiap yang Allah anjurkan dalam quran dan apa yang rasulullah saw sampaikan dalam hadith itu adalah wasatiyah , sederhana.

mana mungkin Allah suruh kita labuhkan jilbab@tudung tanpa sebaranng sebab.

Dr Zakir Naik berkata andaikata 2 orang gadis kembar yang berjalan di laluan gelap lagi sunyi disergah sekumpulan lelaki algojo , yang satunya berpakaian menjolok mata sedangkan yang seorang lagi berpakaian sempurna auratnya maka mana satu yang lebih dipilih oleh alg6jo lelaki2 buas itu ?

anda jawablah sendiri.

wasatiyah juga berlaku dalam kehidupan seharian kita.

kita bersederhana dalam bercakap, tidak terlalu kuat, tidak terlalu perlahan.
kita bersederhana dalam berbelanja tidak terlalu boros dan tidak terlalu loket atau kedekut.
kita bersederhana dalam berpakaian , tak terlalu menarik perhatian dan tak terlalu selekeh dan comot.

macam2 lagi.

sebab itu Allah melarang hambanya yang bila bergaduh itu melarat sampai berhari2 tak tegur. Allah bagitau kalau makan jangan berlebih2, kalau puasa jangan tak berbuka, kalau bertahajud mesti tidur dulu,kalau berkahwin itu satu sudah memadai andai tidak mampu berlaku adil.

kesimpulan

Allah meraikan fitrah manusia melalui syariatNya. Sesiapa yang lari dari syariatNya maka itulah yang sepatutnya dikatakan ekstrimis. orang yang terlalu longgar, yang meremehkan undang2, hukum hakam Allah, yang memisahkan islam dari kehidupan seharian hingga akhirnya terhijab olehnya keindahan islam itu sendiri.

juga yang terlalu keras hingga menyatakan perang terhadap semua orang bukan islam, yang terlalu menyekat pergerakan wanita, yang tidak langsung boleh bertolak ansur dengan konsep pendekatan mesra dalam dakwah melainkan serangan buta tuli sahaja, maka mereka juga akhirnya akan tertipu oleh syaitan dan terjerumus ke lembah kehinaan.

samalah kita jadi insan wasatiyah persis baginda Rasulullah saw.

kau dakwah orang , dirimu camne??


baru ku terbaca buku bahtera penyelamat karangan ustaz fathi yakan.



pada awal muqaddimahnya menyebut betapa para dae yang sibuk ingin mentarbiyyah orang lain ini sepatutnya juga sibuk mentarbiyyah dirinya sendiri.

" orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan apa2 "

pernah seorang al akh menyebut , bagaimana mungkin antum bisa boleh mengajak insan di sekeliling mencintai Allah padahal anta sendiri masih pudar kecintaan tersebut? "

kata2 ustaz fathi yakan sekali lagi " selama belum tercapai interaksi antara duat dan hidayah yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan mendapat petunjuk dan membimbing orang lain "

oleh sebab itu, hendaklah para duat memberi perhatian yang besar kepada proses penggarapan : lebih dari usaha penyampaian. Mereka hendaklah meningkatkan usaha2 penjernihan diri sendiri sebagai usaha meningkatkan orang lain. Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat penghormatan dari orang yang mendidik manusia lain "

" katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha nescaya Allah swt, RasulNya dan orang2 beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan dikembalikan ke alam ghaib dan syahadah, lalu Allah swt menjelaskan kpd kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan " at taubah ayat 105

kesimpulan

siapakah yang buka pintu hidayah pada sahabatmu tatkala kau bersungguh2 mentarbiyahnya kalau bukan Allah. dan su2a saya berkongsi kata2 seorang murabbi saya :

" bang camane ana nak sampaikan usrah sedangkan ana dalam seminggu ni terkadang buat dosa dan ana bukan orang yang layak untuk sampaikan dakwah ni "

" anta mesti faham bahawa anta memang tak akan sampai puncak kesempurnaan 5tu, dan anta hakikatnya bukanlah nak bagitau anta paling baik, tetapi anta sebenarnya sedang menasihati diri anta sendiri , ingatlah tujuan itu , insyaAllah anta tak akan keberatan lagi"

yang penting sekarang bukannya kita nak kawan2 kita saje yang terima hidayah masuk syurga akan tapi paling penting kita sendiri. ni antara perkara yang kita boleh tamak. tapi nak masuk syurga tu nak tak nak syarat dia perlu sampaikan dakwah. begitulah kitaran hidup kita.

Saturday, May 26, 2012

sedarlah dirimu wahai pemuda sebelum kau menjadi tua

                                           gambar hiasan.tiada kaitan dengan penulis.


Sebentar tadi ku bersama keluarga menziarahi saudara yangumurnya menjejak 80 lebih. Pasangan suami isteri itu menyaksikan si suami sudah tidak lagi kenal bapaku, manakala isterinya masih kuat ingatannya.

Kuberfikir sejenak.

Itulah manusia.

Pada awalnya cergas , kuat lagi bersemangat pada awalnya kemudian sedikit demi sedikit segalanya ditarik Allah hingga apa yang kekal hanya tubuh badan yang lemah longlai mengharapkan bantuan orang lain untuk segala macam perkara.

" Dan barangsiapa yg kami panjangkan umurnya niscaya kami kembalikan dia pada awal kejadiannya. maka mengapa mereka tidak mengerti ?" surah yasin ayat 68.

ibrah

Sudah tentu andai kita sedar hidup kita ni hanya beberapa detik sahaja dan kita akan kembali pada pencipta maka kita akan bersungguh dalam memperbanyakkan amalan yang dicintai pencipta.

Amalan yang dicintai pencipta itu selain dari ibadah khusus yang ikhlas juga termasuk setiap kelakuan kita dalam 24 jam sehari. usaha kita untuk menjadi hamba Allah dalam semua urusan hidup. adakah kita sudah menjadikan Allah sasaran kita dalam setiap perkara. maknanya memperhambakan diri pada Allah semata2.

Adakah kita telah mengemblengkan segala kemampuan kita ke arah yang Allah suruh. Adakah akal dan fikiran kita menyumbang pada dunia islam dan pembaikan ummah. Adakah tubuh kita yang sihat lagi upaya ini kita gerakkan ke arah mentarbiyah insan di sekeliling serta pengislahan diri.

Sungguh masih banyak kita hutang dengan Allah. Kita masih boleh memberi sesuatu pada ummah ini.Selagi dirimu beroleh segala nikmat pancaindera dan fizikal ini maka tiada alasan unuk bertangguh, berdalih dan beralasan.

Andai umur yang muda ini kita masih bingungkan diri dengan matlamat dunia yang fana,tiada langsung saham akhirat. Andai diri masih berat berjuang di jalan Allah, tidak menggalas tanggungjawab dakwah hanya kerana alasan tiada ilmu dan masih tidak sedar diri dan peranan yang sepatut dimainkan sebagai seorang muslim, maka kita patut tanya diri kita di mana kedudukan kita andai satu hari nanti Allah lemahkan diri kita dengan penyakit tua atau nyanyuk.

Di kala itu apa lagi yang  mampu disumbang pada ummah.

Di kala itu secebis ingatan pada zaman muda hanya menimbulkan sakit hati serta penyesalan!

Di kala itu insan yang benar2 mengotakan janjinya sebagai hamba Allah di muka bumi ini hanya menunggu dan menanti2 saat pertemuannya dengan kekasih yang dirinduinya sepanjang ujian dan perjuangannya di dunia ini.

konklusi

Anda ada hak memilih kehidupan mana dan kini tiada lagi masa untuk berkata2 melainkan kita mula bergerak merealisasikan niat2 kita dan janji kita demi syurga yang pasti.

Jom bergerak !

Sunday, May 20, 2012

rupa bangsa negara Islam

Kali ini ku ingin berbincang sedikit berkaitan tajuk rupa bangsa muslim dan aqidahnya.

Hakikatnya Islam datang membawa satu tali sahaja yang menghubungkan manusia dengan dengan Tuhan. Tidak ada tali lain.Itulah tali aqidah islamiyyah.

Tidak ada sistem lain yang bisa menyelamatkan ummah ini melainkan sistem islam.

Juga ada satu syariat dan undang2 sahaja iaitu syariat dan undang2 islam.

Dalam islam kita tidak mengenal beza antara kau cina, kau india atau kau orang putih ke, mat arab ke... tapi samada kau islam ke tak. andai kau islam kaulah saudaraku.

Jadi tiadalah semangat kebangsaan,kesukuan itu dalam diri kita melainkan yang tinggal adalah talian aqidah yang menghubungkan antara hati2 kita dalam mewarnai dunia ini dengan ISLAM.

Rasulullah saw bersabda " Bukan dari golongan kita yang menyeru ke arah perkauman, bukan dari kalangan kita yang berperang kerana asabiyah dan bukan dari kalangan kita yang terbunuh kerana mempertahankan assabiyah "

Jadi walaupun negara itu negara yang kita lahir, yang kita tinggal, yang kita simpan segala barang2 kita namun andaikata sistem ISLAM tidak didaulatkan, Al Quran bukanlah perlembagaan, matlamat bukan hanya keredhaan Allah namun bercampur dengan keinginan nafsu shahwat yang lain maka mana mungkin kita harus menyokong sistem sebegini.

Sepatutnya kita laksanakan penentangan hinggalah sistem yang diamalkan itu ISLAM sepenuhnya.

Anda akan dengar bermacam2 masalh yang timbul akibat mengikuti sistem barat yang anda ikut ini. Dan anda tidak sesekali akan menjumpai solusi melainkan anda tukar sepenuhnya sistem sedia ada dengan sistem ISLAM.

Anda ingin menyalahkan si pelaku zina sahajakah sedangkan media dipenuhi gambar perempuan berpakaian separuh bogel, tayangan 2 dari barat dibenarkan malah diadakan tayangan sendiri yang meniru segala aksi lucah dan perbuatan jijik dari barat itu dengan alasan ia menarik minat ramai pemuda.

Ya! benar siapa yang tidak tertarik andai kata nafsu dihidangkan makanannya.Hanya insan yang kuat imannya sajalah yang mampu terus bertahan, dan itupun berapa ramai.2 % ? 3% ?


Jadi masalah mencuri yang terjadi akibat sistem riba, rasuah , pemimpin zalim tapi bila inginkan solusinya baru nak ikut gaya hudud potong kanan?

Bukankah sistem yang anda guna pakai itulah yang menghasilkan sekian ramai pencuri dan kini anda ingin minta solusi dari sistem islam?

Bolehkah begitu?

Tidak sesekali.

Anda menyediakan medium suasana begitu kondusif utuk manusia berbuat zina dan mencuri dan kemudian anda meminta dilaksanakan solusi dari cara islam.

Mengapa tidak laksanakan sistem islam secara sepenuhnya dari awal. Aurat dijaga, ikhtilat dijaga, kerja tidak alkoholic, quran dibaca ditadabur dilaksanakan kandungannya, keredhaan Allah yang dicari dalam apa jua tindakan, tiada lagi kemiskinan dek pemimpin yang boros menghabiskan wang rakyat.

Pencapaian akademik pula diseimbang dengan hubungan dengan tuhan agar tiada manusia lupa diri. Makin banyak ilmu makin tunduk, belajar bukan sekadar untuk tunjuk2,tayang2 ijazah namun untuk kebaikan ummah. tiada lagi ummah di benua manapun yang terbiar kehidupannya, sistem zakat diuruskan dengan baik,media pula dipenuhi hiburan yang menggalakkan ke arah kehidupan yang diredhai Allah,

Andai kata kondusi kini sudah tidak friendly dengan berlakunya zina dan kecurian serta banyak  lagi problema lain maka adakah kemungkinan masih berleluasa problema atau semakn berkurangan ?

Anda jawablah sendiri.

Cuti,oh cuti

Salam Al Quds,

Sudah hampir 2 minggu cuti tahun 2 menuju tahun 3 dan aku masih merasakan inilah masanya sesuatu pengorbanan yang besar harus kulakukan demi Islam yang kucintai.

Biasanya masa yang menjadi ujian serta tembok untuk ku aktif dalam berjemaah serta perancangan masa depan dakwah insan di sekitar ku.

Kini aku dibentangkan dengan kelapangan masa serta dikurniakan beberapa kelebihan aset seperti kereta(milik ayahku yang boleh ku pakai kemana2), makanan yang sudah tersedia oleh ibuku tanpa ku terpaksa keluarkan duit.Juga banyaknya buku pemangkin semangat jihad di rumah serta kemudahan komputer dan internet, tidak lupa juga handset yang masih setia bersamaku.

Semua itu kemudahan serta pembantu aku dalam proses dakwah di masa cuti.

Walaupun begitu banyak kelebihan namun masih tidak dapat tidak aku diuji dengan beberapa perkara, mungkin dek kelemahan ku sendiri, namun tetap ia memberi kesan pada perancangan dakwah yang ingin aku laksanakan.

Begitulah hidup ini. hatta perkara baik manapun kita jangan anggap akan dipermudahkan segalanya kerana kadang kala Allah ingin uji sejauh mana kita ikhlas dalam menjalankan kerja2 demi menggapai redhaNya.

Siapa yang benar2 ikhlas serta tinggi semangat dan keinginannya sahaja yang mampu menahan ujian dan bala yang melanda. Yang masih boleh mencari alternatif untuk teruskan perjalanan hatta tayar sudah pancit tercucuk paku di kala perjalanan yang jauh, atau yang masih boleh mendaki di saat hujan mula turun dengan lebatnya.

Aku sebenarnya ingin berkongsi sedikit tazkirah yang ku baru baca dari buku manhaj seorang muslim namun sudah banyak yang ku tulis di sini jadi insyaAllah akan aku sambung pada post seterusnya.

Tuesday, May 15, 2012

Aku tak mulia selagi tak ikut Allah

Salam Nakbah Palestin,

Sungguh luar biasa cuti ya. Cuti lah determine whether kita dapat jadi apa masa tamat cuti nanti. silap haribulan kalo tak plan jadi zombi yang tidur dan makan saje.

Maka tak mahu lah dalam kategori yang rugi itu kan jadi sangat perlu setiap dari kita yang menggelar dirinya muslim ini plan sesuatu.

Tak banyak, sikit.

Alhamdulillah ayah ada syorkan SMART. memang smart punye idea. mengoptimakan masa yang sikit serta tersusun demi output yang baik.

Apapun tujuan post kali ini bukanlah mengenai itu tapi sedikit perkongsian hasil beberapa helai bacaan saya setakat cuti ini. Hanyalah sebagai sedikit peringatan juga pada diri ini agar kembali bangkit setelah sekian lama tidur atau duduk berselimut.

Sekarang umat islam semakin hina. Kita mencari budaya baju ketat, seluar londeh, tudung nampak rambut. Luaran dah memang tak ada tanda dia ni Islam. Dalam pula sepi dari zikir dan tunduk pada Allah.

Apa yang tinggal untuk diri dikenali Muslim. Oh ya, namanya ada sedikit bunyi Islam.

Wahai cik bang, cik adik, makcik,pakcik sekalian .

Andai begitu perangai kita agaknye , hidup tak solat, kalo solat pown acuh tak acuh, ikhtilat tak jaga main sentuh je semua orang, main cakap je semua tak kiralah secara sedar tak sedar menghina dirimu sendiri...

Kalo gitulah kita yang hanya kekal nama. yang hanya kekal baju Melayu, yang hanya kekal tersimpan sebuah Quran berhabuk di rak,,,

Kalo gitulah kan ....ape beza kita dengan orang yang bukan Islam ye??

Kalo begitulahkan mana agaknya ke'izzahan' atau kemuliaan tu kan muncul.

Dari sudut mana agaknya kita ni lebih mulia.

Masa depan kita lebih mudah masuk syurgakah, begitu???

Kalau dalam bukunya Manhaj Hidup Muslim karangan Abu A'la Al Maudi jawapannya samalah pengakhiran seseorang yang gaya hidupnya seperti bukan islam itu dengan orang bukan islam.

Anda lebih tahu bukan...

konklusi

Kita ini bila mengucapkan kalimah syahadah, maka tiada lagi kata pemutus yang lebih tinggi melainkan kata putus Allah swt. Tiada lagi kehidupan mana tuk dipilih melainkan yang mana yang Allah suruh.

Sama2lah kita terus berusaha agar cara hidup yang kta pilih kini diredhai Allah swt.

Sunday, April 15, 2012

Penyakit " Rasa dah cukup baik "

Alhamdulillah. rasanya sudah tiba masanya saya kongsikan sebuah penyakit kronik yang telah menghinggap saya baru-baru ini.

Penyakit syok sendiri.

Sudah pegang liqa ( cita2 saya sejak sekolah) selama 3 bulan setengah dan pada masa yang sama memantau liqa sahabat lain akhirnya membuatkan saya didatangi penyakit ini.

Saya tidak lagi ghairah dan gigih dalam menghiburkan jiwa2 muda sekeliling saya dengan taujeh malah artikal ringan sekalipun.

Saya mengambil ringan persiapan liqa bersama anak2 halaqah mahupun halaqah sendiri.

Wushh,,,,

Salah siapa ini dong...

Mana yang utama

seorang ulama bernama Abu Ala Maududi pernah menyebut " Bila kalian menyambut tugas dakwah ini tidak sebagaimana sikap kalian terhadap tugas yang mengangkut urusan peribadi kalian maka dakwah ini akan mengalami kekalahan yang nyata "

Tepat sekali,..

Menjadi satu kewajipan bagi pencinta dakwah dan tarbiyah ini melihat semula mesin penentu aulawiya nya samada masih lancar berjalan atau sudah rosak.

Andai kita menjadi dae di waktu awalnya saja dan pencen di pertengahannya maka adakah itu sudah dikatakan berjaya?

Adakah kita mengharapkan umat untuk terus istiqomah di saat tarikan jahiliyah itu sumpah terlalu menarik , maka sekali lagi satu kesilapan.

Oleh itu wahai pencinta umat, pencinta Allah dan RasulNya,,

Andaikata kita tidak bersungguh mengubah keadaan kini maka tak mustahil Allah tarik nikmat ini dalam keadaan kita tidak sedar.

Akan Allah gantikan dengan jiwa2 baru yang lebih semangat lebih kental dalam menghadapi mehnah dan ujian....

Semoga artikal pendek ini memberi faedah.

Wallahualam.

Friday, March 23, 2012

A Letter To God

Sebentar tadi ku menonton sebuah tayangan . Tajuknya A Letter To God

Begitu banyak sekali ibrah yang kudapat dari 2 jam tayangan anjuran SMF yang ditayangkan d LHB itu.

Secara ringkasnya ia berkisar seorang pesakit kanser yang masih kanak2. Taylor namanya.
Setelah mengetahui dirinya kanser dia ditahan di hospital dan tidak ke sekolah selama 2 bulan.

Sekembalinya ke sekolah dia diusik oleh rakan yang lain. Dia rasa dihina dan sedih hingga membuatkannya bertemu dengan seorang atok sahabat karibnya yang sangat arif ini.

Atuknya memberitahu bahawa Taylor ini seorang " warrior " yang dihantar tuhan. Seorang warrior yang membuatkan orang lain kagum dengan kekuatannya mengharungi hidup sebagai pesakit kanser.

Ini menyentuh hati Taylor yyang selama ini hanya memikirkan sakitnya ini musibah semata2.

Taylor kemudiannya tidak putus2 menghantar surat kepada " Tuhan " . Segala masalahnya dicurahkan dalam surat tersebut.

Kelakuannya ini dilihat ibunya sebagai tidak mendatangkan apa2 faedah bagi Taylor malah ibunya tanpa segan silu menyalahkan takdir Tuhan atas apa yang menimpa keluarga mereka.

Pada masa yang sama nenek Taylorlah yang menjadi pembakar semangat agar terus percaya dengan takdir Tuhan kerana segalanya ada hikmahnya.

Pada satu hari Taylor yang tertekan atas ejekan kawan sekelasnya telah bercadang menulis surat kepada kawannya itu. Dalam surat tersebut dia menyebut betapa dia faham mengapa kawannya mengejeknya yakni kerana mereka cemburu dia itu insan yang dipilih Tuhan untuk mampu mengharungi segalanya.

Kisah ini diakhiri dengan kematian Taylor. Namun babak sebelumnya mendedahkan berguni2 beg berisi surat dari kawan sekolahnya yang alamatnya "to God ".

Sebelum dia meninggal dia berjaya mempengaruhi kawannya, ibu serta sebilangan besar masyarakat sekelilingnya betapa berharganya nilai hidup ini tatkala disandarkan pada Tuhan.

Juga sebelum meninggal Taylor memberitahu pada ibunya betapa beruntungnya dipilih Tuhan menerima anak sepertinya.

Ibrah

Tidakkah kita rasa sensitif bila ada sahabat kita menuju ke gereja. Ya kita sensitif. Ya kita marah. Namun mereka ini yang bukan Muslim ini telah sedaya upaya kembali pada Tuhan.
Merka yang sudah jauh terpesong kitabnya itu telah banyak menunjukkan tauladan serta akhlak pada kita.
Maka tidak mustahil ummat yang " kosong " jiwanya ini bertumpu pada mereka.

Maka persoalannya dimanakah kita?

Di saat ummah yang ramai namun jauh dengan Tuhan.

semestinya ini satu amanah pada kita untuk sama2 menyeru kembali pada Allah.

Andaikata Taylor itu menulis surat agar dia dapat terus rasa berhubung dengan Tuhannya , kita pula patut lebih rapat pada Allah.

Mengapa?

kerana kita berdoa bukan dengan menulis malah DIRECT terus padaNya.kita boleh menadah tangan tersungkur sujud penuh kehambaan dalam tangisan taubat.

Luahkanlah segala yang kau mahu padaNya wahai saudara seislamku yang kucintai!

" Dan apabila hamba2ku bertanya kpdmu ttg aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan org yang berdoa apabila dia berdoa kpdKu.." Al Baqarah 186.

Bukankah Islam memberi solusi .

Kalau begitu mengapa masih ramai Muslim yang kedekut,yang tamak, yang rasuah, yang minum arak, yang bercouple dan segala macam maksiat???

Kekuatan itu padamu

" Kamu adalah umat yang Terbaik dilahirkan tok manusia sbb kamu menyuruh yang makruf mencegah yang mungkar..." Ali Imran 110

lihatlah wahai pembaca yang kucintai..
Berdakwah itulah syaratnya andai kita mahu jadi yang terbaik.
Maka andai anda dipilih menjadi naqib, memberi tazkirah, menulis artikel dan seumpamanya maka usahlah anda menarik diri dengan alasan yang pelbagai.
Anda lihatlah sendiri kondisi umat yang sakit tenat dikaburi bayangan dunia yang seolah indah.

" celupan Allah, siapa yang lebih baik celupannya dari celupan Allah?.." Al Baqarah 138

Kemuliaan dari Baratkah yang anda ingin follow wahai teman pembaca sekalian?

Islam sudah sediakan segalanya.

" sungguh telah ada pd diri Rasulullah saw itu suri taulan yang baik bgmu..." Al Ahzab 21

Maka usahlah kita sekadar jadi penonton saja pada tayangan mlm ini namun ambillah ibrah yg sedalamnya yakni sudah sungguh2 kah kubawa Islam dlm hidupku??

Friday, March 16, 2012

Mad'uku lebih hebat dariku.Takpeke?

Baru saja ku pulang dari liqa. Salah satu ahli kami itu banyak ilmunya. Maklumlah beliau lepasan sekolah agama serta rajin mendengar tazkirah.

Yang menjadi persoalannya bilamana naqib itu kekadang terasa inferior complex berhadapan dengan mad'u seperti itu.

Pada hematku itu tidak perlu jadi sesuatu yang pelik jauh sekali masalah.

Pertama kubilang padamu wahai pembaca sekalian. andai kata kita tidak bertindak menyusun liqa itu mengajak ahli,menetapkan waktu serta segala macam berkaitan liqa itu adakah kemungkinan akan adanya liqa?

Sudah tentu tidak.

Maka pertama sekali peranan kita walaupun ilmu kita kurang namun kesanggupan kita meluangkan masa dan tenaga mewujudkan pertemuan liqa itu sesuatu yang sudah cukup untuk dihargai.

Kerana walaupun ada dikalangan masyarakat kita yang ilmunya penuh namun kekadang tidak ada medium baginya tuk berkongsi . Dia rasa kekok berkongsi walaupun mampu. maka disini perlunya penggerak kepadanya.

Maka inilah peranan kita ( hamba Allah yang dilantik menjadi naqib namun tidak bersekolah agama dan masih kekurangan byk dari sudut ilmu agama)

Kedua. Kita jelas matlamat kita ingin membina peribadi muslim, keluarga,masyarakat, serta negara Islam.

Maka adakalanya harakah atau pergerakan itu perlu ada dalam liqa kita.

Bagaimana kita boleh dakwah masyarakat sekeliling kita. Bagaimana kita ingin mewujudkan suasana yang takut langgar arahan Allah, buat dosa.Bagaimana kita boleh timbulkan kemahuan anak muda untuk bergabung menyumbang untuk Islam.

Maka saya tanya kalian. Adakah bisa seorang lepasan sekolah agama walaupun ilmu agama penuh di dada mampu melaksanakan semua ini?

Ya bisa aja, mungkin kita akan jawab. Namun berapa ramai??

Ramai saje yang boleh mengaku pernah belajar dari sekolah agama namun berapa ramai yang benar2 faham agama?

Maksudku benar2 faham agama ni adalah dari banyak sudut termasuklah harakinya yakni bagaimana kita boleh sumbangkan pada masyarakat.

Kerana yang penting kita sebagai penggerak. Kitalah yang menyusun. Kita juga yang sama2 mereka berusaha bagaimana boleh kita guna ilmu yang ada untuk dakwah masyarakat ke arah penghayatan Islam.

Maka sebab itulah kita jangan rasa malu bilamana kita sekadar lulusan sekolah sains sedangkan mad'u kita lepasan sekolah agama ataupun negara2 Timur.

Kerana kita belajar tarbiyah yang bergerak.

Supaya akhirnya masyarakat kan bebas dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan pada Allah semata2.

Bisakah ku jadi sepertinya....

Kadangkala rasa tidak mahu menaip langsung dan kadangkala sebaliknya.

Wallahualam mengapa selalu saje berbolak balik jiwa ini. Ingin saja tetap dalam keadaan dimana kita baru saja pulang liqa di malam hari itu.

Namun kadang2 tanpa diduga sesuatu ujian mendatang memaksa kita bertindak suatu tindakan yang bukan Mukmin sepatutnya bertindak.

"Wah, hebatnya mamat tu",
"Puh! ceramahnya menusuk kalbu, jantung serta tulang dan darahku"

bermacam pujian kita pada seseorang kadangkala hingga seolah manusia itu malaikat tiada dosa dan perfect senang kata.

Sedangkan dia bisa aja diuji persis kita yang diuji malah ujiannya bisa jauh lagi hebat dasyat lagi berat dari kita.

Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa orang yang paling dahsyat yang menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka.

Pernah Ustaz Hassan Al Banna didatangi seorang yang mengadu masalahnya kepada ustaz.

Namun senang aja jawapan al akh ustaz .

Disuruhnya hamba Allah tadi berserah pada Allah kemudian dia sendiri yakni sang Ustaz ini berkongsi sendiri masalahnya hingga terdiam dibuatnya hamba Allah tadi. Rupa2nya masalahnya itu hanya kecil berbanding apa yang dilalui Ustaz ini.

Begitulah kadang2 kita semangat dan bersiap memikul risalah dakwah ini dan kadang2 terasa begitu berat seolah dihimpit dengan sebuah batu besar.

Tiada manusia di dunia ini melalui hidupnya senang2 aje.

Ingat murahkah nilai syurga itu wahai pembaca yang dimuliakan Allah?.

" Sesungguhnya Allah membeli dari org2 mukmin baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga utk mreka. Mereka berperang d jlan Allah sehingga mereka membunuh dan terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dlm Taurat, Injil dan Al Quran...."
Surah At Taubah ayat 120

Mereka itu jiwa2 militan yang tidak senang berserah pada suasana hatta dicampakkan ke mana sekalipun. Tetap, dan tetap mereka ingin membina suasana biah solehah. suasana tarbiyah.
suasana masing2 risau akan berlaku dosa.

Anda bisa boleh punya

Siapa kata mereka itu begitu hebat sejak kecil lagi?

Mana mungkin!.

Inilah hasilnya bilamana kita berterusan berjalan atas jalan juang dan dakwah ini. Bila kita terus menerus mengkat diri dengan Quran serta mutiara hadis.

Bila kita terus menerus membaca matsurat pagi petang walaupun mata layu dan tubuh penat hanya Allah yang tahu.

Bila kita terus bersungguh menyiapkan tulisan artikal dakwah semata2 utk menampalkannya di dinding surau yag entah ada entah tak insan yang membacanya.

Bila kita berhenti dari setiap perkara kita buat tatkala mendengar azan lantas bergegas menjadi muazzin tanpa saingan.

Bila kita menghempas pulas menyiapkan SGS Patho,Biochem dan Pharmaco kerana ingin mengosongkan masa demi usrah di malam hari.

Biila kita terus memikir dan memikir jalan menyelamatkan ummah di kala insan lain sudah tidur dengan lenanya....

Ya ayyuhal ikhwah wa akhawat. Sudahlah lamunan anda. Jomlah kita mula bertugas sebagai seorang penyeru kepada Allah.