Monday, July 23, 2012

Ghuraba'

Setelah membaca sedikit post arwah kak zarina tardan membuatkan aku bersemangat menulis kembali di sini.

Mungkin aku boleh kongsi sedikit pengalaman kudapati sepanjang 2 minggu pelajar clinical fakulti perubatan ni.

Buat masa ni terasa agak berat, dengan pelbagai tugasan presentation ditambah dengan program EMI yang tidak kurangnya di bulan Ramadhan ini.

Ramadhan kini hari yang ke-3 namun ku masih belum menyemai benih yang ingin ku semai di akhir bulan ini lagi.

Terasa kadang kala jauh dari Tuhan. Sedangkan diri ini memegang amanah besar yakni ketua, dan tugas itu tak lain tak bukan mengajak sahabat dan masyarakat kepada Allah.

Sememangnya aku rasa pening dan keliru dengan diriku sendiri kadang-kadang.

Aku kini bersama rakan-rakan sekelas yang majoritinya perempuan. Kadangkala aku tidak tahu adakah patut aku bersama bergurau senda sebagaimana sahabat lelaki yang lain. Sudah tentu kita sebagai kaum Adam ada batasannya bilamana bergaul dengan kaum Hawa.

Mungkin inilah yang dikenali ghuraba'.

Tidak mudah kita mengekalkan diri kita seperti ikan yang tetap tidak masin di laut yang masin. Memang pada awalnya boleh namun sedikit demi sedikit andai tiada dibina benteng iman yang kukuh kita bisa saja terheret ke lembah maksiat dan dosa.

Akan terdengar bisikan syaitan mengajak kita sedikit dan sedikit kepada sifat tidak malu dan kesudahannya kita semakin lalai.

Benarlah sabda baginda berkaitan malu dalam hadis arbain.

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAWtelah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Moga Allah berikan daku kekuatan mengharungi kekeliruan ini.

Moga Allah jelaskan dan tetapkan pendirianku untuk terus menerus bangga menjadi seorang Muslim.

Tuesday, July 10, 2012


Hari pertama sebagai pelajar perubatan clinical. Harapan semoga dapat mencapai yang terbaik tuk akademik, dakwah, ukhuwah dan pelbagai lagi lapangan kehidupan.

Namun diri sangat mengerti yang ujian supersayya besar dan luar biasa bakal menjamah diri ini tak lama lagi. bebanan kerja akan datang bergolek dan menimbun.

Mampukah diri yang fakir ini menghadapinya.

Hanya dengan kekuatan IMAN dari Allah sahaja yang mampu mengatasi segalanya, insyaAllah.

Dunia baru bakal mengubah hidupku...

Wednesday, July 4, 2012

Cinta yang gersang dalam diriku


" kenapa susah benar nak khusyu' solat ni"

" kenapa nak baca quran berat semacam hah, nak baca novel begitu mudah"

"beratnye langkah nak ke surau, nak pergi main bola bukan main senang"

"kenapa susah sangat nak bangun subuh awal ni"

Mengapa boleh jadi begini.

Mengapa begitu berat melakukan kebaikan.

Begitu berat mendapatkan kemanisan serta keseronokan beribadah pada Allah.

Monday, July 2, 2012

cuti-cuti tiada isi


sangat sedih mengenangkan cuti yang berbaki 4 hari saja lagi.

namun terubat sedikit kesedihan itu mengenangkan perkara yang telah dilakukan sepanjang cuti ini. Walaupun tidaklah banyak atau mendekati saranan Hassan al Banna yang menyebut.

“Al Wajibaat Aktsaru Minal Auqat.” (Kewajiban kita lebih banyak daripada waktu yang ada) - Ustaz Hassan al Banna