Wednesday, January 30, 2013

Buktikan Cintamu yang sebenarnya..

Semalam penulis berkesempatan mendengar sedikit tazkirah sempena sambutan kelahiran Baginda Rasulullah saw. Tempatnya di Masjid Ibn Sina.

Seperti biasa setiap tahun kita kan terdengar cerita yang sama cume gaya penceritaanya berbeza mengikut penyampainya.

Malam tadi sememangnya penulis merasai seolah baru saja mendengar kisah Baginda tercinta. Jujurnya terasa sebak dan kesedaran meluap tatkala penceramah yang sangat bersungguh menerangkan jalan hidup baginda.

Paling tak dapat dilupai bagaimana dakwah yang baginda rintis ini sememangnya sangat susah. Difitnah dihina dikeji dikatakan gila dipulau dijauhi bapa saudara sendiri diletakkan najis  dibaling batu oleh kanak2 Taif hingga terpaksa berselindung di sebalik pohon kurma.

Begitu sekali ye wahai pembaca sekalian ujian yang Allah timpakan pada Baginda..

Sebelum diutus baginda sangat dicintai kaumnya, malah Abu Lahablah yang beria2 menyambut kelahirannya...Namun setelah mengetahui perjuangan baginda maka semua pakat menjauhi dan mencercanya..

Sewaktu wafatnya, baginda mengadu akan sakitnya sakaratul maut itu...baginda berkata biarlah segala derita maut ummatnya ditanggung sendiri olehnya..

Betapa sayangnya Baginda pada ummatnya...

Sungguh tatkala kaki ini melangkah keluar masjid terus kuletakkan azam untuk lebih menghayati jalan hidup baginda sambil bertekad sentiasa mengucapkan selawat pada Baginda..

Keesokan harinya ku terbaca dari satu post dari Tarbawi.net..Bagaimana kita memanifestasikan cinta kepada banginda bukan sekadar berkata2, memuji dan yang seperti itu sahaja, bahkan haruslah kita sama2 melibatkan diri kita dalam perjuangan menegakkan aqidah dan syariat sebagai tanda cinta kita pada Baginda..

Kedua berniatlah untuk mati syahid semoga ini membuatkan kita kental dalam menghadapi apa jua rintangan..

Juga dikisahkan bagaimana Bilal saat Rasulullah saw tiada dia sentiasa dalam kesedihan dan akhirnya meminta izin Abu Bakar utk menyertai rombongan jihad ke Syam..

Begitulah cara mereka yang mencintai Rasulullah saw merialisasikan cinta mereka..

Namun apa yang penulis benar2 ingin kongsi disini adalah betapa dihinanya baginda dalam menyampaikan dakwah. Juga jika kita perhatikan sekian hadis menerangkan betapa baginda sebenarnya seorang yang sangat malu dan merendah diri. Baginda melarang sahabat bangun untuk menyambutnya. Kisah baginda diherdik di hadapan orang ramai bukan sedikit.

Baginda digelar muzammam(terkeji) oleh isteri Abu Lahab, baginda diserang bertubi2 sewaktu peperangan Uhud, dakwah baginda dilatari dan diwarnai dengan cacian yang sekiranya insan biasa terima sudah tentu mereka tak mampu!!

Namun dalam sudut hati penulis sedikit sebak mengenangkan keadaan kita kini yang sungguh2 inginkan diri dihargai setelah berkhidmat untuk menegakkan Islam ini..tidak sedikit kita lihat mereka yang ingin dirinya disanjung maklumlah mereka telah memberi tazkirah dari pagi hingga petang..

Mereka meletakkan diri di tempat yang tinggi hingga tidak sanggup malah malu melakukan kerja2 remeh dan kotor seperti membasuh lantai dan menyusun kerusi sewaktu program..

Maka dimanakah buktinya cinta pada Rasulullah saw sekiranya masih bersifat ego, megah dan bangga diri dalam menjalankan tugas2 dakwah.Hatta Baginda sendiri merendahkan dirinya di hadapan Illahi di malam hari dengan konsisten melambangkan betapa kerdilnya dia dan betapa begitu mengharapkan bantuanNya dalam dakwah ini...

Maka apakah kita sudah memiliki sifat2 Nabi ini sampai ada yang sanggup mengangkat dada menyombongkan diri...

Muhasabah sebenarnya untuk diri penulis juga...

Semoga kita mengorbankan segalanya demi dakwah dan tidak sesekali merasai ujub dan bangga diri hatta banyak manapun yang kita sumbangkan kerana segalanya hanya Allah yang hitung...

Jangan jadi pemalas!!

Tujuan penulis menulis adalah kerana ingin membebaskan diri dari sifat malas..malas dalam apa saja. Bukan sekadar malas membaca nota-nota dan buku-buku akademik malah malas membaca buku dakwah, fikrah dan haraki semakin menguasai diri.

Mana mungkin keadaan ini dibiarkan sekiranya kita mahu tetap dalam perjuangan. Perjuangan tidak memerlukan insan2 malas menghiasi ahlinya..hanya meramaikan bilangan namun tidak langsung mampu memberi apa2.

Namun inilah fenomena umum bukan sahaja penulis malah yang berlambak dan ramai lagi di luar sana dihiggap penyakit ini.

Pada masa yang sama ummah sangat memerlukan sangat2 dahagakan perkongsian ilmu, tarbiyah membina dan aktiviti2 yg me'refreshkan' iman dan bangkitkan semangat untuk beramal.Ini semua tidak lain tidak bukan adalah lahir dari idea yang diperolehi lewat bacaan buku2 dan bahan bacaan lainnya..

Apa yang penulis perasan..mutakhir ini kita banyak kali melakukan sesuatu samada program atau apa jua aktiviti dakwah namun sedikit sekali kita memikirkan imbuhan yang boleh kita terima dari sudut dakwah.Kita banyak bergerak dan bertindak dan tidak dinafikan itu sangatlah baik, namun lebih baik sekiranya kita mampu menambah input pada setiap pergerakan kita.Input boleh berupa mcm2, namun apa penulis ingin tekankan kali ini adalah melalui pembacaan...

Tidak dinafikan merancang semata2 tidak memadai sekiranya tiada tindakan dan amalan praktikal namun praktikal tanpa ilmu pun tidak ke mana...

Kesimpulan

Post kali ini sangat ringkas namun cukup untuk membuatkan kita semua terutama yang menggalas risalah dakwah mengambil segera buku2 yang tersusun kemas di rak yang sudah lama ditangguh untuk membacanya.mulalah membaca dan kita kan sama2 perolehi manfaatnya insyaAllah.

Selamat membaca dan janganlah jadi insan yang malas..