Monday, June 24, 2013

Harapan tinggi membunuh potensi???

Lama sudah tidak kutulis disini. Rupa2nya baru ku tahu puncanya. Sebelum ni aku ada tulis beberapa post namun tidak ada penghujung yang baik atau kelihatan tidak seronok maka ku hanya save dan tidak publish. Begitulah hingga petang tadi beberapa perkara bermain di fikiranku.

Perfectionist. Ya itu dia penghalang utk ku publish tulisanku.Ku mengharapkan tulisan yang sempurna. Ku mengharapkn tulisan yang MESTI ada penutup, mesti ada klimaks, mesti ada contoh atau cerita namun sebenarnya itu semua tidak penting. Yang penting aku dapat mengekspreskn apa pandangan aku terhadap dunia dan kehidupan. Manfaat atau tidak terpulang kepada pembaca. InsyaAllah akan ada manfaat sekiranya mereka yang benar2 ingin mencari.

Ya, sebenarnya bukan ini yang ingin ku kongsi, namun perkara lain. Kadangkala aku meletakkan harapan yang cukup besar pada diriku sendiri hingga aku tidak mampu dan kesudahannya buatkan diriku stress. ya, tertekan. Sebenarnya masalahnya tiada namun dek kerana aku tidak mengerti diriku siapa sejauh mana aku mampu buat itu dan ini, aku sendiri tidak tahu, hingga menatijahkn aku untuk terus menerima segala kerja dan bebanan yang kusangka boleh.

Setelah sekian lama maka aku mula menimbulkan persepsi orang ramai seolah2 aku seorang yang serba boleh. Yang hebat itu dan hebat ini, sedangkn aku hanyalah insan yang tidak tahu potensi diri di tahap mana.

Persepsi ini meletakkan kita tinggi hingga masyarakat atau orang lain memandang tinggi keupayaan kita melebihi yang kita sedia ada.

Ya mungkin anda merasakan "apa masalahnya?. ok apa, daripada orang pandang rendah kebolehan kita lebih baik camtu"

Mungkin perspeksi itu turut mempengaruhi diriku sehingga aku tidak takut menerima amanah. Sehingga aku meletakkan juga harapan tinggi pada diriku untuk melakukan pelbagai perkara baru.

Misalnya, cuti yang sebentar selama satu bulan setengah ini aku letakkan matlamat untuk menghabiskan lebih kurang 10 ke 15 buku haraki, dakwah, bermanfaat untuk dibaca di samping menghidupkan usrah dan menghadiri sebanyak majlis ilmu, mengajar adik itu dan ini serta beberapa lagi yang tak perlu ku tulis disini.

Maka setibanya cuti maka mulalah aku membaca sedikit demi sedikit, walaupun tidak memenuhi matlamat namun masih ada usaha. kadangkala rasa bersalah pun ada kerana tidak memenuhi impian ku yang sebenar.

Sebenarnya apa yang aku sebenarnya ingin sampaikan bukanlah kekurangan kita meletakkan semua harapan yang tinggi dalam diri ini cume ingatlah 2 perkara.

Pertama, kita masih lagi memiliki kelemahan di samping 'tinggi' di mata masyarakat akibat persepsi itu semua. Oleh itu kelemahan lama usahlah menjadi penghalang kita terus menuju matlamat kita kerana ebenarnya proses perbaikan atau tarbiyyah itu mengambil masa. Sabar dan teruslah ke hadapan jangan terbantut disebabkn kesalahan lama yang sangat susah ditinggalkan itu.

Kedua kita masih banyak kelemahan sebenarnya oleh itu pergilah belajar lagi. Buang rasa 'tinggi' yang berada di luarmu dan akuilah sebenarnya aku masih lemah, ilmu kurang, meliki lagi beberapa attitude buruk yang memerlukan usaha juga.

Kadangkala disebabkn perasaan selesa di atas atau selesa dipandang 'tinggi' membunuh semangat cuba menjadi lebih baik dalam diri kita. Menyebabkn kita rasa tidak perlu lagi kepada usaha mencari dan berkorban. Bunuhlah attitude buruk itu. Sesetengah sahabatku yang hebat2 mereka masih lagi merendahkan diri dengan macam2 semata2 ingin menghadirkan rasa diri masih belum sempurna dan perlukan lagi banyak usaha.

Namun usah kita mengambil kesempatan pula. Menjadikan alasan kelemahan diri untuk tidak berdakwah dan berbuat baik. Itu topik lain.

konklusinya semoga kita terus melihat diri kita yang sebenarnya masih lemah , usah terpedaya dengan sangkaan orang ramai dan usahlah terbantut dek kesilapan lama @attitude lama yg hanya memerlukan jihad utk meninggalkannya.







ps: sedang khusyu mendengar seseorang berbicara dan sememangnya itu bukanlah aku.

Friday, March 29, 2013

Pengalaman takkan kulupa

Pagi tadi saat yang tak akan kulupai dalam hidupku. Manakan tidak suatu yang tidak langsung ku terbayang kan berlaku di pagi Jumaat itu. Sedang ku sibuk bertanya atau istilah mediknya 'clerk' seorang pesakit India ini melalui isterinya (kerana dia tidak sedar diwaktu itu) pesakit itu tiba2 berhenti bernafas lalu dalam tempoh beberapa minit kemudian terhenti terus degupan jantungnya.

Aku sangat2lah risau dan takut. Kerana apa? kerana pada waktu itu aku lah orang yang terakhir mengambil maklumat darinya serta melakukan sedikit pemeriksaan pada paru2nya. Tidak ku sangka pesakit yang pada awalnya tercungap2 dibantu alat pernafasan yang disalurkan melalui lehernya itu berakhir dengan begitu pantas sekali. Ku lihat matanya mula membesar dan terarah pada satu arah sahaja walaupun ditampar2 berkali2 oleh isterinya. nafasnya mulai perlahan. Ku terus mendapatkan doktor yang sedang merawat pesakit katil lain. "dr, a patient had stop breathing!!" .

Dengan kalutnya dr menuju ke katil yang kusebutkan. Nurse yang berdekatan juga agak kelam kabut menghurungi katil tersebut. Ada yang membawa alat mesin 'defribrillator' yang menggunakan elektrik bagi mengembalikan semula degupan jantung ke tahap normal. Namun pada waktu itu sudah terlambat. Doktor hanya mampu melihat degupan jantungnya dengan pantas menurun ke 18 degup dalam seminit. Sangat kronik. Doktor lantas memberitahu isterinya sesuatu yang kusendri tidak pasti. Namun yang pasti setelah itu si isteri tidak lagi memasuki ruangan katil suaminya yang ditutup dengan langsir. Si isteri menitiskan air  matanya kesedihan sambil dipujuk oleh doktor.

Aku terasa degupan jantungku laju. Aku terus memasuki ruangan pesakit itu memerhati langkah nurse dan dr seterusnya. Akhirnya mereka mengesahkan bahawa pesakit itu sudah tidak bernyawa. Beberapa pelatih nurse diarahkan menyelenggarakan mayat pesakit itu. Ku turut mengambil kesempatan membantu apa yang boleh. Setelah menyedut segala cecair dari hidungnya mereka mencabut semua peralatan jarum serta kondom dari tubuhnya. kemudian menggunakan sarung katil itu mereka membalutnya hingga hanya nampak wajah sahaja.

Begitu sahaja.

"memang biasa kematian berlaku", kata seorang nurse.

Ku merasakan diriku sangat bersalah kerana tak mampu membantu dalam kejadian tersebut. Lagi2 aku insan terakhir melihatnya hidup.

Sewaktu pulang aku kebetulan terjumpa si isteri tadi yang juga mahu turun lif. dia masih lagi mengalir air matanya.

"i'm so sorry" aku menyebut.

"it's fate" jawabnya perlahan.

Begitulah situasi sebenar yang akan aku lalui masa2 akan datang. Pekerjaan yang melibatkan nyawa manusia. Sekiranya terlupa atau cuai sedikit maka nyawa manusia menjadi mangsa. Bukan calang2 tanggungjawab ini.

Memang tak dapat dinafikan itu semua takdir Allah namun tetap amanah seorang doktor itu adalah berusaha dan ikhtiar sebaik mungkin mengelak sehabis mungkin sebarang kecuaian dan kesilapan.

Atas sebab itu jugak lah seorang doktor itu mahu tidak mahu harus membuat persiapan yang secukupnya. Perlu timba ilmu puas2. Perlu dapatkan pengalaman puas2, disamping sediakan mental dan jiwa yang kuat untuk tidak mudah goyah dan putus asa di saat Allah benar2 ingin menguji hambaNya itu.


ps: gambar hiasan tiada kaitan dengan cerita di atas. Moga aku mampu menjadi doktor yang bertanggungjawab dan bersungguh2 dalam melaksanakan amanah.

Wednesday, March 27, 2013

live is so precious

Hari ini minggu kedua posting Medicine, posting paling sibuk. Namun tangan harus terus menulis, badan harus terus bergerak, otak harus terus berfikir walaupun hati dan nafsu minta duduk rehat dan tidur atas katil yang empuk.

Apa yang ku perasan manusia ini sering memberi alasan atas perkara2 baik terutama perkara2 baik yang memerlukan pengorbanan. Mestilah. Siapa mahukan perkara yang susah. Sudah pasti nafsu dan syaitan akan bertarung nyawa memastikan kita dalam keadaan tewas pd nikmat2 duniawi di samping kekal dalam keadaan rugi sepanjang masa.

Namun di sebalik itu tidak perlulah kita hairan akan perkara ajaib luar biasa yang Allah beri pada mereka yang ikhlas dalam berjuang untuk Islam.

Merekalah golongan yang precious dan sedikit yang hidupnya tidak pernah beri peluang pada nafsu dan syaitan. Mereka tidak sesekali duduk diam. Walaupun caci maki yang dihadapinya namun dek kerana keazaman yang luar biasa mencapai matlamatnya itu menyebabkan dia insan yang zero alasan dan sentiasa mengupgradekan dirinya atas semangat dan kematangan akal fikirnya itu.
Lebih spesifiknya mereka inilah insan yang berjuang di Jalan Allah swt.

Pernah kah anda melihat insan yang lebih rajin, lebih fokus, lebih bersungguh dari mereka ini?

Ini kerana mereka memiliki dorongan luar biasa dasyatnya. Mereka bekerja utk Allah, penguasa langit dan Bumi. bukan calang2 Boss tu..

Mereka bekerja untuk dilihat Allah, bukan mata2 manusia yang sering terlepas ini.

Mereka bekerja siang dan malam tanpa henti kerana ganjarannya bukan sekadar Ferrarri dan Mahligai indah, malah berganda2 dari itu.

Dorongan mereka lagi bukanlah janji manusia semata2 yang mungkin tak pasti, namun dorongan mereka adalah keyakinan benar2 akan janji syurga Allah di dalam Quran al karim.

Atas dasar aqidah yang tertanam kukuh di dalam sanubari mereka yang mengikat mereka kuat pada perjuangan dan kerja dan bukanlah gaji yang tinggi atau fanatik pada individu tertentu..

Mungkin hari ini kita dengar nama As syahid Ibrahim Libya, As syahid syeikh Yasssin, As Syahid Abdul Aziz Al Rantisi, maka tak mustahil sekiranya hidup kita seperti hamba Allah yang disebutkan awal tadi maka kita akan memperoleh anugerah As syahid ini.

Maka usahlah jemu dalam kerja2 amal dan kebaikan ini walaupun ianya berat dan mengambil banyak masa2 kita serta sering dicaci dan dihina.

Kerana dirimu tetap akan dipandang mulia di sisi Allah walaupun ramainya Manusia mencemuhmu sekiranya kita tergolong dalam golongan yang sedikit ini..

ps: ini adalah As Syeikh Dr Yusuf Al Qardawi. Beliau diantara insan yang tidak henti2 menjadikan dirinya bermanfaat buat seluruh umat. Moga kita mampu menjadi sepertinya.

Saturday, March 23, 2013

Diriku sebagai pelajar medik

Mengharungi seluas lautan manusia yang membawa masing2 seribu satu perangai semakin mematangkan diri ini. tatkala bulan demi bulan berlalu sebagai pelajar perubatan bukan sekadar mengajarku erti susahnya mahu jadi doktor dengan banyaknya yang perlu dipelajari malah aku juga belajar erti sebuah kehidupan.

siapa sangka yang melalui hari2 berjumpa dan bertanya soalan pada pesakit itulah hari2 ku mengenali dunia sebenar. Manakan tidak, aku lihat bagaimana sakit menguji pasangan dan sebuah keluarga, sakit menarik nikmat kesihatan , seseorang yang mampu melaksanakan apa saja terhenti setelah kedua kakinya tidak boleh bergerak.

Ada yang terpaksa menanggung bebanan wang akibat kos rawattan yang sangat tinggi. Ada yang terpaksa berhenti kerja kerana sakitnya. Ada yang si isteri terpaksa bekerja menyara suami yang sakit pada masa yang sama anak2 tidak boleh harap. Ada yang kelihangan insan yang tersayang melalui kemalangan. Ada yang ibu mengadu lebih baik dihantar ke rumah orang tua dari dibiarkan tanpa seorangpun anaknya yang melawatnya.

Ada yang sangat menghargai dan memahami peranan kami sebagai pelajar yang ingin bersoal lantas memberi respon yang baik, ada yang sering menunjukkan muka masam dan tidak langsung memberi respon positif sekiranya kami ingin bersoal.

Ada yang sangat ceria walaupun sakit yang boleh meragut nyawanya, ada yang sakit sedikit namun rungutannya seolah akan mati tidak lama lagi.

Ada yang sibuk menghabiskan masa membaca dan berzikir juga ada yang membuang masa dengan termenung dan bermain game.

Ada yang dalam keadaan sedar dan ada yang dalam keadaan koma.

Bermacam2 kes seharian yang menimpa pesakit. Semuanya itu tidak lain tidak bukan menuntut kita mengambil iktibar dan pengajaran yang sangat besar.

Betapa nikmat sihat itu bukanlah free Allah bagi, namun menjadi satu modal yang sangat mahal dan alangkah rugi mereka yang mensia2 kannya.

Ku jugak lihat dan perhatikan hubungan antara suami isteri itu. bagaimana terkesan setelah salah satunya sakit. Ada yang mengambil sikap memahami dan cuba membantu dalam apa jua keadaan. Ada juga yangtidak memahami malah memarahi pasangannya atas musubah yang ditimpanya.

Membawaku kepada pengertian suami isteri yang sebenar. Untuk apa mereka kahwin. Di manakah keikhlasan kasih sayang dalam hubungan itu. Adakah semata2 cantik dan menarik yang dipandang?

Aku pernah juma pasangan tua yang masih lagi kasih mengasihi, faham memahami. Dan jugak aku pernah lihat mereka yang muda namun saling tidak memahami dan tiada kasih sayang.

Di hospital aku belajar erti kehidupan yang sebenar.

Yang aku tidak belajar sewaktu di kampus dan bilik kuliah.

Alhamdulillah Ya Allah

Moga aku menjadi hambuMu yang sentiasa mengambil ibrah.



ps: ini adalah As syahid Dr Abdul Aziz Al Rantisi, pejuang HAMAS yg juga merupakan seorang doktor pakar paediatrics. Doakan aku dpt jd sepertinya.

Thursday, February 28, 2013

Pendakwah yang belum matang

Baru penulis sedar kelemahan apa yang mutakhir ini menyelubungi penulis hingga merasakan berat dalam berjuang dan semakin lemah.

Pembaca yang dimuliakan Allah semua. Pernah tak terdengar orang yang sudah merasakan dirinya cukup??

Itulah penyakit kronik yang sekiranya tidak di detect dan manage awal2 akan merebak dan menghancurkan seorang figur dakwah tersebut.

Maka ia cukup menjadi penyebab seorang al akh yang pada awalnya aktif ke sana ke sini menuntut ilmu, meluaskan pengalaman mengadakan ziarah dan bermacam lagi aktiviti untuk akhirnya duduk berdiam diri merasai puas dengan apa yang sudah sedia ada.

Maka jadilah al akh tadi ini seorang yang hanya mengutilisekan ilmu dan pengalaman yang didapatinya minggu bulan dan tahun2 yang lepas sahaja sebagai pendinding dan bekalannya mengharungi samudera dunia penuh mencabar.

Maka anda yang cerdik pasti akan meneka apa kesudahannya. Jadilah al akh tadi seorang yang semakin kurang rancak dalam berdakwah. Makin surut dan tidak ikhlas niatnya. Makin lari dari landasannya yang asal yakni demi meraih redha Allah.

Maka apakah agaknya solusi pada permasalahan ini wahai pembaca yang  budiman sekalian.

Solusi
Tidak lain tidak bukan kita kembali meletakkan diri kita dalam posisi seorang pengembara yang selama2nya mencari dan menuntut ilmu serta pengalaman. Menghadirkan rasa serba kekurangan dan masih lagi belum cukup dalam diri.

Maka inilah antara sekalian banyak ujian yang perlu diharungi jiwa seorang daie. Dalam perjalannya menjadikan Allah sabagai matlamat, Rasulullah sebagai ikutan , Al quran sebagai dasar, jihad sebagai jalan dan mati syahid sebagai cita2 tertinggi.




 
ps: gambar ini adalah Mustafa Masyur. pejuang islam yang mengharungi

lekuk2 jalan dakwah dengan berjaya. semoga mampu mengikutinya...

Wednesday, January 30, 2013

Buktikan Cintamu yang sebenarnya..

Semalam penulis berkesempatan mendengar sedikit tazkirah sempena sambutan kelahiran Baginda Rasulullah saw. Tempatnya di Masjid Ibn Sina.

Seperti biasa setiap tahun kita kan terdengar cerita yang sama cume gaya penceritaanya berbeza mengikut penyampainya.

Malam tadi sememangnya penulis merasai seolah baru saja mendengar kisah Baginda tercinta. Jujurnya terasa sebak dan kesedaran meluap tatkala penceramah yang sangat bersungguh menerangkan jalan hidup baginda.

Paling tak dapat dilupai bagaimana dakwah yang baginda rintis ini sememangnya sangat susah. Difitnah dihina dikeji dikatakan gila dipulau dijauhi bapa saudara sendiri diletakkan najis  dibaling batu oleh kanak2 Taif hingga terpaksa berselindung di sebalik pohon kurma.

Begitu sekali ye wahai pembaca sekalian ujian yang Allah timpakan pada Baginda..

Sebelum diutus baginda sangat dicintai kaumnya, malah Abu Lahablah yang beria2 menyambut kelahirannya...Namun setelah mengetahui perjuangan baginda maka semua pakat menjauhi dan mencercanya..

Sewaktu wafatnya, baginda mengadu akan sakitnya sakaratul maut itu...baginda berkata biarlah segala derita maut ummatnya ditanggung sendiri olehnya..

Betapa sayangnya Baginda pada ummatnya...

Sungguh tatkala kaki ini melangkah keluar masjid terus kuletakkan azam untuk lebih menghayati jalan hidup baginda sambil bertekad sentiasa mengucapkan selawat pada Baginda..

Keesokan harinya ku terbaca dari satu post dari Tarbawi.net..Bagaimana kita memanifestasikan cinta kepada banginda bukan sekadar berkata2, memuji dan yang seperti itu sahaja, bahkan haruslah kita sama2 melibatkan diri kita dalam perjuangan menegakkan aqidah dan syariat sebagai tanda cinta kita pada Baginda..

Kedua berniatlah untuk mati syahid semoga ini membuatkan kita kental dalam menghadapi apa jua rintangan..

Juga dikisahkan bagaimana Bilal saat Rasulullah saw tiada dia sentiasa dalam kesedihan dan akhirnya meminta izin Abu Bakar utk menyertai rombongan jihad ke Syam..

Begitulah cara mereka yang mencintai Rasulullah saw merialisasikan cinta mereka..

Namun apa yang penulis benar2 ingin kongsi disini adalah betapa dihinanya baginda dalam menyampaikan dakwah. Juga jika kita perhatikan sekian hadis menerangkan betapa baginda sebenarnya seorang yang sangat malu dan merendah diri. Baginda melarang sahabat bangun untuk menyambutnya. Kisah baginda diherdik di hadapan orang ramai bukan sedikit.

Baginda digelar muzammam(terkeji) oleh isteri Abu Lahab, baginda diserang bertubi2 sewaktu peperangan Uhud, dakwah baginda dilatari dan diwarnai dengan cacian yang sekiranya insan biasa terima sudah tentu mereka tak mampu!!

Namun dalam sudut hati penulis sedikit sebak mengenangkan keadaan kita kini yang sungguh2 inginkan diri dihargai setelah berkhidmat untuk menegakkan Islam ini..tidak sedikit kita lihat mereka yang ingin dirinya disanjung maklumlah mereka telah memberi tazkirah dari pagi hingga petang..

Mereka meletakkan diri di tempat yang tinggi hingga tidak sanggup malah malu melakukan kerja2 remeh dan kotor seperti membasuh lantai dan menyusun kerusi sewaktu program..

Maka dimanakah buktinya cinta pada Rasulullah saw sekiranya masih bersifat ego, megah dan bangga diri dalam menjalankan tugas2 dakwah.Hatta Baginda sendiri merendahkan dirinya di hadapan Illahi di malam hari dengan konsisten melambangkan betapa kerdilnya dia dan betapa begitu mengharapkan bantuanNya dalam dakwah ini...

Maka apakah kita sudah memiliki sifat2 Nabi ini sampai ada yang sanggup mengangkat dada menyombongkan diri...

Muhasabah sebenarnya untuk diri penulis juga...

Semoga kita mengorbankan segalanya demi dakwah dan tidak sesekali merasai ujub dan bangga diri hatta banyak manapun yang kita sumbangkan kerana segalanya hanya Allah yang hitung...

Jangan jadi pemalas!!

Tujuan penulis menulis adalah kerana ingin membebaskan diri dari sifat malas..malas dalam apa saja. Bukan sekadar malas membaca nota-nota dan buku-buku akademik malah malas membaca buku dakwah, fikrah dan haraki semakin menguasai diri.

Mana mungkin keadaan ini dibiarkan sekiranya kita mahu tetap dalam perjuangan. Perjuangan tidak memerlukan insan2 malas menghiasi ahlinya..hanya meramaikan bilangan namun tidak langsung mampu memberi apa2.

Namun inilah fenomena umum bukan sahaja penulis malah yang berlambak dan ramai lagi di luar sana dihiggap penyakit ini.

Pada masa yang sama ummah sangat memerlukan sangat2 dahagakan perkongsian ilmu, tarbiyah membina dan aktiviti2 yg me'refreshkan' iman dan bangkitkan semangat untuk beramal.Ini semua tidak lain tidak bukan adalah lahir dari idea yang diperolehi lewat bacaan buku2 dan bahan bacaan lainnya..

Apa yang penulis perasan..mutakhir ini kita banyak kali melakukan sesuatu samada program atau apa jua aktiviti dakwah namun sedikit sekali kita memikirkan imbuhan yang boleh kita terima dari sudut dakwah.Kita banyak bergerak dan bertindak dan tidak dinafikan itu sangatlah baik, namun lebih baik sekiranya kita mampu menambah input pada setiap pergerakan kita.Input boleh berupa mcm2, namun apa penulis ingin tekankan kali ini adalah melalui pembacaan...

Tidak dinafikan merancang semata2 tidak memadai sekiranya tiada tindakan dan amalan praktikal namun praktikal tanpa ilmu pun tidak ke mana...

Kesimpulan

Post kali ini sangat ringkas namun cukup untuk membuatkan kita semua terutama yang menggalas risalah dakwah mengambil segera buku2 yang tersusun kemas di rak yang sudah lama ditangguh untuk membacanya.mulalah membaca dan kita kan sama2 perolehi manfaatnya insyaAllah.

Selamat membaca dan janganlah jadi insan yang malas..