Tuesday, July 21, 2009

Hari ini aku menanti-nanti saat tiba di rumah. Walaupun di rumah saya masih belum bercuti sebenarnya kerana dibekalkan dengan tugasan demi tugasan untuk disiapkan sewaktu pulang semula nanti. Walaupun begitu saya sangat rindukan suasana di rumah dengan keluarga. 3 minggu selepas berakhirnya cutisaya akan bertemu dengan peperiksaan pertengahan sem.Setakat ni apa yang dipelajari itu kebanyakannya baru-baru belaka, tak pernah tersempak pun waktu SPM . Di sini macam-macam ragam pelajar saya jumpa. Ada yang benar-benar rajin.Pantang pensyarah bersyarah mesti ada soalan yang ditanya......ada juga yang tidak kisah, oh tak faham , rileks la dulu nanti di bilik baca balik je lah apa yang tak faham tu...........Apa yang penting dalam hidup ini kita perlu bijak membuat keputusan ..