Wednesday, June 23, 2010

' Asyik buat benda ni je '

'Asyik makan makanan yang sama ja, bosannya aku'

' Apasal rutin hidup kita ni tak lain dari robot je , aku tengok '

Berikut merupakan kata-kata yang biasa saja didengar dari pelajar sekolah berasrama, di universiti dan tidak terkecuali di rumah.

Dalam hidup ini seringkali ada perkara yang kita rasa jemu lakukan. Semasa menuntut di sekolah berasrama penuh dulu aku lalui rutin hidup yang sama hampir setiap hari. Setelah itu aku turut merasainya sewaktu belajar di PASUM. Rasa jemu ini menjadikan aku insan yang kurang bersemangat . Kelesuan ini seyerusnya mempengaruhi macam-macam perkara. Antaranya pemikiran yang tidak cergas, dan seolah-olah memberitahu diri bahawa dunia ini akan selamanya begini. Akhirnya aku jarang fikirkan perkarayang lebih luas dan berfikir mengenai masa depan jauh sekali. Masalah kecil aku anggap besar kerana aku kurang tahu masalah yang lebih besar di luar sana. Oleh itu hidup yang pada awalnya sudah ada tujuan semakin pudar , tatkala pessimistik menguasai diri.

Sekarang sudah hampir tamat cuti dan beberapa hari lagi aku akan memasuki semula universiti. Aku pun mula berfikir bagaimana seseorang itu menjalani hidupnya dengan begitu bersemangat walaupun dilaluinya benda yang sama setiap hari. Bagaimana seseorang itu tidak putus asa dan jemu dalam rutin hariannya dalam melakukan tugas yang sama. Sungguh ku ingin tahu rahsia mereka.

Akhirnya aku membuat satu kesimpulan, kekuatan yang ada pada mereka adalah berpunca dari jelasnya matlamat hidup mereka. Buat apa harus disiapkan semua tutorial itu? Buat apa perlu susah-susah menyemak semula nota ? semua itu dijawab Kerana ingin mendapatkan 4 flat agar bisa mencapai cita-cita , atau ingin menyambung pelajaran dalam bidang medik, atau apa-apa saja matlamat yang begitu jelas dan hidup dalam diri mereka ini.

Sebenarnya berdasarkan pengalaman aku, biasanya orang yang sentiasa ingat pada matlamatnya tidak akan timbul rasa jemu . Seorang ibu yang kerjanya setiap hari menyapu sampah di sekolah akan hilang rasa jemunya tatkala memikirkan tentang pendapatannya di hujung bulan yang boleh digunkannya untuk menyara hidup keluarganya.
Sama halnya seorang yang kerjanya mengajar sebagai guru setiap hari akan merasa jemu apabila anak muridnya sering tidak fokus sewaktu mengajar, namun apabila memikirkan apa yang boleh dijawab dihadapan Allah kelak adalah dia sudah lakukan yang terbaik.

Tidak kiralah apa yang kita lakukan sama-samalah kita pastikan matlamat itu sentiasa menguasai diri kita.


Wallahualam