Friday, June 19, 2009

Sekarang saya baru pulang dari kelas terakhir saya pada minggu ini sambil mengharapkan agar cuti sabtu dan ahad ini benar-benar menghilangkan keletihan dan keresahan yang saya hadapi sepanjang minggu. Baru saya kenal kesibukan yang nyata jauh berbeza dengan keadaan di sekolah inilah yang telah dilalui oleh ramai orang, yang akan menjadi gaya hidup saya dari sekarang.Pertama saya perlu menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah sewaktu kuliah untuk dibereskan sebelum bermula kelas tutorial. Kedua kegiatan amali di makmal .Kami dikehendaki menghadiri 1 eksperimen setiap minggu yang mengambil masa 3 jam.Setiap pagi seawal jam 8 atau kadang-adang 9 kami menuju ke blok kuliah dan tutorial, iaitu sejauh 5 minit berjalan dari kolej kediaman. Kami pulang jam 5 petang . Kadanh-kadang kuliah yang kami hadiri agak sukar untuk difahami dan kami terpaksa mencari ilmu itu dalam buku rujukan yang telah dibeli ataupun mencarinya di perpustakaan. Ini juga agak mencabar kadang-kala kerana bahasa dalam buku itu benar-benar belum saya jumpa sebelum ini. Namun apa jua yang susah itu kami berbincang sesama kami dan seronok juga apabila ada sahabat yang mudah faham dan kami sama-sama berdiskusi. Apapun saya rasa petang ini saya dapat menghilangkan segala tension yang ada ini apabila mengikuti program anjuran pelajar akademi pengajian islam yang bertempat di kajang. Kami akan mendengar bengkel berkaitan tauhid.

Wednesday, June 10, 2009

Seperti yang disangka kami pelajar PASUM semakin lama semakin sibuk.Minggu pertama hanya kuliah dan lebih kepada pengenalan terhadap subjek tersebut,namun makin lama bercelaru jugak pemikiran saya.Kami mula dibekalkan dengan tugasan atau homework untuk disiapkan sebelum bermulanya kelas tutorial minggu hadapan. Ada sesetengah subjek itu cukup payah untuk difahami, maklumlah semuanya perkara-perkara baru. Subjek biologi menjadi subjek untuk kami merehatkan otak kerana apa yang kami lakukan sewaktu kelas tersebut hanyalah menyalin nota,namun cabarannya mungkin dalam menghafal perkataan saintifik yang sangatlah banyak. Semua subjek bertujuan memerah otak kami yang sudah hampir 6 bulan tidak membuka buku pelajaran. Di sebalik itu buku-buku akademik kami berkali-kali ganda lebih tebal jika dibandingkan dengan buku SPM, dan masa untuk kami mengkatamkan buku itu pula setahun, jadi cuba bayangkan betapa perlunya masa dibahagikan sebaiknya.
Namun dalam perasaan sedikit tertekan dengan banyaknya perkara yang perlu dipelajari ,seseorang itu mesti mencari perkara lain yang dapat mengisi dan mengubati hatinya yang tertekan itu. Setakat ini antara perkara yang mampu mengatasi kebuntuan saya adalah bermain futsal di waktu petang, pergi ke perpustakaan, solat jemaah di surau dan hadiri usrah.Inilah perkara yang membuatkan saya terhibur dan pada masa yang sama semakin bersemangat untuk tinggal di UM.

Sunday, June 7, 2009

Alhamdulillah, berprluang jugak untuk menulis selepas sekian lama menunggu.Sebenarnya di kolej kami ada cc namun sejak 3 hari kebelakangan ini asyik tutup.
Hari ini ingin saya bercakap tentang kerjaya. Saya sebenarnya masih dalam proses mencari kerjaya yang terbaik buat diri walaupun saya telah memilih jurusan sains hayat dan berpeluang melanjutkan pelajaran sebagaoi pelajar mediik satu hari nanti.Namun begitu saya kerap tertanya diri benarkah jurusan yang diambil sesuai ? Adakah engineering lebih sesuai bagi saya? Atau adakah saya sesuai dengan sastera? Macam-macam lagi pandangan yang lain yang menyebabkan saya kadang kala rasa tercabar.Misalnya satu hari kawan saya bertanya saya mengapa kamu ambil medik? pernahkah kamu melihat mayat-mayat dan anggota -anggota manusia yang telah dikerat, pernah engkau terbayang bahawa satu hari engkau akan diberi tanggungjawab penuh terhadap seseorang pesakit yang sedang kritikal danperlu menjalani pembedahan, dan pada masa yang sama (dalam bilik pembedahan) semua medical assistant dan nurse memandang dan menunggu arahan dari engkau? Waktu itu kau perlu melakukan tindakan berani dengan cepat sebelum terlambat. Itulah antara perkara yang saya tidak terfikir pun sebelum ini. Namun itu tidak bermakna saya perlu tinggalkan terus kerjaya ini kerana saya perlu lakukan banyak lagi kajian dan penyelidikan bagi mengetahui yang terbaik .
Apa yang penting jurusan sains hayat yang saya ambil ini memberi saya peluang yang luas untuk memilih kerjaya lain sewaktu di peringkat ijazah nanti.Ini kerana saya turut mengambil subjek sains seperti fizik ,kimia dan matematik di samping biologi.

Monday, June 1, 2009

Beginikah hidup di universiti?

Aku pelajar sains hayat dan kelasku pada hari selasa ini bermula jam 2 hingga 5 petang. Kami pelajar PASUM(Pusat Asasi Sains Universiti Malaya) ditempatkan dua orang dalam satu bilik.'room mate' saya ambil course sains fizikal, kelasnya jam 8 hingga 10 pagi. Aku tinggallah di bilik keseorangan.Betapa bosannya, bayangkanlah seorang diri yang ada hanyalah buku-buku. Sunyi sepi bilikku.Memang benar kata-kata seniorku bahawa kehidupan di universiti bukan lagi macam di sekolah. Tiada lagi jadual makan, tiada jadual tidur, tiada jadual riadah, jadual prep , dan segalanya yang dapat mengumpulkan kami bersama. Ikut sedap kitalah samada ingin tidur sepanjang hari ke, ingin keluar ke bandar ke ingin main bola ke asalkan kuliah mesti hadir.

Itu yang menyebabkan aku berfikir betapa pentingnya untuk bijak menguruskan diri masing-masing. Memang benar pengalaman hidup saya yang sebelum inilah mempengaruhi gaya hidup di universiti. Jika saya seorang yang tidak rajin mengemas bilik sewaktu di rumah atau asrama dulu,maka bersepahlah bilik saya. Jika saya seorang yang suka habiskan masa melepak dengan kawan maka banyaklah masa saya terbuang sewaktu di universiti. Adapun juga jika saya kaki tidur maka tertidurlah saya dalam masa-masa yang banyak terluang seperti yang saya hadapi sekarang. Kesimpulannya saya berpendapat sangat penting bagi seseorang yang tidak lama lagi untuk masuk universiti itu agar bermuhasabah adakah 'life style' yang sedia ada itu cukup baik atau banyak lagi perbaharuan yang perlu dilakukan untuk kehidupan yang berjaya dan menyeronokkan di universiti nanti.