Friday, March 29, 2013

Pengalaman takkan kulupa

Pagi tadi saat yang tak akan kulupai dalam hidupku. Manakan tidak suatu yang tidak langsung ku terbayang kan berlaku di pagi Jumaat itu. Sedang ku sibuk bertanya atau istilah mediknya 'clerk' seorang pesakit India ini melalui isterinya (kerana dia tidak sedar diwaktu itu) pesakit itu tiba2 berhenti bernafas lalu dalam tempoh beberapa minit kemudian terhenti terus degupan jantungnya.

Aku sangat2lah risau dan takut. Kerana apa? kerana pada waktu itu aku lah orang yang terakhir mengambil maklumat darinya serta melakukan sedikit pemeriksaan pada paru2nya. Tidak ku sangka pesakit yang pada awalnya tercungap2 dibantu alat pernafasan yang disalurkan melalui lehernya itu berakhir dengan begitu pantas sekali. Ku lihat matanya mula membesar dan terarah pada satu arah sahaja walaupun ditampar2 berkali2 oleh isterinya. nafasnya mulai perlahan. Ku terus mendapatkan doktor yang sedang merawat pesakit katil lain. "dr, a patient had stop breathing!!" .

Dengan kalutnya dr menuju ke katil yang kusebutkan. Nurse yang berdekatan juga agak kelam kabut menghurungi katil tersebut. Ada yang membawa alat mesin 'defribrillator' yang menggunakan elektrik bagi mengembalikan semula degupan jantung ke tahap normal. Namun pada waktu itu sudah terlambat. Doktor hanya mampu melihat degupan jantungnya dengan pantas menurun ke 18 degup dalam seminit. Sangat kronik. Doktor lantas memberitahu isterinya sesuatu yang kusendri tidak pasti. Namun yang pasti setelah itu si isteri tidak lagi memasuki ruangan katil suaminya yang ditutup dengan langsir. Si isteri menitiskan air  matanya kesedihan sambil dipujuk oleh doktor.

Aku terasa degupan jantungku laju. Aku terus memasuki ruangan pesakit itu memerhati langkah nurse dan dr seterusnya. Akhirnya mereka mengesahkan bahawa pesakit itu sudah tidak bernyawa. Beberapa pelatih nurse diarahkan menyelenggarakan mayat pesakit itu. Ku turut mengambil kesempatan membantu apa yang boleh. Setelah menyedut segala cecair dari hidungnya mereka mencabut semua peralatan jarum serta kondom dari tubuhnya. kemudian menggunakan sarung katil itu mereka membalutnya hingga hanya nampak wajah sahaja.

Begitu sahaja.

"memang biasa kematian berlaku", kata seorang nurse.

Ku merasakan diriku sangat bersalah kerana tak mampu membantu dalam kejadian tersebut. Lagi2 aku insan terakhir melihatnya hidup.

Sewaktu pulang aku kebetulan terjumpa si isteri tadi yang juga mahu turun lif. dia masih lagi mengalir air matanya.

"i'm so sorry" aku menyebut.

"it's fate" jawabnya perlahan.

Begitulah situasi sebenar yang akan aku lalui masa2 akan datang. Pekerjaan yang melibatkan nyawa manusia. Sekiranya terlupa atau cuai sedikit maka nyawa manusia menjadi mangsa. Bukan calang2 tanggungjawab ini.

Memang tak dapat dinafikan itu semua takdir Allah namun tetap amanah seorang doktor itu adalah berusaha dan ikhtiar sebaik mungkin mengelak sehabis mungkin sebarang kecuaian dan kesilapan.

Atas sebab itu jugak lah seorang doktor itu mahu tidak mahu harus membuat persiapan yang secukupnya. Perlu timba ilmu puas2. Perlu dapatkan pengalaman puas2, disamping sediakan mental dan jiwa yang kuat untuk tidak mudah goyah dan putus asa di saat Allah benar2 ingin menguji hambaNya itu.


ps: gambar hiasan tiada kaitan dengan cerita di atas. Moga aku mampu menjadi doktor yang bertanggungjawab dan bersungguh2 dalam melaksanakan amanah.

Wednesday, March 27, 2013

live is so precious

Hari ini minggu kedua posting Medicine, posting paling sibuk. Namun tangan harus terus menulis, badan harus terus bergerak, otak harus terus berfikir walaupun hati dan nafsu minta duduk rehat dan tidur atas katil yang empuk.

Apa yang ku perasan manusia ini sering memberi alasan atas perkara2 baik terutama perkara2 baik yang memerlukan pengorbanan. Mestilah. Siapa mahukan perkara yang susah. Sudah pasti nafsu dan syaitan akan bertarung nyawa memastikan kita dalam keadaan tewas pd nikmat2 duniawi di samping kekal dalam keadaan rugi sepanjang masa.

Namun di sebalik itu tidak perlulah kita hairan akan perkara ajaib luar biasa yang Allah beri pada mereka yang ikhlas dalam berjuang untuk Islam.

Merekalah golongan yang precious dan sedikit yang hidupnya tidak pernah beri peluang pada nafsu dan syaitan. Mereka tidak sesekali duduk diam. Walaupun caci maki yang dihadapinya namun dek kerana keazaman yang luar biasa mencapai matlamatnya itu menyebabkan dia insan yang zero alasan dan sentiasa mengupgradekan dirinya atas semangat dan kematangan akal fikirnya itu.
Lebih spesifiknya mereka inilah insan yang berjuang di Jalan Allah swt.

Pernah kah anda melihat insan yang lebih rajin, lebih fokus, lebih bersungguh dari mereka ini?

Ini kerana mereka memiliki dorongan luar biasa dasyatnya. Mereka bekerja utk Allah, penguasa langit dan Bumi. bukan calang2 Boss tu..

Mereka bekerja untuk dilihat Allah, bukan mata2 manusia yang sering terlepas ini.

Mereka bekerja siang dan malam tanpa henti kerana ganjarannya bukan sekadar Ferrarri dan Mahligai indah, malah berganda2 dari itu.

Dorongan mereka lagi bukanlah janji manusia semata2 yang mungkin tak pasti, namun dorongan mereka adalah keyakinan benar2 akan janji syurga Allah di dalam Quran al karim.

Atas dasar aqidah yang tertanam kukuh di dalam sanubari mereka yang mengikat mereka kuat pada perjuangan dan kerja dan bukanlah gaji yang tinggi atau fanatik pada individu tertentu..

Mungkin hari ini kita dengar nama As syahid Ibrahim Libya, As syahid syeikh Yasssin, As Syahid Abdul Aziz Al Rantisi, maka tak mustahil sekiranya hidup kita seperti hamba Allah yang disebutkan awal tadi maka kita akan memperoleh anugerah As syahid ini.

Maka usahlah jemu dalam kerja2 amal dan kebaikan ini walaupun ianya berat dan mengambil banyak masa2 kita serta sering dicaci dan dihina.

Kerana dirimu tetap akan dipandang mulia di sisi Allah walaupun ramainya Manusia mencemuhmu sekiranya kita tergolong dalam golongan yang sedikit ini..

ps: ini adalah As Syeikh Dr Yusuf Al Qardawi. Beliau diantara insan yang tidak henti2 menjadikan dirinya bermanfaat buat seluruh umat. Moga kita mampu menjadi sepertinya.

Saturday, March 23, 2013

Diriku sebagai pelajar medik

Mengharungi seluas lautan manusia yang membawa masing2 seribu satu perangai semakin mematangkan diri ini. tatkala bulan demi bulan berlalu sebagai pelajar perubatan bukan sekadar mengajarku erti susahnya mahu jadi doktor dengan banyaknya yang perlu dipelajari malah aku juga belajar erti sebuah kehidupan.

siapa sangka yang melalui hari2 berjumpa dan bertanya soalan pada pesakit itulah hari2 ku mengenali dunia sebenar. Manakan tidak, aku lihat bagaimana sakit menguji pasangan dan sebuah keluarga, sakit menarik nikmat kesihatan , seseorang yang mampu melaksanakan apa saja terhenti setelah kedua kakinya tidak boleh bergerak.

Ada yang terpaksa menanggung bebanan wang akibat kos rawattan yang sangat tinggi. Ada yang terpaksa berhenti kerja kerana sakitnya. Ada yang si isteri terpaksa bekerja menyara suami yang sakit pada masa yang sama anak2 tidak boleh harap. Ada yang kelihangan insan yang tersayang melalui kemalangan. Ada yang ibu mengadu lebih baik dihantar ke rumah orang tua dari dibiarkan tanpa seorangpun anaknya yang melawatnya.

Ada yang sangat menghargai dan memahami peranan kami sebagai pelajar yang ingin bersoal lantas memberi respon yang baik, ada yang sering menunjukkan muka masam dan tidak langsung memberi respon positif sekiranya kami ingin bersoal.

Ada yang sangat ceria walaupun sakit yang boleh meragut nyawanya, ada yang sakit sedikit namun rungutannya seolah akan mati tidak lama lagi.

Ada yang sibuk menghabiskan masa membaca dan berzikir juga ada yang membuang masa dengan termenung dan bermain game.

Ada yang dalam keadaan sedar dan ada yang dalam keadaan koma.

Bermacam2 kes seharian yang menimpa pesakit. Semuanya itu tidak lain tidak bukan menuntut kita mengambil iktibar dan pengajaran yang sangat besar.

Betapa nikmat sihat itu bukanlah free Allah bagi, namun menjadi satu modal yang sangat mahal dan alangkah rugi mereka yang mensia2 kannya.

Ku jugak lihat dan perhatikan hubungan antara suami isteri itu. bagaimana terkesan setelah salah satunya sakit. Ada yang mengambil sikap memahami dan cuba membantu dalam apa jua keadaan. Ada juga yangtidak memahami malah memarahi pasangannya atas musubah yang ditimpanya.

Membawaku kepada pengertian suami isteri yang sebenar. Untuk apa mereka kahwin. Di manakah keikhlasan kasih sayang dalam hubungan itu. Adakah semata2 cantik dan menarik yang dipandang?

Aku pernah juma pasangan tua yang masih lagi kasih mengasihi, faham memahami. Dan jugak aku pernah lihat mereka yang muda namun saling tidak memahami dan tiada kasih sayang.

Di hospital aku belajar erti kehidupan yang sebenar.

Yang aku tidak belajar sewaktu di kampus dan bilik kuliah.

Alhamdulillah Ya Allah

Moga aku menjadi hambuMu yang sentiasa mengambil ibrah.



ps: ini adalah As syahid Dr Abdul Aziz Al Rantisi, pejuang HAMAS yg juga merupakan seorang doktor pakar paediatrics. Doakan aku dpt jd sepertinya.