Tuesday, June 25, 2013

Seronoknya hidupku

Seronoknya hidup ni sekiranya selalu akan kekal bahagia selama2nya
seronoknya hidup ini jikalau dapat segalanya yang kita inginkan
seronoknya hidup ini kalau kita tiada musuh
seronoknya hidup ini kalau tiada langsung berlaku kesedihan

Namun....

Bukanlah itu kehidupan yang sebenarnya

Sekiranya kita berada di atas jalanNya yang benar
Pasti kita kan temui halangan dan ranjau.
Kadang kala hingga menitis air mata, terhenti tapak kaki berjalan
Namun ingatlah bahawa seronok yang sebenarnya bilamana....

Bilamana kita dapat buat sesuatu yang ..
Yang menjamin kehidupan baik di dunia selepas ini
Rugi kalau seronok sekarang tapi sengsara kemudian

Sebab segla yang 'best'2 di dunia ini akan berakhir.
Tapi semua yang 'best' di sana akan kekal selama-lamanya

Jadi usahlah bersedih sekiranya kadangkala kita dihina
atau duit kita hilang
atau apa2 yang tak seronok menimpa kita
Sebab sedihnya di dunia tidak membawa erti apa2 di akhirat

Selamat berjuang menjadi manusia yang mengenali kenapa dirinya di dunia
Ke mana dia akan menuju
Dari mana dia datang
Moga Allah sentiasa redha diriku dan dirimu sebagai hambaNya..

ps : Beliau adalah Tuan Guru Hadi Awang, ulama tersohor tanah air. Hidupnya sejak muda lagi berjuang sebagai hamba Allah. 

Monday, June 24, 2013

Harapan tinggi membunuh potensi???

Lama sudah tidak kutulis disini. Rupa2nya baru ku tahu puncanya. Sebelum ni aku ada tulis beberapa post namun tidak ada penghujung yang baik atau kelihatan tidak seronok maka ku hanya save dan tidak publish. Begitulah hingga petang tadi beberapa perkara bermain di fikiranku.

Perfectionist. Ya itu dia penghalang utk ku publish tulisanku.Ku mengharapkan tulisan yang sempurna. Ku mengharapkn tulisan yang MESTI ada penutup, mesti ada klimaks, mesti ada contoh atau cerita namun sebenarnya itu semua tidak penting. Yang penting aku dapat mengekspreskn apa pandangan aku terhadap dunia dan kehidupan. Manfaat atau tidak terpulang kepada pembaca. InsyaAllah akan ada manfaat sekiranya mereka yang benar2 ingin mencari.

Ya, sebenarnya bukan ini yang ingin ku kongsi, namun perkara lain. Kadangkala aku meletakkan harapan yang cukup besar pada diriku sendiri hingga aku tidak mampu dan kesudahannya buatkan diriku stress. ya, tertekan. Sebenarnya masalahnya tiada namun dek kerana aku tidak mengerti diriku siapa sejauh mana aku mampu buat itu dan ini, aku sendiri tidak tahu, hingga menatijahkn aku untuk terus menerima segala kerja dan bebanan yang kusangka boleh.

Setelah sekian lama maka aku mula menimbulkan persepsi orang ramai seolah2 aku seorang yang serba boleh. Yang hebat itu dan hebat ini, sedangkn aku hanyalah insan yang tidak tahu potensi diri di tahap mana.

Persepsi ini meletakkan kita tinggi hingga masyarakat atau orang lain memandang tinggi keupayaan kita melebihi yang kita sedia ada.

Ya mungkin anda merasakan "apa masalahnya?. ok apa, daripada orang pandang rendah kebolehan kita lebih baik camtu"

Mungkin perspeksi itu turut mempengaruhi diriku sehingga aku tidak takut menerima amanah. Sehingga aku meletakkan juga harapan tinggi pada diriku untuk melakukan pelbagai perkara baru.

Misalnya, cuti yang sebentar selama satu bulan setengah ini aku letakkan matlamat untuk menghabiskan lebih kurang 10 ke 15 buku haraki, dakwah, bermanfaat untuk dibaca di samping menghidupkan usrah dan menghadiri sebanyak majlis ilmu, mengajar adik itu dan ini serta beberapa lagi yang tak perlu ku tulis disini.

Maka setibanya cuti maka mulalah aku membaca sedikit demi sedikit, walaupun tidak memenuhi matlamat namun masih ada usaha. kadangkala rasa bersalah pun ada kerana tidak memenuhi impian ku yang sebenar.

Sebenarnya apa yang aku sebenarnya ingin sampaikan bukanlah kekurangan kita meletakkan semua harapan yang tinggi dalam diri ini cume ingatlah 2 perkara.

Pertama, kita masih lagi memiliki kelemahan di samping 'tinggi' di mata masyarakat akibat persepsi itu semua. Oleh itu kelemahan lama usahlah menjadi penghalang kita terus menuju matlamat kita kerana ebenarnya proses perbaikan atau tarbiyyah itu mengambil masa. Sabar dan teruslah ke hadapan jangan terbantut disebabkn kesalahan lama yang sangat susah ditinggalkan itu.

Kedua kita masih banyak kelemahan sebenarnya oleh itu pergilah belajar lagi. Buang rasa 'tinggi' yang berada di luarmu dan akuilah sebenarnya aku masih lemah, ilmu kurang, meliki lagi beberapa attitude buruk yang memerlukan usaha juga.

Kadangkala disebabkn perasaan selesa di atas atau selesa dipandang 'tinggi' membunuh semangat cuba menjadi lebih baik dalam diri kita. Menyebabkn kita rasa tidak perlu lagi kepada usaha mencari dan berkorban. Bunuhlah attitude buruk itu. Sesetengah sahabatku yang hebat2 mereka masih lagi merendahkan diri dengan macam2 semata2 ingin menghadirkan rasa diri masih belum sempurna dan perlukan lagi banyak usaha.

Namun usah kita mengambil kesempatan pula. Menjadikan alasan kelemahan diri untuk tidak berdakwah dan berbuat baik. Itu topik lain.

konklusinya semoga kita terus melihat diri kita yang sebenarnya masih lemah , usah terpedaya dengan sangkaan orang ramai dan usahlah terbantut dek kesilapan lama @attitude lama yg hanya memerlukan jihad utk meninggalkannya.







ps: sedang khusyu mendengar seseorang berbicara dan sememangnya itu bukanlah aku.