Wednesday, July 20, 2011

Perubahan

Satu perkara yang kuteliti dalam Quran adalah anjuran banyak ayat untuk kita berani buat perubahan.
Bilaman orang – orang kafir disuruh meninggalkan sembahan mereka dan bertukar pada menyembah Allah yang esa , mereka menolak dan berkata mereka hanya ikut nenek moyang sahaja.
Andaikata nenek moyang memang lakukan perkara jahil dan tiada makna maka itu jugalah yang akan mereka ikuti.
Di sini sangat menarik jika kita bandingkan dengan situasi kita sekarang . Adakah kita pernah menolak sesuatu yang baru dalam kehidupan kita semata-mata ayah mak kita atau orang masyarakat kita tidak buat.
Mentaliti yang takutkan keluar dari kelompok kebiasaan ini akan menjadikan seseorang itu jumud.
Pemikirannya tidak bebas .
Dia melarikan diri dari perkara yang dia tidak biasa.
Dia malah bertambah pengecut.
Aku sudah cukup hebat
Ada yang berkata demikian dan menganggap dirinya tidak perlu pada perubahan. Namun ini adalah masalah lain dan insyaallah akan dibincangkan kelak.
Sedangkan Quran mengingatkan kita berulang kali agar berubah dari kehidupan jahiliah menuju kehidupan yang penuh dengan kepuasan , ketenangan , kebahagiaan , ukhuwah, keimanan, kemanisan beribadah yang abadi dan kekal selamanya.
Namun mengapa di kalangan kita masih ada yang mahu tetap tinggal di tompok yang lama. Tidak berani melakukan perubahan.
Kesimpulan
Maka samalah kita berfikir. Adakah 10 tahun akan datang kita mampu menjadi insan yang berbeza dengan kita hari ini andaikata kita takutkan perubahan.
“ Sesungguhnya kami mendapati nenek moyang kami menganut suatu agama dan kami sekadar pengikut jejak2 mereka. Rasul itu berkata “ Apakah kamu akan mengikutinya juga sekalipun aku membawa untukmu agama yang lebih baik dari apa yang kamu peroleh dari agama nenek moyangmu “
Surah Az-Zukhruf ayat 23-24

Sunday, July 17, 2011

Bersama budak-budak Meru

Sungguh sangat memenatkan.

3 Hari 2 malam di sekolah menengah kebangsaan Meru memang cukup menarik dan seronok.Bermula selepas solat jumaat dan berakhir pagi Ahad.

Walaupun malam yang setiap minit diganggu sang nyamuk yang dengkikan kami yang berdarah ini namun berkat kesungguhan dan ukhwah yang tinggi maka program motivasi sekolah ini berjaya juga dijalankan.

Pada saya sebagai seorang feci lebih untung dan lebih banyak belajar perkara baru banding peserta. Sebenarnya ini sajalah usaha kerdil yang dapat saya buat bagi masyarakat luar UITM buat masa ini selain di SAMTAJ.

Memang sebagai mahasiswa peranan kita bukan sahaja dibatasi dalam universiti saja, kami harus manfaatkan kekuatan yang ada di mana saja termasuklah di luar universiti.

Saya turut ambil peluang yang ada untuk berdiskusi hal jemaah dan dakwah dengan teman yang lain. Betul-betul bercambah minda saya dan kesimpulannya dakwah harus diiringi dengan sifat ikhlas yang benar-benar tinggi supaya tidak wujud konflik dan manfaatnya bertambah besar.

Peserta yang terdiri dari pengawas tingkatan 1 hingga 5 ini mewakili 4000 pelajar sekolah Meru yang lain.

Kem ini lebih memfokuskan pada latihan dalam kumpulan(LDK) kerana lebih sesuai dengan jiwa muda mereka yang sentiasa ingin lakukan sesuatu yang baru.

Di antara LDK yang dilakukan adalah setiap group diberi tugas memerintah sebuah kerajaan. Mereka turut merancang perubahan pada keadaan kerajaan kini yang sangat perlukan perubahan. Maka di situlah dapat kami nilai sejauh mana mereka faham dan mengikuti perkembangan dalam negara kini.

Kata seorang sahabat. "Mereka ini jika didedahkan dengan tarbiah sejak sekolah maka di universiti kelak insyallah boleh terus bergerak dengan lebih advance".

Memang itulah antara tujuan kami buat di sekolah samada asrama penuh, atau harian.

Akhir sekali perkara yang paling penting adalah follow up pelajar, sejauh mana mereka mampu bertahan dan istiqomah setelahh tamat program.

Untung sekolah ini ada seorang guru yang mampu melaksanakan tugas follow up ini dengan usrahnya dan penglibatannya bersama pelajar.

Semoga sekolah menengah Kebangsaan Meru dapat meneruskan usahanya melahirkan pelajar seimbang dunia dan akhirat.