Sunday, July 17, 2011

Bersama budak-budak Meru

Sungguh sangat memenatkan.

3 Hari 2 malam di sekolah menengah kebangsaan Meru memang cukup menarik dan seronok.Bermula selepas solat jumaat dan berakhir pagi Ahad.

Walaupun malam yang setiap minit diganggu sang nyamuk yang dengkikan kami yang berdarah ini namun berkat kesungguhan dan ukhwah yang tinggi maka program motivasi sekolah ini berjaya juga dijalankan.

Pada saya sebagai seorang feci lebih untung dan lebih banyak belajar perkara baru banding peserta. Sebenarnya ini sajalah usaha kerdil yang dapat saya buat bagi masyarakat luar UITM buat masa ini selain di SAMTAJ.

Memang sebagai mahasiswa peranan kita bukan sahaja dibatasi dalam universiti saja, kami harus manfaatkan kekuatan yang ada di mana saja termasuklah di luar universiti.

Saya turut ambil peluang yang ada untuk berdiskusi hal jemaah dan dakwah dengan teman yang lain. Betul-betul bercambah minda saya dan kesimpulannya dakwah harus diiringi dengan sifat ikhlas yang benar-benar tinggi supaya tidak wujud konflik dan manfaatnya bertambah besar.

Peserta yang terdiri dari pengawas tingkatan 1 hingga 5 ini mewakili 4000 pelajar sekolah Meru yang lain.

Kem ini lebih memfokuskan pada latihan dalam kumpulan(LDK) kerana lebih sesuai dengan jiwa muda mereka yang sentiasa ingin lakukan sesuatu yang baru.

Di antara LDK yang dilakukan adalah setiap group diberi tugas memerintah sebuah kerajaan. Mereka turut merancang perubahan pada keadaan kerajaan kini yang sangat perlukan perubahan. Maka di situlah dapat kami nilai sejauh mana mereka faham dan mengikuti perkembangan dalam negara kini.

Kata seorang sahabat. "Mereka ini jika didedahkan dengan tarbiah sejak sekolah maka di universiti kelak insyallah boleh terus bergerak dengan lebih advance".

Memang itulah antara tujuan kami buat di sekolah samada asrama penuh, atau harian.

Akhir sekali perkara yang paling penting adalah follow up pelajar, sejauh mana mereka mampu bertahan dan istiqomah setelahh tamat program.

Untung sekolah ini ada seorang guru yang mampu melaksanakan tugas follow up ini dengan usrahnya dan penglibatannya bersama pelajar.

Semoga sekolah menengah Kebangsaan Meru dapat meneruskan usahanya melahirkan pelajar seimbang dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment