ALhamdulillah..rindu rasanya setelah sekian lama tidak menggerakkan kaki ke usrah.
tajuk tadi adalah bagaimana menguasai diri yang dikupas kami semua berdasarkan buku maza yakni.
ramai yg beri pendapat. akh yang pertama berkata bagaimana kita ingin kekal dalam islam. sentiasa yakin dengan islam, yakin dengan hudud, yakin untuk sampaikan islam dan tidak ragu2 memperjuangkannya.
Juga bersangkut paut dengan bagaimna kita mengawal diri dari nafsu yang tidak pernah putus asa mengalahkan kita. Juga fikrah yang jelas melengkapi penjelasannya mengenai menguasai diri.
Akhi yang kedua pula beranggapan menguasai diri adalah dengan disiplin dengan masa yang ada. mengikut jadual yang dibuat. juga di samping itu memainkan peranan masing2 dalam masyarakat. bagi anak kepada ibu dan ayah, sebagai ahli dalam masyarakat dan sebagainya.
Juga perlu difikirkan sebenarnya apa yang kita kejar? maka dengan berfikir akan hal itu kita akan menjadi insan yang mampu menguasai diri kita.
Insan yang seterusnya menyamakan menguasai diri dengan mengenal diri. bagaimana sekiranya kita kenal diri kita maka kita tidak akan meremehkan kemampuan kita atau membuat sesuatu yang diluar keupayaan kita. oleh itu hendaklah kita mengenal diri ini sebagai hamba Allah yang juga khalifah supaya kita dapat menguasai diri kita.
Juga akhi ini berkongsi bagaimana menguasai diri dari sifat marah atau ikut nafsu adalah sangat penting kerana inilah punca kepada banyak lagi masalah lain,
yang terakhir seorang akhi ini berkongsi sebuah hadis yang berbunyi :
ade seorang sahabat bertanya satu nasihat yang tidak perlu lagi ditanya pd orang lain setelah mengetahuinya maka nabi menjawab katakanlah aku beriman dan beristiqomahlah.."
maka akh tadi menyebutakan kepentingan istiqomah.
Konklusinya kami berbincang akan pentingnya menguasai diri.
Moga-moga kita dapat menguasai diri untuk menjadi hamba yang kenal akan dirinya, amanahnya tanggungjawabnya serta supaya dapat terus istiqomah dalam keadaan yang baik hinggalah mati.
wallahualam...
No comments:
Post a Comment