Thursday, December 9, 2010

Manfaatkanlah cutimu

"Percutian yang bermakna tidak harus terlalu bergantung kepada di mana kita bercuti dan apa yang ada di situ. Utamakan dengan siapa anda bercuti dan apa yang anda lakukan bersama mereka."

Kata kata ini dipetik dari blog Saifulislam.com pendakwah yang telah Allah s.w.t berikan keupayaan untuk terus menerus menghasilkan artikal yang bermanfaat .

Inginku gubah sedikit ayatnya. Cubalah hayati;

"Percutian yang bermakna tidak harus terlalu bergantung kepada berapa lama kita bercuti. Utamakan dengan siapa anda bercuti dan apa yang anda lakukan bersama mereka."

Sungguh boleh dibilang berapa hari yang akan kucuti dalam tahun tahun akan datang. Hanyalah masa yang kualiti sahaja mampu mengubatinya. Insyaalllah...

Wednesday, December 8, 2010

Mahu jadi Superhero

"Tetapi saya ini ada kecenderungan menjadi luar dari biasa"

Inilah sekali lagi kata-kata Akh Hilal Asyraf dalam mengekspresikan dirinya.
terdiam sebentar. Betapa cantik ayat ini diutarakan terutama oleh seorang yang benar benar mempraktikkannya. sungguh luar biasa bukan.

tidak hairan lagi mengapa artikelnya sering mengenai perkara yang penting dalam kehidupan malah mengejutkan aku betapa kata kata dalam artikalnya ini hasil coretan kefahamannya, seorang anak muda berumur 21 tahun. Semoga Allah memberinya kekuatan untuk terus memperuntukkan dirinya dalam menyebarkan dan menyampailkan ayat ayat cinta Allah di kalangan masyarakat.

Sungguh tidak rugi bagi kita untuk cuba menjadi sepertinya. Tidak mustahil bukan .

Adakah kecenderungan menjadi luar biasa wujud dalam diri kita.

Luar biasa ini bukanlah bermana kelebihan menukar diri secara terus kepada superhero seperti dalam watak spiderman atau batman. Malah transformasinya lebih hebat dari itu. Tidak perlu tukar pakaian seperti hero tadi tapi yang penting untuk ditukar di sini ialah hati dan akhlak.

Sucikanlah hati, indahkanlah akhlak peribadi dengan mengingat padaNya, selalu membaca Quran menghayati mesej yang dibawa, hafal beberapa hadis agar menjadi benteng dalam suasana cemas. Ini hanyalah sedikit transformasi agar dapat jadi seorang "superhero" yang kemudiannya memainkan peranan dalam masyarakat.

Malah peranan yang dimainkan oleh " superhero" ini lebih besar dari superman dan batman yang sekadar menyelamatkan manusia di dunia . Ini kerana secara tidak langsung menyelamatkan masyarakat dari balasan akhirat kelak sekaligus menyelamatkannya dari menjadi mangsa dunia.

bukankah indah begitu.

Hero kita ini juga tidaklah terkenal malah tidak ramai yang mengenalinya. Namun siapa yang tidak kenal orang orang yang telah diselamatkannya kini menjadi manusia luarbiasa pula sepertinya. Masyarakat lain melihat masyarakatnya seolah berubah kepada kehidupan yang harmoni saling mempercayai satu sama lain. Namun hero tadi tetap tidak dikenalinya siapakah dia kerana matlamatnya bukanlah menjadi terkenal.

Cukup, cukup sekadar melihat tanggungjawabnya yang akan disoal di akhirat kelak bisa dijawabnya dengan senyuman di hadapan Si Pencipta Agung sebagaimana dalam surah Al A'raf ayat 164 .

Bukan sekadar itu, kini tanggungjawabnya berjalan dan tidak akan berhenti selagi mana denyutnya masih berjalan .

Indah bukan , menjadi insan luarbiasa yang menjadikan hidupnya sebagai jalan dan bukannya matlamat.

Semoga kita juga dapat menjadi insan luarbiasa yang tidak jemu membaiki dan mengislahkan diri agar kelak dipilih Allah bersama golongan yang memasuki syurgaNya. Moga, moga Insyaallah...

Tarbiyah yang menggubah diriku

“Tarbiyah ini melahirkan pemimpin. Bukan pengikut.”

Ini kupetik dari kata-kata Hilal Asyraf, penulis muda yang kusanjung yang telah mendengarnya dari seorang gurunya Rosdi Baharom.

Seharusnya bagi yang sering mengikuti usrah dan tarbiah sedar akan kelebihan ini. Mereka menjadi pemimpin yang sedar tanggungjawab yang harus mereka main tatkala dalam keluarga dan masyarakat.

Prinsip mereka teguh. redha Allah tetap menjadi keutamaan setiap tindakan. sunnah pula menjadi ikutan dalam segenap urusan.

Ibu bapa menjadi yang seterusnya untuk ditumpahkan ketaatan dan kasih sayang.

Tidak ketinggalan ukhwahfillah juga terhadap sesama rakan seperjuangan.

di mana dia pergi seorang itu harus sebagai seorang tentera yang sedia menghadapi apa jua serangan. Bahasa mudahnya dia seorang yang istimewa di kalangan masyarakat .

jikalau dahulunya sering dia meluangkan masa dengan bual kosong, kini setiap bualannya cuba tidak larinya dia dari mengingat pada sang pencipta.

Jikalau dahulunya sering buat tak endah dalam memboikot barangan produk Israel, kini hinggakan sekecil barang yang dibelinya akan dipastikan bukan produk israel.

jikalau dahulunya pergaulannya dengan bukan muhrim seolah adik beradik dan segalanya diluahkan , namun kini akhlak islami menjadi batasnnya agar hanya mengenai perkara yang perlu sahaja.

jikalau dahulunya mengumpat guru itu dan pakcik ini, kini menjadi keutamaan baginya untuk berkata yang baik sahaja jika tidak berdiamlah lebih baik baginya.

Begitulah sedikit dari banyak lagi kebaikan seorang yang telah mengikut tarbiah. Allah dan Rasul sentiasa bersamanya di mana sahaja. Hinggakan orang di sekelilingnya tidak mengendahkan agama dia terus kuat memegang prinsipnya, bak kata orang seperti ikan yang tetap tidak menjadi masin dalam laut yang masin, malah digunakannya setiap medan agar dapat berdakwah kepada masyarakat sekelilingnya.

indahkan begitu?

sebab itulah dia seharusnya menjadi pemimpin bukannya pengikut.

Tidak layak baginya membiarkan fahaman dan ajaran yang bukan atas landasan mendekatiNya menguasai hidupnya. Tidak sesekali akan dia berduduk diam dalam suasana maksiat,dalam suasana melupakan pertemuan denganNya, suasana yang meletakkan islam di bawah berbanding prinsip lain.

tidak, tidak sekadar melihat dan bergoyang kaki bukan perangainya.

Bangkitnya dia menjadi pemimpin pertama sekali terhadap dirinya. disediakan jadual khusus untuk memonitor hubungan ruhinya terhadap Penciptanya setiap minggu. Dipastikan dirinya sentiasa berdamping dengan buku yang mampu meningkatkan kefahamannya berhubung agama yang dipegang ini.

sedikit demi sedikit insyallah tidak mustahil orang sekelilingnya pula akan melihat kelebihan ini seterusnya mendorong mereka pula untuk dekat kepada Pencipta.

Analisa semula diri kita, sejauh mana usrah dan tarbiah yang kita ikut selama ini membawa kita kepada kehidupan yang Allah redha.sama-samalah kita analisa...