"Tetapi saya ini ada kecenderungan menjadi luar dari biasa"
Inilah sekali lagi kata-kata Akh Hilal Asyraf dalam mengekspresikan dirinya.
terdiam sebentar. Betapa cantik ayat ini diutarakan terutama oleh seorang yang benar benar mempraktikkannya. sungguh luar biasa bukan.
tidak hairan lagi mengapa artikelnya sering mengenai perkara yang penting dalam kehidupan malah mengejutkan aku betapa kata kata dalam artikalnya ini hasil coretan kefahamannya, seorang anak muda berumur 21 tahun. Semoga Allah memberinya kekuatan untuk terus memperuntukkan dirinya dalam menyebarkan dan menyampailkan ayat ayat cinta Allah di kalangan masyarakat.
Sungguh tidak rugi bagi kita untuk cuba menjadi sepertinya. Tidak mustahil bukan .
Adakah kecenderungan menjadi luar biasa wujud dalam diri kita.
Luar biasa ini bukanlah bermana kelebihan menukar diri secara terus kepada superhero seperti dalam watak spiderman atau batman. Malah transformasinya lebih hebat dari itu. Tidak perlu tukar pakaian seperti hero tadi tapi yang penting untuk ditukar di sini ialah hati dan akhlak.
Sucikanlah hati, indahkanlah akhlak peribadi dengan mengingat padaNya, selalu membaca Quran menghayati mesej yang dibawa, hafal beberapa hadis agar menjadi benteng dalam suasana cemas. Ini hanyalah sedikit transformasi agar dapat jadi seorang "superhero" yang kemudiannya memainkan peranan dalam masyarakat.
Malah peranan yang dimainkan oleh " superhero" ini lebih besar dari superman dan batman yang sekadar menyelamatkan manusia di dunia . Ini kerana secara tidak langsung menyelamatkan masyarakat dari balasan akhirat kelak sekaligus menyelamatkannya dari menjadi mangsa dunia.
bukankah indah begitu.
Hero kita ini juga tidaklah terkenal malah tidak ramai yang mengenalinya. Namun siapa yang tidak kenal orang orang yang telah diselamatkannya kini menjadi manusia luarbiasa pula sepertinya. Masyarakat lain melihat masyarakatnya seolah berubah kepada kehidupan yang harmoni saling mempercayai satu sama lain. Namun hero tadi tetap tidak dikenalinya siapakah dia kerana matlamatnya bukanlah menjadi terkenal.
Cukup, cukup sekadar melihat tanggungjawabnya yang akan disoal di akhirat kelak bisa dijawabnya dengan senyuman di hadapan Si Pencipta Agung sebagaimana dalam surah Al A'raf ayat 164 .
Bukan sekadar itu, kini tanggungjawabnya berjalan dan tidak akan berhenti selagi mana denyutnya masih berjalan .
Indah bukan , menjadi insan luarbiasa yang menjadikan hidupnya sebagai jalan dan bukannya matlamat.
Semoga kita juga dapat menjadi insan luarbiasa yang tidak jemu membaiki dan mengislahkan diri agar kelak dipilih Allah bersama golongan yang memasuki syurgaNya. Moga, moga Insyaallah...
No comments:
Post a Comment