“Tarbiyah ini melahirkan pemimpin. Bukan pengikut.”
Ini kupetik dari kata-kata Hilal Asyraf, penulis muda yang kusanjung yang telah mendengarnya dari seorang gurunya Rosdi Baharom.
Seharusnya bagi yang sering mengikuti usrah dan tarbiah sedar akan kelebihan ini. Mereka menjadi pemimpin yang sedar tanggungjawab yang harus mereka main tatkala dalam keluarga dan masyarakat.
Prinsip mereka teguh. redha Allah tetap menjadi keutamaan setiap tindakan. sunnah pula menjadi ikutan dalam segenap urusan.
Ibu bapa menjadi yang seterusnya untuk ditumpahkan ketaatan dan kasih sayang.
Tidak ketinggalan ukhwahfillah juga terhadap sesama rakan seperjuangan.
di mana dia pergi seorang itu harus sebagai seorang tentera yang sedia menghadapi apa jua serangan. Bahasa mudahnya dia seorang yang istimewa di kalangan masyarakat .
jikalau dahulunya sering dia meluangkan masa dengan bual kosong, kini setiap bualannya cuba tidak larinya dia dari mengingat pada sang pencipta.
Jikalau dahulunya sering buat tak endah dalam memboikot barangan produk Israel, kini hinggakan sekecil barang yang dibelinya akan dipastikan bukan produk israel.
jikalau dahulunya pergaulannya dengan bukan muhrim seolah adik beradik dan segalanya diluahkan , namun kini akhlak islami menjadi batasnnya agar hanya mengenai perkara yang perlu sahaja.
jikalau dahulunya mengumpat guru itu dan pakcik ini, kini menjadi keutamaan baginya untuk berkata yang baik sahaja jika tidak berdiamlah lebih baik baginya.
Begitulah sedikit dari banyak lagi kebaikan seorang yang telah mengikut tarbiah. Allah dan Rasul sentiasa bersamanya di mana sahaja. Hinggakan orang di sekelilingnya tidak mengendahkan agama dia terus kuat memegang prinsipnya, bak kata orang seperti ikan yang tetap tidak menjadi masin dalam laut yang masin, malah digunakannya setiap medan agar dapat berdakwah kepada masyarakat sekelilingnya.
indahkan begitu?
sebab itulah dia seharusnya menjadi pemimpin bukannya pengikut.
Tidak layak baginya membiarkan fahaman dan ajaran yang bukan atas landasan mendekatiNya menguasai hidupnya. Tidak sesekali akan dia berduduk diam dalam suasana maksiat,dalam suasana melupakan pertemuan denganNya, suasana yang meletakkan islam di bawah berbanding prinsip lain.
tidak, tidak sekadar melihat dan bergoyang kaki bukan perangainya.
Bangkitnya dia menjadi pemimpin pertama sekali terhadap dirinya. disediakan jadual khusus untuk memonitor hubungan ruhinya terhadap Penciptanya setiap minggu. Dipastikan dirinya sentiasa berdamping dengan buku yang mampu meningkatkan kefahamannya berhubung agama yang dipegang ini.
sedikit demi sedikit insyallah tidak mustahil orang sekelilingnya pula akan melihat kelebihan ini seterusnya mendorong mereka pula untuk dekat kepada Pencipta.
Analisa semula diri kita, sejauh mana usrah dan tarbiah yang kita ikut selama ini membawa kita kepada kehidupan yang Allah redha.sama-samalah kita analisa...
No comments:
Post a Comment