“Berkerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahagiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati syahid di jalan-Nya.” (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
Saturday, October 22, 2011
Jom berusrah
Semoga kita terus seronok dalam bebanan dakwah menuju kubur yang cerah, insyaAllah.
Baru-baru ini kita diwar-warkan mengenai perhimpunan sejuta umat di Stadium Melawati Shah Alam.
Sangat-sangat menarik dan satu tarikan bagi segolongan besar Muslim yang pantang akidahnya dicabar.
Namun pada masa yang sama kita harus beringat akan pentingnya juga kita mentarbiyyah umat. Umat tertarbiyyahkah dengan cara berhimpun ini?
Mungkin ya melalui ceramah para tokoh yang hadir. Mungkin juga melalui lagu para pejuang menerusi lirik lagunya yang menaikkan semangat kesedaran.
Isunya disini adalah samada kita hanya inginkan sesuatu yang bersifat sementara atau sesuatu yang kesannya lebih lama. Sudah tentu kita inginkan manfaat pada ummah maka kesan yang lama kita pilih.
Himpunan ini akan menjadi sekadar impunan andai tidak ada follow up atau sesuatu yang boleh dibawa pulang oleh para hadirin.
Apa yang boleh dibawa pulang itu bermaksud pertemuan yang konsisten selepas ini yang boleh menjamin kita tidak lupa akan apa yang kita sedang perjuangkan di stadium hari ini.
Untuk lebih mudah kita inginkan solusi pada apa yang berlaku, maka jalannya adalahdengan cara kita melakukan sesuatu bukan?
Misalnya sewaktu himpunan itu seharusnya juga diwar-warkan pada semua mengenai ceramah bulanan yang akan dibuat di Shah Alam, atau saranan untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu di surau berdekatan setiap minggu. Lebih baik andai dapat digalakkan menertai kumpulan kecil berbincang isu umat islam dan mendalami agama pada masa yang sama.Ini semua adalah solusi agar kita bertambah ilmu serta kesedaran yang akhirnya mengkuburkan masalah ini dari terus bermaharajalela.
Andai begitu, maka yang hadir bukanlah sekadar hadir namun membawa pulang semangat ini dan akan disalurkan melalui aktiviti mingguan yang dirancangkan itu.
Inilah sebenarnya peranan himpunan sebegini. Ingin menimbulkan kesedaran yang akan terus bercambah dan bercambahnya ia melahirkan tindakan susulan berupa menghadirkan diri ke surau atau melaksanakan budaya islamik dalam keluarga.
Sama juga seperti isu Palestin. Mungkin ada yang masih bersemangat menyumbang, memboikot dan mengetahui lebih lanjut perembangan di sana, namun persoalannya berapa ramai.
Maka sebab itu setiap kali terjadinya isu-isu besar di media maka inilah masanya kita menimbulkan solusi berbentuk usrah dan sebagainya bagi mereka yang baru tersentak ini.
Proses yang sama berlaku pada sesi usrah yang kita jalankan. Pertama kita hidupkan dengan isu yang hangat melibatkan umat Islam. Kemudian kita mengingatkan tanggungjawab masing-masing sebagai Muslim. Kemudian kita buat follow up untuk pertemuan akan datang.
Kesimpulan
Maka melakukan himpunan itu bagi mengingatkan kita bahawa akidah kita makin hari makin tercabar adalah sesuatu yang memang patut.
Lebih baik juga kita jadikan isu ini sebagai permulaan bagi kita melakukan sesuatu pengislahan pada diri kita.
Mungkin melalui cara ini maka setiap kali isu baru wujud maka ramai yang mula ikut halaqah dan tarbiyyah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment