“Berkerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahagiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati syahid di jalan-Nya.” (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
Saturday, October 1, 2011
Jom maksimakan akal.
Ini adalah seorang budak bernama Ali. Ku bertemu dengannya di surau PKNS pada hari sabtu , yakni semalam.
Dia kelihatan gembira bermain seorang diri. Namun sebenarnya dia bukan keseorangan sewaktu ku mula-mula buka pintu surau tersebut.
Bersama dengannya adalah seorang lagi.
Namanya wallahualam samada betul atau tidak kata Ali yakni Komen.
Komen ini bukan pertama kali kubertemu atau terserempak dengannya dan jelas aku masih ingat dirinya. Namun ku tidak pasti samada dia ingat diriku atau tidak.
Semasa aku mula-mula membuka pintu aku terkejut dengan kehadiran Komen yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek sambil tersenyum. Aku agak takut pada awalnya kemudian masuk dan beranikan diri duduk di salah satu sof belakang surau.
Disitulah aku bertemu budak bernama Ali yang sedang melayan Komen , seorang lelaki berbadan besar yang mengalami masalah down syndrome barangkali.
Tidak lama kemudian kulihat Komen kearah tempat solat wanita dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek.
" Hey, Bang. Sini-sini." ku agak risau andaikata ada muslimah di sana.
Dia hanya menjenguk ke arah tempat solat wanita kemudian kembali ke tempat dimana aku dan Ali .
Kemudian dia mengambil sejadah untuk solat.
Jam pada waktu itu adalah 1.00 petang. Zuhur masuk 1.06 petang.
Ibrah
Begitulah sedikit pengalaman di pagi Sabtu bersama Komen dan Ali. Walaupun Komen itu seorang yang kita kata kurang akal namun dia masih teguh mendirikan solat. Mengapa dia sanggup sedangkan kita yang sempurna akal ni pun ada yang masih meninggalkan solat.
Juga peringatan buat diri ini agar melihat semula nikmat yang Allah sudah beri pada kita. Contohnya otak. Saya belum lagi masuk modul central nervous system, insyaAllah minggu depan. Namun insan yang berfikir akan rasa sangat kagum dengan otak dan akal yang Allah jadikan ini.
Kita sering mengehadkan akal yang Allah beri pada kita.
Adakalanya kita berfikir sangat jumud. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang tertera di dada akhbar. Kita fikir bahawa hanya ada satu cara sahaja dalam mengembangkan dakwah di muka bumi ini yakni dengan memberi ceramah. Kita sangka Islam hanya soal urusan ibadah feqah.
Kadangkala juga kita membatasi akal kita pada perbuatan yang mudah dan ringan sahaja.
" Kau suruh aku fikir masalah umat, masalah sendiri pun aku dah tak tahan..."
Melerek alasan yang manusia bagi namun semuanya seolah menafikan kebolehan akal kita. Sebenarnya kita boleh capai lebih dari itu dengan akal yang Allah kurniakan pada kita.
Hatta jika kita lihat bagaimana ulama terdahulu seperti ibnu sina mereka adalah dikalangan yang mampu menggunakan akal waras mereka semaksimanya. Cuba bayangkan beliau seorang ahli fizik, perubatan,geografi , kosmologi dan falsafah serentak. Pada umur 10 tahun sudah menghafal Al Quran dan pada usia 18 tahun pula sudah menjadi " doktor Di Raja ".
Cuba anda lihat Malcolm X, Hassan al Banna, Dr Abdul Aziz ar Rantisi , Yusuf Al Qardawi dan ramai lagi.Adakah anda rasa andaikata mereka itu berfikiran jumud dan fanatik serta puas dengan keadaan sedia ada mampu menyumbang sebagaimana mereka telah buat kini.
Lihatlah pencapaian mereka. Mereka telah menggunakan akal yang sempurna itu dengan semaksima yang boleh.
Mereka mampu mengubah pemikiran masyarakat dengan dakwah mereka. Mereka menggunakan akal tanpa membatasinya sekadar memikir perkara-perkara remeh dan kecil sahaja. Mereka mengguna setiap masa yang ada mempelajari segala ilmu .
Kesimpulan
Adakalanya kita merasai yang diri kita ini sudah lengkap. Namun banyak lagi ilmu yang belum kita kuasai.
Adakalanya juga kita merasa tidak mampu melakukan sesuatu yang banyak serentak. Namun ingatlah bahawa yang memberi kita ilmu ini Allah. Yang bagi peluang kita berubah ni Allah.
Belum cuba belum tahu.
Kalau sudah kita awal-awal sekat pemikiran kita , jumud dan tidak berbuah bagaimana mungkin kita capai matlamat itu.
Mungkin sudah tiba masanya kita muhasabah semula diri kita sejauh mana kita gunakan nikmat akal yang Allah beri ini dalam rangka menyumbang sebanyak-banyaknya pada ummah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment