Sebentar tadi ku menonton sebuah tayangan . Tajuknya A Letter To God
Begitu banyak sekali ibrah yang kudapat dari 2 jam tayangan anjuran SMF yang ditayangkan d LHB itu.
Secara ringkasnya ia berkisar seorang pesakit kanser yang masih kanak2. Taylor namanya.
Setelah mengetahui dirinya kanser dia ditahan di hospital dan tidak ke sekolah selama 2 bulan.
Sekembalinya ke sekolah dia diusik oleh rakan yang lain. Dia rasa dihina dan sedih hingga membuatkannya bertemu dengan seorang atok sahabat karibnya yang sangat arif ini.
Atuknya memberitahu bahawa Taylor ini seorang " warrior " yang dihantar tuhan. Seorang warrior yang membuatkan orang lain kagum dengan kekuatannya mengharungi hidup sebagai pesakit kanser.
Ini menyentuh hati Taylor yyang selama ini hanya memikirkan sakitnya ini musibah semata2.
Taylor kemudiannya tidak putus2 menghantar surat kepada " Tuhan " . Segala masalahnya dicurahkan dalam surat tersebut.
Kelakuannya ini dilihat ibunya sebagai tidak mendatangkan apa2 faedah bagi Taylor malah ibunya tanpa segan silu menyalahkan takdir Tuhan atas apa yang menimpa keluarga mereka.
Pada masa yang sama nenek Taylorlah yang menjadi pembakar semangat agar terus percaya dengan takdir Tuhan kerana segalanya ada hikmahnya.
Pada satu hari Taylor yang tertekan atas ejekan kawan sekelasnya telah bercadang menulis surat kepada kawannya itu. Dalam surat tersebut dia menyebut betapa dia faham mengapa kawannya mengejeknya yakni kerana mereka cemburu dia itu insan yang dipilih Tuhan untuk mampu mengharungi segalanya.
Kisah ini diakhiri dengan kematian Taylor. Namun babak sebelumnya mendedahkan berguni2 beg berisi surat dari kawan sekolahnya yang alamatnya "to God ".
Sebelum dia meninggal dia berjaya mempengaruhi kawannya, ibu serta sebilangan besar masyarakat sekelilingnya betapa berharganya nilai hidup ini tatkala disandarkan pada Tuhan.
Juga sebelum meninggal Taylor memberitahu pada ibunya betapa beruntungnya dipilih Tuhan menerima anak sepertinya.
Ibrah
Tidakkah kita rasa sensitif bila ada sahabat kita menuju ke gereja. Ya kita sensitif. Ya kita marah. Namun mereka ini yang bukan Muslim ini telah sedaya upaya kembali pada Tuhan.
Merka yang sudah jauh terpesong kitabnya itu telah banyak menunjukkan tauladan serta akhlak pada kita.
Maka tidak mustahil ummat yang " kosong " jiwanya ini bertumpu pada mereka.
Maka persoalannya dimanakah kita?
Di saat ummah yang ramai namun jauh dengan Tuhan.
semestinya ini satu amanah pada kita untuk sama2 menyeru kembali pada Allah.
Andaikata Taylor itu menulis surat agar dia dapat terus rasa berhubung dengan Tuhannya , kita pula patut lebih rapat pada Allah.
Mengapa?
kerana kita berdoa bukan dengan menulis malah DIRECT terus padaNya.kita boleh menadah tangan tersungkur sujud penuh kehambaan dalam tangisan taubat.
Luahkanlah segala yang kau mahu padaNya wahai saudara seislamku yang kucintai!
" Dan apabila hamba2ku bertanya kpdmu ttg aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan org yang berdoa apabila dia berdoa kpdKu.." Al Baqarah 186.
Bukankah Islam memberi solusi .
Kalau begitu mengapa masih ramai Muslim yang kedekut,yang tamak, yang rasuah, yang minum arak, yang bercouple dan segala macam maksiat???
Kekuatan itu padamu
" Kamu adalah umat yang Terbaik dilahirkan tok manusia sbb kamu menyuruh yang makruf mencegah yang mungkar..." Ali Imran 110
lihatlah wahai pembaca yang kucintai..
Berdakwah itulah syaratnya andai kita mahu jadi yang terbaik.
Maka andai anda dipilih menjadi naqib, memberi tazkirah, menulis artikel dan seumpamanya maka usahlah anda menarik diri dengan alasan yang pelbagai.
Anda lihatlah sendiri kondisi umat yang sakit tenat dikaburi bayangan dunia yang seolah indah.
" celupan Allah, siapa yang lebih baik celupannya dari celupan Allah?.." Al Baqarah 138
Kemuliaan dari Baratkah yang anda ingin follow wahai teman pembaca sekalian?
Islam sudah sediakan segalanya.
" sungguh telah ada pd diri Rasulullah saw itu suri taulan yang baik bgmu..." Al Ahzab 21
Maka usahlah kita sekadar jadi penonton saja pada tayangan mlm ini namun ambillah ibrah yg sedalamnya yakni sudah sungguh2 kah kubawa Islam dlm hidupku??
“Berkerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahagiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati syahid di jalan-Nya.” (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
Friday, March 23, 2012
Friday, March 16, 2012
Mad'uku lebih hebat dariku.Takpeke?
Baru saja ku pulang dari liqa. Salah satu ahli kami itu banyak ilmunya. Maklumlah beliau lepasan sekolah agama serta rajin mendengar tazkirah.
Yang menjadi persoalannya bilamana naqib itu kekadang terasa inferior complex berhadapan dengan mad'u seperti itu.
Pada hematku itu tidak perlu jadi sesuatu yang pelik jauh sekali masalah.
Pertama kubilang padamu wahai pembaca sekalian. andai kata kita tidak bertindak menyusun liqa itu mengajak ahli,menetapkan waktu serta segala macam berkaitan liqa itu adakah kemungkinan akan adanya liqa?
Sudah tentu tidak.
Maka pertama sekali peranan kita walaupun ilmu kita kurang namun kesanggupan kita meluangkan masa dan tenaga mewujudkan pertemuan liqa itu sesuatu yang sudah cukup untuk dihargai.
Kerana walaupun ada dikalangan masyarakat kita yang ilmunya penuh namun kekadang tidak ada medium baginya tuk berkongsi . Dia rasa kekok berkongsi walaupun mampu. maka disini perlunya penggerak kepadanya.
Maka inilah peranan kita ( hamba Allah yang dilantik menjadi naqib namun tidak bersekolah agama dan masih kekurangan byk dari sudut ilmu agama)
Kedua. Kita jelas matlamat kita ingin membina peribadi muslim, keluarga,masyarakat, serta negara Islam.
Maka adakalanya harakah atau pergerakan itu perlu ada dalam liqa kita.
Bagaimana kita boleh dakwah masyarakat sekeliling kita. Bagaimana kita ingin mewujudkan suasana yang takut langgar arahan Allah, buat dosa.Bagaimana kita boleh timbulkan kemahuan anak muda untuk bergabung menyumbang untuk Islam.
Maka saya tanya kalian. Adakah bisa seorang lepasan sekolah agama walaupun ilmu agama penuh di dada mampu melaksanakan semua ini?
Ya bisa aja, mungkin kita akan jawab. Namun berapa ramai??
Ramai saje yang boleh mengaku pernah belajar dari sekolah agama namun berapa ramai yang benar2 faham agama?
Maksudku benar2 faham agama ni adalah dari banyak sudut termasuklah harakinya yakni bagaimana kita boleh sumbangkan pada masyarakat.
Kerana yang penting kita sebagai penggerak. Kitalah yang menyusun. Kita juga yang sama2 mereka berusaha bagaimana boleh kita guna ilmu yang ada untuk dakwah masyarakat ke arah penghayatan Islam.
Maka sebab itulah kita jangan rasa malu bilamana kita sekadar lulusan sekolah sains sedangkan mad'u kita lepasan sekolah agama ataupun negara2 Timur.
Kerana kita belajar tarbiyah yang bergerak.
Supaya akhirnya masyarakat kan bebas dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan pada Allah semata2.

Bisakah ku jadi sepertinya....
Kadangkala rasa tidak mahu menaip langsung dan kadangkala sebaliknya.
Wallahualam mengapa selalu saje berbolak balik jiwa ini. Ingin saja tetap dalam keadaan dimana kita baru saja pulang liqa di malam hari itu.
Namun kadang2 tanpa diduga sesuatu ujian mendatang memaksa kita bertindak suatu tindakan yang bukan Mukmin sepatutnya bertindak.
"Wah, hebatnya mamat tu",
"Puh! ceramahnya menusuk kalbu, jantung serta tulang dan darahku"
bermacam pujian kita pada seseorang kadangkala hingga seolah manusia itu malaikat tiada dosa dan perfect senang kata.
Sedangkan dia bisa aja diuji persis kita yang diuji malah ujiannya bisa jauh lagi hebat dasyat lagi berat dari kita.
Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa orang yang paling dahsyat yang menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka.
Pernah Ustaz Hassan Al Banna didatangi seorang yang mengadu masalahnya kepada ustaz.
Namun senang aja jawapan al akh ustaz .
Disuruhnya hamba Allah tadi berserah pada Allah kemudian dia sendiri yakni sang Ustaz ini berkongsi sendiri masalahnya hingga terdiam dibuatnya hamba Allah tadi. Rupa2nya masalahnya itu hanya kecil berbanding apa yang dilalui Ustaz ini.
Begitulah kadang2 kita semangat dan bersiap memikul risalah dakwah ini dan kadang2 terasa begitu berat seolah dihimpit dengan sebuah batu besar.
Tiada manusia di dunia ini melalui hidupnya senang2 aje.
Ingat murahkah nilai syurga itu wahai pembaca yang dimuliakan Allah?.
" Sesungguhnya Allah membeli dari org2 mukmin baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga utk mreka. Mereka berperang d jlan Allah sehingga mereka membunuh dan terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dlm Taurat, Injil dan Al Quran...."
Surah At Taubah ayat 120
Mereka itu jiwa2 militan yang tidak senang berserah pada suasana hatta dicampakkan ke mana sekalipun. Tetap, dan tetap mereka ingin membina suasana biah solehah. suasana tarbiyah.
suasana masing2 risau akan berlaku dosa.
Anda bisa boleh punya
Siapa kata mereka itu begitu hebat sejak kecil lagi?
Mana mungkin!.
Inilah hasilnya bilamana kita berterusan berjalan atas jalan juang dan dakwah ini. Bila kita terus menerus mengkat diri dengan Quran serta mutiara hadis.
Bila kita terus menerus membaca matsurat pagi petang walaupun mata layu dan tubuh penat hanya Allah yang tahu.
Bila kita terus bersungguh menyiapkan tulisan artikal dakwah semata2 utk menampalkannya di dinding surau yag entah ada entah tak insan yang membacanya.
Bila kita berhenti dari setiap perkara kita buat tatkala mendengar azan lantas bergegas menjadi muazzin tanpa saingan.
Bila kita menghempas pulas menyiapkan SGS Patho,Biochem dan Pharmaco kerana ingin mengosongkan masa demi usrah di malam hari.
Biila kita terus memikir dan memikir jalan menyelamatkan ummah di kala insan lain sudah tidur dengan lenanya....
Ya ayyuhal ikhwah wa akhawat. Sudahlah lamunan anda. Jomlah kita mula bertugas sebagai seorang penyeru kepada Allah.

Benarkah hidupmu tiada ujian??
Kita ni kadang2 rasa lost.
" duk dalam dunia ape aku sekarang ni".
"kenapa aku buat gitu kenapa tak gini".
Hidup....
Ada yang kata .
" hidup aku tak pernah diuji."
sedangkan ujian dalam hidupnya itu diukur dengan kesusahan , musibah dan gangguan.
Sedangkan hakikatnya bukan itulah ujian baginya, melainkan kesenangan berpanjangan dan berterusan itulah dia yang nama sebenarnya ujian.
Namun alangkah malangnya bilamana kita alpa akan ujian itu. Tanpa disedari hari demi hari berlalu tanpa sedikit pun rasa rugi tatkala solat dilewatkan, perangai dengki dan sombong semakin menjadi. Mengumpat dan gosip amalan setiap petang selepas balik dari surau.
melayan pandangan tanpa dialihkan, menonton TV hingga lewat malam, ...
Masa lapang diisi dengan tidur setelah kenyang dengan hidangan nasi kerabu lauk tempoyak ikan patin.
Malamnya hingga larut diisi dengan belekan buku Medik tanpa sedikitpun ingatnya pada Tuhan.
Tidak disangka akhirnya mata terlalu ngantuk hingga terlepas munajat tahajud bersama Sang Pencipta di waktu yang sangat berharga itu.
Betapa indahnya hidup ini tanpa ujian diungkapkan bertalu2.
Sedangkan inilah dia sebenarnya ujian kita yang majoritinya melalui kehidupan rutin tanpa mempedulikan langsung soal tarbiyah diri jauh sekali ummah .
Saban hari terbaca juga perkara karut bab hantu dan segala macamnya di Surat khabar dan betapa jauhnya akidah masyarakat kita dengan akidah islamiyah yang sebenar, namun langsung tiada rasa bertanggungjawab.
Saban hari juga terdengar kes murtad menjadi2, tidak langsung difikirkan itu salahnya serta besarnya amanah untuk berdakwah itu tersemai di jiwa.
Kosong wahai pembaca yang beriman! Kosong jiwa dan hati naluri itu !
Masa tidak menunggu anda
Kita akan satu hari tidak perasan betapa cepat masa berlalu. Silap2 sudah tua kang masih tetap dengan rutin harian yang sama yakni dengan meninggalkan dakwah ini. Bagaimana bisanya ummah ini ingin kembalikan kegemilangannya wahai teman pembaca yang kucintai Kerana Allah?
Sama2lah kita memerhati ayat ini:
" Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui "
- Surah At-Taubah ayat 41

Subscribe to:
Posts (Atom)