Saturday, March 23, 2013

Diriku sebagai pelajar medik

Mengharungi seluas lautan manusia yang membawa masing2 seribu satu perangai semakin mematangkan diri ini. tatkala bulan demi bulan berlalu sebagai pelajar perubatan bukan sekadar mengajarku erti susahnya mahu jadi doktor dengan banyaknya yang perlu dipelajari malah aku juga belajar erti sebuah kehidupan.

siapa sangka yang melalui hari2 berjumpa dan bertanya soalan pada pesakit itulah hari2 ku mengenali dunia sebenar. Manakan tidak, aku lihat bagaimana sakit menguji pasangan dan sebuah keluarga, sakit menarik nikmat kesihatan , seseorang yang mampu melaksanakan apa saja terhenti setelah kedua kakinya tidak boleh bergerak.

Ada yang terpaksa menanggung bebanan wang akibat kos rawattan yang sangat tinggi. Ada yang terpaksa berhenti kerja kerana sakitnya. Ada yang si isteri terpaksa bekerja menyara suami yang sakit pada masa yang sama anak2 tidak boleh harap. Ada yang kelihangan insan yang tersayang melalui kemalangan. Ada yang ibu mengadu lebih baik dihantar ke rumah orang tua dari dibiarkan tanpa seorangpun anaknya yang melawatnya.

Ada yang sangat menghargai dan memahami peranan kami sebagai pelajar yang ingin bersoal lantas memberi respon yang baik, ada yang sering menunjukkan muka masam dan tidak langsung memberi respon positif sekiranya kami ingin bersoal.

Ada yang sangat ceria walaupun sakit yang boleh meragut nyawanya, ada yang sakit sedikit namun rungutannya seolah akan mati tidak lama lagi.

Ada yang sibuk menghabiskan masa membaca dan berzikir juga ada yang membuang masa dengan termenung dan bermain game.

Ada yang dalam keadaan sedar dan ada yang dalam keadaan koma.

Bermacam2 kes seharian yang menimpa pesakit. Semuanya itu tidak lain tidak bukan menuntut kita mengambil iktibar dan pengajaran yang sangat besar.

Betapa nikmat sihat itu bukanlah free Allah bagi, namun menjadi satu modal yang sangat mahal dan alangkah rugi mereka yang mensia2 kannya.

Ku jugak lihat dan perhatikan hubungan antara suami isteri itu. bagaimana terkesan setelah salah satunya sakit. Ada yang mengambil sikap memahami dan cuba membantu dalam apa jua keadaan. Ada juga yangtidak memahami malah memarahi pasangannya atas musubah yang ditimpanya.

Membawaku kepada pengertian suami isteri yang sebenar. Untuk apa mereka kahwin. Di manakah keikhlasan kasih sayang dalam hubungan itu. Adakah semata2 cantik dan menarik yang dipandang?

Aku pernah juma pasangan tua yang masih lagi kasih mengasihi, faham memahami. Dan jugak aku pernah lihat mereka yang muda namun saling tidak memahami dan tiada kasih sayang.

Di hospital aku belajar erti kehidupan yang sebenar.

Yang aku tidak belajar sewaktu di kampus dan bilik kuliah.

Alhamdulillah Ya Allah

Moga aku menjadi hambuMu yang sentiasa mengambil ibrah.



ps: ini adalah As syahid Dr Abdul Aziz Al Rantisi, pejuang HAMAS yg juga merupakan seorang doktor pakar paediatrics. Doakan aku dpt jd sepertinya.

No comments:

Post a Comment