Pagi tadi saat yang tak akan kulupai dalam hidupku. Manakan tidak suatu yang tidak langsung ku terbayang kan berlaku di pagi Jumaat itu. Sedang ku sibuk bertanya atau istilah mediknya 'clerk' seorang pesakit India ini melalui isterinya (kerana dia tidak sedar diwaktu itu) pesakit itu tiba2 berhenti bernafas lalu dalam tempoh beberapa minit kemudian terhenti terus degupan jantungnya.
Aku sangat2lah risau dan takut. Kerana apa? kerana pada waktu itu aku lah orang yang terakhir mengambil maklumat darinya serta melakukan sedikit pemeriksaan pada paru2nya. Tidak ku sangka pesakit yang pada awalnya tercungap2 dibantu alat pernafasan yang disalurkan melalui lehernya itu berakhir dengan begitu pantas sekali. Ku lihat matanya mula membesar dan terarah pada satu arah sahaja walaupun ditampar2 berkali2 oleh isterinya. nafasnya mulai perlahan. Ku terus mendapatkan doktor yang sedang merawat pesakit katil lain. "dr, a patient had stop breathing!!" .
Dengan kalutnya dr menuju ke katil yang kusebutkan. Nurse yang berdekatan juga agak kelam kabut menghurungi katil tersebut. Ada yang membawa alat mesin 'defribrillator' yang menggunakan elektrik bagi mengembalikan semula degupan jantung ke tahap normal. Namun pada waktu itu sudah terlambat. Doktor hanya mampu melihat degupan jantungnya dengan pantas menurun ke 18 degup dalam seminit. Sangat kronik. Doktor lantas memberitahu isterinya sesuatu yang kusendri tidak pasti. Namun yang pasti setelah itu si isteri tidak lagi memasuki ruangan katil suaminya yang ditutup dengan langsir. Si isteri menitiskan air matanya kesedihan sambil dipujuk oleh doktor.
Aku terasa degupan jantungku laju. Aku terus memasuki ruangan pesakit itu memerhati langkah nurse dan dr seterusnya. Akhirnya mereka mengesahkan bahawa pesakit itu sudah tidak bernyawa. Beberapa pelatih nurse diarahkan menyelenggarakan mayat pesakit itu. Ku turut mengambil kesempatan membantu apa yang boleh. Setelah menyedut segala cecair dari hidungnya mereka mencabut semua peralatan jarum serta kondom dari tubuhnya. kemudian menggunakan sarung katil itu mereka membalutnya hingga hanya nampak wajah sahaja.
Begitu sahaja.
"memang biasa kematian berlaku", kata seorang nurse.
Ku merasakan diriku sangat bersalah kerana tak mampu membantu dalam kejadian tersebut. Lagi2 aku insan terakhir melihatnya hidup.
Sewaktu pulang aku kebetulan terjumpa si isteri tadi yang juga mahu turun lif. dia masih lagi mengalir air matanya.
"i'm so sorry" aku menyebut.
"it's fate" jawabnya perlahan.
Begitulah situasi sebenar yang akan aku lalui masa2 akan datang. Pekerjaan yang melibatkan nyawa manusia. Sekiranya terlupa atau cuai sedikit maka nyawa manusia menjadi mangsa. Bukan calang2 tanggungjawab ini.
Memang tak dapat dinafikan itu semua takdir Allah namun tetap amanah seorang doktor itu adalah berusaha dan ikhtiar sebaik mungkin mengelak sehabis mungkin sebarang kecuaian dan kesilapan.
Atas sebab itu jugak lah seorang doktor itu mahu tidak mahu harus membuat persiapan yang secukupnya. Perlu timba ilmu puas2. Perlu dapatkan pengalaman puas2, disamping sediakan mental dan jiwa yang kuat untuk tidak mudah goyah dan putus asa di saat Allah benar2 ingin menguji hambaNya itu.
ps: gambar hiasan tiada kaitan dengan cerita di atas. Moga aku mampu menjadi doktor yang bertanggungjawab dan bersungguh2 dalam melaksanakan amanah.
No comments:
Post a Comment