Thursday, August 15, 2013

Ayuh nikmati saat bergelar anak muda bujang

mungkin tidak ramai anak muda yang sedar akan satu perkara yang sangat bermakna dalam hidup mereka sebelum ianya pergi meninggalkan mereka satu hari nanti.

Nikmat menjadi muda. Namun kutambah sedikit. Nikmat muda sebelum berumah tangga.

Kutambah sebelum rumah tangga kerana 2 faktor. Pertama kerana kini ku sendiri masih belum brumah tangga. Kedua,ku mula sedar betapa beratnya amanah tanggungjawab setelah bergelar suami atau isteri atau ayah dan ibu nanti.

Dan kini ku masih lagi dalam umur bujang yang muda. Tidak perlu sibuk memikirkan bagaimana ingin sara hidup isteri atau anak2. Tak perlu sibuk2 untuk pinjam duit bank bayar rumah atau kereta atau insuran. Anak2 pun tiada lagi untuk diperuntukkan masa bersama mereka.

Aku kini masih lagi dalam zon selesa sebenarnya. Aku boleh buat bermacam2 perkara. Sebenarnya tidak layak aku memberi alasan sibuk dan tiada masa..

Sebelum lebih lanjut tunggu dulu!! Mengapa kupilih tajuk ini?

Sewaktu ku membawa kereta pulang ke kampus tadi ku terfikir akan berharganya masa2 ku sekarang ini. Namun juga timbul persoalan. Kalau sekarang lagi sudah kuberikan macam2 alasan untuk tidak melakukan perkara2 baik maka adakah setelah bekerja atau berkahwin nanti aku bolehbertambah banyak masa dan peluang?

Kalau dalam keenakan masa yang  banyak, kebebasan yang seluasnya ini aku memberi alasan sibuk, maka di manakah kedudukanku kelak?

Maka mula diri ni terasa seperti perlu lakukan sesuatu yang bermakna. Masa ini harus dipergunakan dengan sebaik mungkin.

Maka inilah masanya yang menjadi masa keemasan yang tidak disia2kan oleh mereka yang beruntung di dunia ini.

Namun tidak kunafikan juga bilamana kita berumah tangga itu juga menjadi penguat kepada kerja2 dakwah kita, namun tetap di sana ada tambahan kerja kita selaku suami. apatah lagi bapa.


Juga mungkin timbul lagi persoalan lain..

Mungkin ada sahabat akan berkata mereka tidak mampu buat kerja dakwah dan sebagainya kerana merasa diri belum cukup layak.

Namun, adakah dirinya yang sekarang ini belum layak dibiarkan berterusan begitu. Dan adakah masa yang berlalu ini menjadikannya semakin matang dan lebih hebat? adakah 2,3 tahun akan datang menjamin dirinya menjadi lebih baik? Adakah setelah berkahwin akan automatik diri menjadi lebih baik dan serba layak melakukan kerja2 islam?

Maka di sana tiada jawapan yang lebih baik melainkan kita menyerahkan masa2 emas kita sekarang bergelar anak muda terutamanya bujang ini di jalan dakwah dan melakukan kerja2 islam.

Namun saya tidak pernah menafikan pentingnya kita membina rumahtangga malah sekiranya diizinkan Allah rumahtangga yang dibina atas peribadi mukmin yg kita sudah siapkan pada diri kita maka akan memantapkan lagi rumahtangga itu seterusnya menjadi sebuah gabungan yang kuat dalam menempuh rintangan perjuangan bersama.

kesimpulan

Usahlah kita berdalih melakukan kerja2 dakwah ini. Kalau bukan sekarang maka bilakah lagi. Namun jadilah kita ini seorang pemuda yang sibuk. Ya, sibuk dengan kerja2 amal dakwah sehingga tiada lagi masa berkhayal dan memikirkan hal2 dan isu2 remeh yang merendahkan martabat kita di sisi Allah swt.
.

Syeikh Ahmad Yassin berjuang dalam keadaan lumpuh. Namun digeruni musuh. Kita berjuang dengan kesempurnaan fizikal. Adakah kita cukup menggerunkan Musuh???

No comments:

Post a Comment