Sungguh lama sudah tak ku menulis. Mungkin dek kurang masa yang available, mungkin kerana minat menulis semakin layu kerana pembacaan semakin kurang, mungkin kerana tidak termasuk dalam senarai perkara yang patut diutamakan kini, dan mungkin juga hati ini tidak ikhlas sewaktu menulis? Apapun sebabnya Allah telah menjauhkan aku dari kesempatan ini dengan sebab yang hanya Dia saja yang tahu untuk kebaikan kujuga yang ku pasti.
Dalam tempoh 2 bulan sebelum ini ku memasuki posting kedua ku berada dalam Tahun 4 perubatan, (setahun lagi untuk tamat belajar). Posting Primary Care Medicine. Ku rasakan inilah posting yang paling ku sibuk(aku yang mencari kesibukan sebenarnya) yang banyak kuhabiskan masaku di klinik kesihatan Sungai Buloh ataupun Selayang.
Seronok
Paling seronok tatkala diberi kepercayaan oleh staff nurse untuk mengambil darah esakit. Pengalaman pertama memang menggeletar tangan , keyakinan sangat rendah, mujur mask di mukaku menutup segalanya. Namun menggeletarnya tanganku menyebabkan pesakit menasihatiku agar tenang, usah takut (sepatutnya aku yang berkata padanya itu). Namun selepas penuh tekad aku mula yakin, hingga berbelas2 pesakit darahnya diambil olehku. Adakalanya susah mau menemui uratnya maka ku pin
dah ke lengan yang satu lagi. Hatta itupun tidak kujumpa.
Pesakit yang kurang sabar akan mula menyuruh nurse untuk mengambil alih tempatku. Apapun aku tetap berpuas hati kerana selama ini ketakutan tu terhadap darah(sewaktu 1st year lagi aku trauma, nak pitam tengok orang ambik darah), namun dapat diatasi juga kekurangan itu. Juga ku berkesempatan bersama pharmacist mengambil ubat beserta dosnya tertentu di rak(bukan main ambik saja, kene kira dulu) dan tanganku tak henti selama beberapa jam, kemudian juga berpeluang mencuci luka pesakit diabetes, memberi suntikan tahan sikit di punggung, memasangkan alat ECG pada dada pesakit dan juga memasang CBD sejenis alat untuk menyalurkan keluar air kencing dari kemaluan pesakit yang tak boleh buangnya sendiri.
Overal=gembira dan puas hati
Namun aku sangat mengharap untuk terus rajin ke wad untuk posting2 akan datang memandangkan PCM ini dipantau kehadirannya dari jam 8pagi hingga 5 petang, namun selepas ini tanpa pantauan?? Moga ku bisa teruskan semangat kerajinan ku ini.
Cukup sekadar ini coretanku untuk kali ini . Semoga kelak ku mampu mengenang semula kenangan indahku bersama posting PCM ini..ps. Gambar ini adalah Ust Riduan Mohd Nor. seorang penulis yang sangat aktif menulis. Ku mahu mencontohi nya insyaAllah..
No comments:
Post a Comment