Sudah lama ku menanti saat ini. saat dapat ku kongsikan kepada adik2 ku di sungai Buloh atau yang berminat dengan kursus perubatan dan ingin tahu lebih lanjut mengenainya.
Petang ini ingin ku kongsi apa sebenarnya perbezaan dunia klinikal dan preklinikal.
Pernah suatu ketika ku sering ingin tahu apa sebenarnya yang abang2 akak2 di klinikal year dari selayang buat? apa yang bezanya mereka dengan kita yang belajar di Tahun 1 dan 2 ini?
Adakah mereka ini sudah membuat semua yang dr2 di klinik lakukan? Adakah sudah diminta menjalani pembedahan? dan banyak lagi soalan yang bermain di mindaku, namun tidak pernah ku lontarkan pada mana2 senior di waktu itu.
Pendedahan yang ku terima hanya dari perkongsian blog salah seorang kakak yang tidak pernah ku miss, sangat menarik ceritanya di klinikal year yang penuh misteri buatku dikala itu. Dan ku pasti di kalangan adik2 year1 dan year2 ada juga yang seperti ku dulu..Kan?
Preklinikal year
Pada zaman ini pembelajarannya tidak jauh beza dengan coraknya di matriks, asasi atau diploma. Mahupun di sekolah. Kami akan datang kelas pada pagi hari, dengar kuliah berselang kuliah dan pulang pada petangnya(dengan tubuh serba keletihan). Juga akan ada sesi bersama group kecil2 untuk perbincangan sgs(small group session) dan beberapa sesi presentation dalam group kecil tersebut. Secara kesimpulannya kami banyak menerima dari Lecturer(yang merupakan dr) dan membaca, membaca dan membaca samada nota2 atau buku. Mungkin tidak banyak yang ingin ku kongsi memandangkan pengalaman ini lebih kurang sama dengan zaman di sekolah, asasi dan matriks.
Klinikal Year
Tahun 3 hingga 5, kami pelajar perubatan akan menghabiskan masa kami kebanyakannya di hospital, Klinik kesihatan dan juga kampus. Dalam satu tahun Tahun 3 akan ada 5 posting, Surgery,Medicine,Obstetric and Gynecology,Rural and Urban dan paediatrics. Setiap satu akan mengambil masa 2 bulan.Pada penghujungnya akan ada end of posting exam yang berupa long case(kita present case sebenar di hadapan dr di wad Hospital). Juga pada setiap posting akan ada purata 50 orang pelajar perubatan(depend pada jumlah dalam batch).
Secara jujurnya 2 bulan memang tempoh yang sangat sekejap untuk menguasai ilmu, kemahiran dan untuk membiasakan diri di posting tersebut. Kita tetap akan ada kelas bersama lecturer namun kebanyakannya kelas yang kita sendiri akan 'mengajar' atau berkongsi melalui group presentation. Presentation kami samada tajuk yang telah diberi oleh dr, atau case2 tertentu di wad yang kita akan panjang lebar cerita mengenainya pada sahabat2 lain.
Manakala selain presentation di kampus itu kami akan berada di hospital untuk mengambil maklumat pesakit atau namanya 'clarking'. Kami akan berada dalam wad tertentu mengikut posting, dan dalam Hospital itu berpakaian labcoat kami akan berpasangan atau berseorangan menuju ke katil2 yang telah dibahagikan sesama kami oleh group leader. Kami akan menemui pesakit dan memperkenalkan diri sebagai pelajar sebelum menebual panjang. Dari sebab masuknya ke hospital hingga berapa gajinya sebulan perlu kita soal, begitu detailnya soalan kami.
Dalam tempoh setengah jam hingga 1 jam kami akan tamat berbekalkan beberapa differential diagnosis dalam otak kita yang kita akan balik dan baca semula sebelum kita present semua yang telah kita clerk tadi kepada dr sewaktu bedside.Di sini beberapa sesi yang ada dalam tahun klinikal yang tiada semasa pre klinikal.
(bedside) satu sesi pembelajaran di Hospital. dalam lingkungan 10 orang bersama seorang dr, salah seorang pelajar akan menceritakan semula kepada dr mengenai pesakitnya dan diakhiri dengan physical examination terhadap pesakitnya di hadapan dr dan kumpulannya. Pada masa sama, dr akan menegur sebarang kekurangan dan penambah baikan presentationnya itu(yang kadang2 teguran itu sangat tajam)
(case write up) setiap posting dikehendaki menghantar 2 cwu. Ia seperti laporan lengkap mengenai pesakit kita. Hanya 2 orang sahaja yang kita sudah clark selengkap2nya, dan kita mengikut format case write up sebelum dihantar kepada supervisor masing2. Maka dalam satu posting itu selama 2 bulan mungkin kita sempat clark 30 hingga 40 pesakit, maka pilihah yang paling lengkap dan menarik untuk dibincangkan.Kita akan hantar secara individu.
(case presentation) Ini sama seperti case write up, cume kami akan buat dalam bentuk slide powerpoint dan dibentangkan dalam kumpulan sewaktu bersama dr di kampus, samada ctc sg Buloh atau Selayang. Ini mengambil masa 3 jam minima.
..............
Sebenarnya untuk menulis ada lagi beberapa, namun cukuplah sekadar perkongsian sedikit ini.
Semoga ianya menjawab sedikit sebanyak persoalan yang mungkin ada pada adik2 semua..
No comments:
Post a Comment