Tuesday, June 16, 2015

Keluarlah dari zon selesa

Kadang-kadang kita merasai kesukaran dalam melakukan sesuatu perkara.

mahu baca buku pun rasa malas

mahu kemas rumah pun rasa malas

mahu tidur-tidur dan bersenang lenang je boleh?

mengapa berlaku perkara tersebut?

Zon selesa

Kita sudah dibiasakan dengan perkara yang kita suka sepanjang masa, oleh itu susah untuk kita lakukan sesuatu yang di luar comfort zone kita.

Misalnya, kita yang setiap hari akan dapat nikmat keamanan tidak akan menghargai nikmat tersebut berbanding saudara kita di Syria yang akan lebih menghargau nikmat tersebut.

kita yang setiap hari mendapat makanan terhidang akan merungut dengan lauk yang kurang sedap berbanding mereka yang kais pagi makan pagi yang akan makan apa jua makanan yang terhidang.

seorang yang sedang menganggur di rumah dan tidak memanfaatkan masa cutinya di rumah kerana alasannya dia masih banyak lagi masa untuk berehat.

kerana apa? kerana dia di dalam zon penuh kenikmatan hingga terlupa nikmat tersebut

Dengan kata lain, dia di zon selesa.

maka bilamana kita sudah di dalam zon selesa mana mungkin kita akan lakukan perkara yang boleh mengeluarkan kita dari zon tersebut.

dan kebetulan pula di dunia ini untuk kita mengecapi kejayaan atau sesuatu yang bermanfaat kebanyakannya lahir dari pengorbanan yang mana memaksa kita keluar dari zon selesa tersebut.

susah dijumpai mereka yang benar-benar memperolehi kebaikan dalam hidupnya, dalam keadaan dia duduk dalam zon selesa.

oleh itu cubalah kita isi masa kosong kita seperti cuti sekolah, cuti belajar atau cuti selepas gred dengan melakukan sesuatu perkara di luar zon selesa kita.

Antara yang kita boleh buat adalah memaksa diri membaca buku yang susah dan tebal. selepas itu baru kita akan menghargai buku-buku lain termasuk buku-buku yang kita rasa susah untuk membaca sebelum ini.

Andaikata kita rasa cuti kita sangat bosan maka pergilah ke kampung dan kita akan menghargai nikmat yang ada di rumah dan tiada di kampung seperti buku, komputer, ibu ayah dan adik beradik serta rumah kita.

andaikata kita tinggal bersama keluarga yang serba cukup maka pergilah ziarah orang-orang miskin dan kutiplah sumbangan untuk membantu mereka.

dengan syarat perlukan sedikit pengorbanan dari kita..

ya, pengorbanan...

cukup sekadar ini. semoga pembaca dapat memahami apa yang cuba saya sampaikan.


https://www.youtube.com/watch?v=hWbbGU8iPuQ





No comments:

Post a Comment