Thursday, June 11, 2015

Manusia boleh berubah

hidayah Allah itu datang pada bila-bila masa sahaja...

kadang-kadang tidak disangka bila.

Subhanallah..

satu perkara penting yang ingin aku kongsikan pada post kali ini adalahg berkaitan perubahan individu.

kadang-kadang kita pelik mengapa seorang yang asalnya baik namun setelah kita jumpanya beberapa bulan selepas itu dia menjadi orang yang lain. perwatakannya semakin lari dari apa yang dia pernah cuba sampaiukan sebelum ini.

walaupun begitu, masih lagi ada golongan yang tetap 'maintain' bahkan lebih baik dari sebelumnya.

Apakah yang sudah berlaku kepada situasi pertama tadi? Mengapa berubah.

sebelum itu, suka saya ceritakan maksud berubah yang ingin saya sampaikan.

bukanlah perubahan itu ketara sangat. dia masih berkopiah, masih turun surau, masih boleh cakap dan berdakwah namun yang bezanya adalah roh nya sahaja.

susah untuk kita menentukan samada jiwanya masih ada iman atau tidak kerana itu urusan Tuhan, namun empunya badan pasti akan perasan dirinya sendiri.

Tatkala berfikir sejenak sudah pasti akan dia sedar akan perubahan dalam dirinya itu.

mungkin dulu tahajud menjadi rutin, kini tidak.

mungkin dulu hobi membaca mengenai kisah-kisah ulama serta sahabat kini tidak.

mungkin dulu dia dan Quran bagaikan isi dan kuku susah dipisahkan namun sekarang semakin jauh.

mungkin dulu dia menjaga pandangannya serta hati namun kini tidak....

banyak lagi perubahan dalaman yang hanya empunya badan tahu...

namun persoalannya adalah,...

apakah faktor perubahan ini berlaku?

mungkin dengan mengetahui puncanya, maka kita akan dapat mencari penyelesaiannya?
tidak mustahil...

1. Ego
semakin dewasa aku boleh buat apa sahaja aku mahu. aku sudah lebih 18xx. aku sudah berhak dan bebas dengan dunia yang aku sukai.

aku juga sudah pergi berpuluh bahkan ratusan usrah. buku-buku haraki sudah banyak ku baca. aku sudah tepu dengan itu semua.

aku sudah ramai kenalan di sekelilingku yang boleh ingatkan aku.

aku sudah masuk gerakan islam, so what???

ingatlah sesungguhnya kita perlu faham bahawa setelah masuk gerakan islam maka lebih besar amanah dan tanggungjawab kita. tiada istilah selamat dan jaminan syurga andai kita sudah masuk gerakan islam.

kita tetap insan yang sama lemahnya yang hanya dibezakan dengan dokongan dan amanah gerakan islam tersebut.

andai kita bersama gerakan islam namun kita tidak cuba fahami islam maka kita akan menjadi lebih teruk dari mereka yang tidak menyertai gerakan islam atau jemaah.

tidak ada kemuliaan melainkan terletaknya ia pada mereka yang beriman kepada Allah.



2. Takabbur

kadang-kadang kita perlukan sifat tawaduk dalam diri kita. walaupun sewaktu di kampus kita pernah diangkat namun jangan disangka kita ini insan hebat.

teringat kata-kata seorang sahabatku.

"kita mulia sebab Allah tutup aib kita..."

kita rasakan diri hebat dan tidak perlu lagi kepada pembacaan serta bimbingan.

kita seolah sudah tahu segalanya hingga rasakan cukup sudah segala zaman penat mencari ilmu itu dan kini masa untuk rehatkan diri.

beza kita dengan mereka yang hebat adalah mereka itu seperti resmi padi, makin tinggi makin tunduk. makin mereka tahu makin mereka cari...

Allah. Astaghfirullah al Adzeem.

ada lagi beberapa perkara mazmumah yang menyebabkan seseorang anak Adam itu tewas dan tidak mampu istiqomah dalam perjalanan ini, namun cukuplah setakat ini untuk post kali ini.

akhir kalam marilah sama-sama kita muhasabah serta menyusun semula rentak kita seolah kita murid yang baru belajar.

anggaplah kita ini hanya bayi yang baru sahaja belajar merangkak dan begitu banyak lagi ilmu serta pengalaman yang belum kita terokai dan dalami dalam kehidupan ini.

belajarlah dari pengalaman. lupakan kesilapan silam dan yakinlah akan keupayaan diri kita masing-masing untuk insyaAllah kuat dalam melaksanakan perubahan dalam diri kita.

insyaAllah.

"

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang mengubah nasib mereka " Quran

No comments:

Post a Comment