Saturday, May 30, 2009

Di UM

Alhamdulillah lega rasanya selepas tamat minggu haluansiswa,atau nama lain bagi minggu orientasi bagi 1400 pelajar baru asasi Universiti Malaya.Sepanjang minggu haluansiswa yang bermula sejak isnin hingga jumaat malam, kami seolah olah bukan di universiti.Seawal jam 6.15 pagi kami dimaklumkan agar berkumpul di gelanggang untuk senaman pagi(subuh masuk 5.45 jadi agak terburu-buru).Jadual kami dikawal dan sepanjang minggu itu telefon bimbit tidak boleh digunakan.Kami juga berpeluang melawat dewan kuliah,di mana kami akan mula belajar hari isnin ini.Walaupun ini program asasi namun kelasnya tidaklah padat sangat.Hari isnin nanti kelas jam 11 hingga 4 bagi pelajar sains hayat .Tutorial bermula minggu kedua. Bagi minggu haluansiswa kami mendapat makanan percuma. Hari ini kami perlu membeli makanan sendiri .Alhamdulillah harganya murah berbanding di luar,namun perancangan berbelanja itu mesti ada agar perbelanjaan terkawal.Walaupun saya mendapat tajaan jpa namun duit alaun masuk 2 bulan lagi, begitu jugak dengan pelajar yang mendapat bantuan asasi.
Baru hari ini kami pelajar baru asasi bebas bergerak dan ada yang pulang bagi yang dekat ,ada yang keluar ke shopping kompleks berdekatan, ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk menggantikan semula masa tidur mereka yang ' dikorbankan ' sepanjang minggu haluansiswa.Hari ini saya bersama dua orang teman pergi ke perpustakaan lebih kurang 8 minit perjalanan,dan alhamdulillah terdapat perkhidmatan internet di sana.Kami berasa ' excited ' dan ternanti-nanti bagaimana agaknya suasana kuliah kami yang pertama isnin nanti.........

No comments:

Post a Comment