Thursday, December 9, 2010

Manfaatkanlah cutimu

"Percutian yang bermakna tidak harus terlalu bergantung kepada di mana kita bercuti dan apa yang ada di situ. Utamakan dengan siapa anda bercuti dan apa yang anda lakukan bersama mereka."

Kata kata ini dipetik dari blog Saifulislam.com pendakwah yang telah Allah s.w.t berikan keupayaan untuk terus menerus menghasilkan artikal yang bermanfaat .

Inginku gubah sedikit ayatnya. Cubalah hayati;

"Percutian yang bermakna tidak harus terlalu bergantung kepada berapa lama kita bercuti. Utamakan dengan siapa anda bercuti dan apa yang anda lakukan bersama mereka."

Sungguh boleh dibilang berapa hari yang akan kucuti dalam tahun tahun akan datang. Hanyalah masa yang kualiti sahaja mampu mengubatinya. Insyaalllah...

Wednesday, December 8, 2010

Mahu jadi Superhero

"Tetapi saya ini ada kecenderungan menjadi luar dari biasa"

Inilah sekali lagi kata-kata Akh Hilal Asyraf dalam mengekspresikan dirinya.
terdiam sebentar. Betapa cantik ayat ini diutarakan terutama oleh seorang yang benar benar mempraktikkannya. sungguh luar biasa bukan.

tidak hairan lagi mengapa artikelnya sering mengenai perkara yang penting dalam kehidupan malah mengejutkan aku betapa kata kata dalam artikalnya ini hasil coretan kefahamannya, seorang anak muda berumur 21 tahun. Semoga Allah memberinya kekuatan untuk terus memperuntukkan dirinya dalam menyebarkan dan menyampailkan ayat ayat cinta Allah di kalangan masyarakat.

Sungguh tidak rugi bagi kita untuk cuba menjadi sepertinya. Tidak mustahil bukan .

Adakah kecenderungan menjadi luar biasa wujud dalam diri kita.

Luar biasa ini bukanlah bermana kelebihan menukar diri secara terus kepada superhero seperti dalam watak spiderman atau batman. Malah transformasinya lebih hebat dari itu. Tidak perlu tukar pakaian seperti hero tadi tapi yang penting untuk ditukar di sini ialah hati dan akhlak.

Sucikanlah hati, indahkanlah akhlak peribadi dengan mengingat padaNya, selalu membaca Quran menghayati mesej yang dibawa, hafal beberapa hadis agar menjadi benteng dalam suasana cemas. Ini hanyalah sedikit transformasi agar dapat jadi seorang "superhero" yang kemudiannya memainkan peranan dalam masyarakat.

Malah peranan yang dimainkan oleh " superhero" ini lebih besar dari superman dan batman yang sekadar menyelamatkan manusia di dunia . Ini kerana secara tidak langsung menyelamatkan masyarakat dari balasan akhirat kelak sekaligus menyelamatkannya dari menjadi mangsa dunia.

bukankah indah begitu.

Hero kita ini juga tidaklah terkenal malah tidak ramai yang mengenalinya. Namun siapa yang tidak kenal orang orang yang telah diselamatkannya kini menjadi manusia luarbiasa pula sepertinya. Masyarakat lain melihat masyarakatnya seolah berubah kepada kehidupan yang harmoni saling mempercayai satu sama lain. Namun hero tadi tetap tidak dikenalinya siapakah dia kerana matlamatnya bukanlah menjadi terkenal.

Cukup, cukup sekadar melihat tanggungjawabnya yang akan disoal di akhirat kelak bisa dijawabnya dengan senyuman di hadapan Si Pencipta Agung sebagaimana dalam surah Al A'raf ayat 164 .

Bukan sekadar itu, kini tanggungjawabnya berjalan dan tidak akan berhenti selagi mana denyutnya masih berjalan .

Indah bukan , menjadi insan luarbiasa yang menjadikan hidupnya sebagai jalan dan bukannya matlamat.

Semoga kita juga dapat menjadi insan luarbiasa yang tidak jemu membaiki dan mengislahkan diri agar kelak dipilih Allah bersama golongan yang memasuki syurgaNya. Moga, moga Insyaallah...

Tarbiyah yang menggubah diriku

“Tarbiyah ini melahirkan pemimpin. Bukan pengikut.”

Ini kupetik dari kata-kata Hilal Asyraf, penulis muda yang kusanjung yang telah mendengarnya dari seorang gurunya Rosdi Baharom.

Seharusnya bagi yang sering mengikuti usrah dan tarbiah sedar akan kelebihan ini. Mereka menjadi pemimpin yang sedar tanggungjawab yang harus mereka main tatkala dalam keluarga dan masyarakat.

Prinsip mereka teguh. redha Allah tetap menjadi keutamaan setiap tindakan. sunnah pula menjadi ikutan dalam segenap urusan.

Ibu bapa menjadi yang seterusnya untuk ditumpahkan ketaatan dan kasih sayang.

Tidak ketinggalan ukhwahfillah juga terhadap sesama rakan seperjuangan.

di mana dia pergi seorang itu harus sebagai seorang tentera yang sedia menghadapi apa jua serangan. Bahasa mudahnya dia seorang yang istimewa di kalangan masyarakat .

jikalau dahulunya sering dia meluangkan masa dengan bual kosong, kini setiap bualannya cuba tidak larinya dia dari mengingat pada sang pencipta.

Jikalau dahulunya sering buat tak endah dalam memboikot barangan produk Israel, kini hinggakan sekecil barang yang dibelinya akan dipastikan bukan produk israel.

jikalau dahulunya pergaulannya dengan bukan muhrim seolah adik beradik dan segalanya diluahkan , namun kini akhlak islami menjadi batasnnya agar hanya mengenai perkara yang perlu sahaja.

jikalau dahulunya mengumpat guru itu dan pakcik ini, kini menjadi keutamaan baginya untuk berkata yang baik sahaja jika tidak berdiamlah lebih baik baginya.

Begitulah sedikit dari banyak lagi kebaikan seorang yang telah mengikut tarbiah. Allah dan Rasul sentiasa bersamanya di mana sahaja. Hinggakan orang di sekelilingnya tidak mengendahkan agama dia terus kuat memegang prinsipnya, bak kata orang seperti ikan yang tetap tidak menjadi masin dalam laut yang masin, malah digunakannya setiap medan agar dapat berdakwah kepada masyarakat sekelilingnya.

indahkan begitu?

sebab itulah dia seharusnya menjadi pemimpin bukannya pengikut.

Tidak layak baginya membiarkan fahaman dan ajaran yang bukan atas landasan mendekatiNya menguasai hidupnya. Tidak sesekali akan dia berduduk diam dalam suasana maksiat,dalam suasana melupakan pertemuan denganNya, suasana yang meletakkan islam di bawah berbanding prinsip lain.

tidak, tidak sekadar melihat dan bergoyang kaki bukan perangainya.

Bangkitnya dia menjadi pemimpin pertama sekali terhadap dirinya. disediakan jadual khusus untuk memonitor hubungan ruhinya terhadap Penciptanya setiap minggu. Dipastikan dirinya sentiasa berdamping dengan buku yang mampu meningkatkan kefahamannya berhubung agama yang dipegang ini.

sedikit demi sedikit insyallah tidak mustahil orang sekelilingnya pula akan melihat kelebihan ini seterusnya mendorong mereka pula untuk dekat kepada Pencipta.

Analisa semula diri kita, sejauh mana usrah dan tarbiah yang kita ikut selama ini membawa kita kepada kehidupan yang Allah redha.sama-samalah kita analisa...

Thursday, August 5, 2010

Knowing your bones

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:Qs4_9u5w_CNuaM

This is among the topics i learn under Anatomy, which is about muscles. We have 5 different shapes of muscles in our body.

We also have 3 kinds of muscles. First one is skeletal muscle. These are responsible for the movement of most of your action that you controlled. When you walked, eat,and talk you use these muscle.

Then we have smooth muscles that are located in your blood vessels, lining your eosophagus, lining uterus of women and many more. These muscles are controlled not by your means but by your body itselves or called involuntary action.

Lastly is cardiac muscle where it is located in the heart . It's also involuntary and it assist in pumping of blood to whole bodies though the artery canals.

Besides that i also learn about drugs and the body's reaction towards them.This is under the subject of Pharmacology. The amount of drugs needed , time taken for half of the drugs to be in the body and how to make them function as long as possible in the body were amon that we learn.

The body can receives drugs in many form and the best method is by intravenous i.e by injection right through your blood vessel.

By eating pills the drug availability may not be high, so it's less efficient.



http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ZskOmF2BOGoMuM::&t=1&usg=__s_JMA5iZs8aXYw7-50S3BlBIR-s=

Prejudiskah aku?

Sering kali seseorang itu merasai prejudis dalam hidupnya. Tidak kisah di mana , dengan siapa, bila , segalanya kadangkala terselit perasaan itu. Melihat seseorang yang ber'couple' menyebabkan seorang ikhwah ini mula bersangka buruk. Melihat Si Abu sering keseorangan menyebabkan Minah mengganggap si Abu seorang yang membosankan.Melihat Si Taupek duduk di tempat paling hadapan dalam bilik kuliah menyebabkan Si Siraj mengganggapnya sedang menunjuk-nunjuk.

Kadangkala prejudis boleh juga berlaku oleh seseorang terhadap dirinya sendiri. Misalnya Si Mahmud yang setiap harinya pulang dari tempat kerja sering dalam keadaan marah dan tidak ceria. Hinggakan hari-hari biasanya yang tidak timbul masalah pun , Mahmud tetap dalam bad mood nya itu. Mahmud mungkin berfikir yang sifatnya yang selalu marah itu tidak boleh diubah. Hari-hari mesti macam itu. Kalau seharinya ditunjuknya muka yang ceria sewaktu balik pasti isterinya salah anggap, sedangkan tiada siapa pun yang berfikiran begitu.
Hanya Mahmud sahaja yang prejudis terhadap dirinya sendiri.

Seringkala seseorang itu tidak dapat tidak mesti berhadapan dengan satu keadaan di mana dia akan prejudis samada pada dirinya sendiri atau orang lain. Kadang kala prejudis mempengaruhi sebahagian besar hidup seseorang. Di mana sepanjang 30 tahun hidupnya dia sentiasa menganggap dirinya tetap tidak akan berubah menjadi lebih baik, maka hidupnya juga tidak pernah bertambah baik.

Prejudis juga memengaruhi tindakan seseorang. Boleh jadi prejudis terhadap keupayaan dirinya sendiri menyebabkan seseorang itu tidak sempat berfikir jauh. Pemikirannya sudah tepu dengan prejudis.Boleh jadi apa yang dibuatnya selama ini yang tidak baik itu dianggapnya tidak apa kerana tidak diberi peluang oleh dia terhadap dirinya sendiri untuk berfikir secara rasional dan adil.

Bukankah setiap dari kita ini diciptakan Allah dalam keadaan bebas berfikir, bertindak dan berkata-kata.Terpulanglah pada kita ingin berfikir prejudis atau sebaliknya.
Bukankah hak kita untuk menentukan tanggapan kita terhadap sesuatu perkara..
Jangan dibiarkan prejudis itu menguasai pola pemikiran kita...
Banyakkanlah memuhasabahkan diri ini mengapa mengambil sesuatu keputusan itu dan mengapa juga bertindak sedemikian.

Mengapa kadang kala sangat susah untuk kita berubah menjadi hamba Allah yang beriman...
Mungkin kerana pemikiran yang sangat prejudis terhadap keupayaan diri ini yang sering menyekatnya...
Mengapa sangat susah untuk kita menyebut subhanallah setiap kali melihat alam ini dan memikirkan kebesaranNya....
Mengapa sangatjarang mengadu pada Allah tatkala sesuatu masalah timbul...
Mengapakah pelajar perubatan yang mengkaji sistem tubuh badan manusia yang rumit ini tidak pernah terfikir akan kehebatan Sang Penciptanya....
Mengapa?
Mengapa, dan mengapa ...?

Tidak lain tidak bukan adalah sikap prejudis dalam diri yang menebal dengan segala prejudis hinggakan pemikiran yang cerah dan pandangan yang adil sudah semakin jauh dalam diri.....

Marilah kita sama-sama banyak muhasabah kembali segala gerak laku kita agar pemikiran yang jernih dan iman yang mantap di hati yang mengambil alih tanggapan kita terhadap sesuatu perkara....

Wednesday, July 21, 2010

Bolehkah aku ?

Alhamdulillah, bagai tidak percaya , aku akhirnya dapat menuju selangkah ke arah cita-citaku. Aku ingin benar jadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Mendapat sesuatu yang diinginkan bukan mudah, ada yang sanggup mengorbankan segala wang yang ada demi yang diingininya.Malah tidak kurang juga yang sanggup menggadai jiwanya.

Sekarang ini ujian dan tanggungjawab terpikul di bahu menanti pengorbanan yang tiada kesudahannya. Hidup di kala dulu yang sering kali bermain main manja , sekarang perlu perubahan. Setiap saat kini menjadi penting dan rutin harian harus diubah. Benar, ini mungkin belum datang lagi saat yang lagi sibuk itu namun segalanya akan bertambah sibuk jika diri tidak disibukkan sekarang.

Ada kalanya seperti tidak percaya tatkala aku yang baru berumur 19 tahun harus memikul tugasan ini. Yang sentiasanya kurang serius dan masih mengganggap diri di alam remaja. Namun beberapa tahun lagi bakal menaruh harapan masyarakat untuk merawat dan mengambil amanah terhadap yang sakit. Pada waktu itu bukan lagi mainan, tatkala yang didatanginya itu seorang yang benar benar mengharap akan jasa kita.

Buat apa perlu risau bukankah detik itu lama lagi....

Yang boleh kusimpulkan hanya satu. Manusia tidak bisa berubah terus , malah proses perubahan itu berlaku sedikit demi sedikit tatkala didedahkan dengan pengalaman dan ujian. Pengalaman yang berterusanlah yang akan membantu diri ini agar lebih bersedia , lebih cekal.

Kadangkala kurasa berat....Pelbagai persoalan yang timbul ....bolehkah aku?...

Wednesday, June 23, 2010

' Asyik buat benda ni je '

'Asyik makan makanan yang sama ja, bosannya aku'

' Apasal rutin hidup kita ni tak lain dari robot je , aku tengok '

Berikut merupakan kata-kata yang biasa saja didengar dari pelajar sekolah berasrama, di universiti dan tidak terkecuali di rumah.

Dalam hidup ini seringkali ada perkara yang kita rasa jemu lakukan. Semasa menuntut di sekolah berasrama penuh dulu aku lalui rutin hidup yang sama hampir setiap hari. Setelah itu aku turut merasainya sewaktu belajar di PASUM. Rasa jemu ini menjadikan aku insan yang kurang bersemangat . Kelesuan ini seyerusnya mempengaruhi macam-macam perkara. Antaranya pemikiran yang tidak cergas, dan seolah-olah memberitahu diri bahawa dunia ini akan selamanya begini. Akhirnya aku jarang fikirkan perkarayang lebih luas dan berfikir mengenai masa depan jauh sekali. Masalah kecil aku anggap besar kerana aku kurang tahu masalah yang lebih besar di luar sana. Oleh itu hidup yang pada awalnya sudah ada tujuan semakin pudar , tatkala pessimistik menguasai diri.

Sekarang sudah hampir tamat cuti dan beberapa hari lagi aku akan memasuki semula universiti. Aku pun mula berfikir bagaimana seseorang itu menjalani hidupnya dengan begitu bersemangat walaupun dilaluinya benda yang sama setiap hari. Bagaimana seseorang itu tidak putus asa dan jemu dalam rutin hariannya dalam melakukan tugas yang sama. Sungguh ku ingin tahu rahsia mereka.

Akhirnya aku membuat satu kesimpulan, kekuatan yang ada pada mereka adalah berpunca dari jelasnya matlamat hidup mereka. Buat apa harus disiapkan semua tutorial itu? Buat apa perlu susah-susah menyemak semula nota ? semua itu dijawab Kerana ingin mendapatkan 4 flat agar bisa mencapai cita-cita , atau ingin menyambung pelajaran dalam bidang medik, atau apa-apa saja matlamat yang begitu jelas dan hidup dalam diri mereka ini.

Sebenarnya berdasarkan pengalaman aku, biasanya orang yang sentiasa ingat pada matlamatnya tidak akan timbul rasa jemu . Seorang ibu yang kerjanya setiap hari menyapu sampah di sekolah akan hilang rasa jemunya tatkala memikirkan tentang pendapatannya di hujung bulan yang boleh digunkannya untuk menyara hidup keluarganya.
Sama halnya seorang yang kerjanya mengajar sebagai guru setiap hari akan merasa jemu apabila anak muridnya sering tidak fokus sewaktu mengajar, namun apabila memikirkan apa yang boleh dijawab dihadapan Allah kelak adalah dia sudah lakukan yang terbaik.

Tidak kiralah apa yang kita lakukan sama-samalah kita pastikan matlamat itu sentiasa menguasai diri kita.


Wallahualam

Monday, May 24, 2010

Masa yang pantas berlalu

Tidakku sedar sudah sebulan 10 hari ku bercuti......ku masih teringat sebulan yang lepas ku begitu sibuk membaca nota, menanti-nanti kedatangan cuti yang panjang ini ..maklumlah setelah hampir setahun berada di PASUM.....namun cuti itu mungkin tidak yang kusangka....sekarang kufahami betapa masa yang terlalu lapang dek cuti ini tidaklah baik malah bisa menjadikan kita insan yang berat melaksanakan tanggungjawab dan seringkali timbul rasa malas.....segala impian yang telahpun dirancang sebulan yang lepas tidak dihiraukan......seperti keadaan yang ' relax ' di kala cuti ini membawaku jauh ke dunia alpa dan leka....tidaklah ingin aku memperkatakan satu per satu 'leka' yang kumaksudkan itu ,namun kalian pasti sedar akan hakikat ini bilamana dalam keadaan lapang dan senang......Jadi ku sebagai seorang hamba tidak layak berbuat begitu.....lagi-lagi ku ingin sambung dalam bidang medik bulan Julai kelak......kuharus melakukan penelitian semula terhadap diriku ini...MUJAHADAH...ini sangat penting ....aku baru buat jadual hidupku yang hanya tinggal 39 hari cuti ini....jadual ini ku harap dapat berjalan lancar.....hanya kepada Allah sahaja ku mohon kekuatan agar dapat ku padatkan masa cuti yang berbaki ini dengan perkara ilmiah....ingin ku tutup kata-kataku ini dengan Sebuah hadis Rasulullah s.a.w., antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati

Thursday, April 22, 2010

Disebabkan " game"

Baru-baru ini kuterbaca di laman web surat khabar STAR berkaita ketagihan permainan komputer dan internet yang berlaku di Korea. Ada yang ber'online' hingga sampai memonteng kelas, bermasam muka dengan keluarga dan tidak makan kerana terlalu asyik menjadi hero dalam sebuah dunia fantasi atau menjadi pasukan terhebat dalam Piala Dunia. Sehinggakan 3 daripada 10 orang dewasa dan 26 % remaja di negara itu merupakan pemain ' game' tegar. $9 juta telah dibelanjakan untuk membasmi masalah ini. Sungguh apa yang kita dapat ambil ibrah di sini adalah betapa kuatnya pengaruh permainan itu sehingga boleh membawa seseorang itu jauh ke dunianya tersendiri meninggalkan realiti sebenar kehidupan. Pada masa yang sama merugikan banyak pihak termasuklah negara itu sendiri.

Dalam islam bermain game itu ppelbagai jenis hukum yang diberi daripada ulama yang berbeza, namun di kalangan yang menyatakan game itu harus adalah Yusuf al-Qaradawi. Beliau mengambil contoh catur sebagai game kerana pada zaman Nabi dan sahabat PS2, x BOX , dan PC belum ada. Selagi tiada dalil yang mengharamkan sesuatu yang bukan dalam lingkungan ibadah maka hukumnya menjadi mubah(harus)* . Lagi-lagi catur mampu melatih pemain itu bersikap kritis dan kreatif dan bijak mengatur strategi. Namun ada beberapa syarat yang diletakkan al- Qaradawi . Pertama

1-Tidak menangguhkan waktu solat dan kewajiban lain disebabkan keasyikan
permainan itu.

2-Tidak disertai dengan judi dan pertaruhan.

3-Hendaknya pemain dapat menjaga lisannya dari perkataan kotor seperti maki
hamun kerana tewas dan sebagainya.
(Al-Halalwal Haram Fil Islam, hlm 273, cet Al-Maktab Al-Islami)

suduh cukup syarat ini untuk seseorang itu tidak terjatuh dalam kategori ketagih, di mana segala adab permainan dijaga. Yang penting apa sahaja yang kita buat telah ada panduannya oleh Yang Maha Pencipta.Tidak kira apa saja yang kita lakukan di diketahuinya dan dibawah takdirnya..

Tuesday, February 9, 2010

Benarkah anda seorang Muslim?

Hari ini hari Rabu. Tidakku tahu sudah berapa Rabu yang berlalu dan kulaui ataupun sudah berapa lama aku dilena mimpi kelemahan. Aku seorang Muslim , namun ku rasa cukup selesa . Aku seolah katak yang bergembira mendapat air sedangkan itu adalah air yang menggelegak yang bakal menghancurnya. Di suatu zaman dahulu , dimana umat Islam masih memegang kuat sunnah dan benci meninggalkannya, namun situasinya berbeza sekarang. di sekelilingku Muslim Melayu tidak kisah berdamping bersama bukan muhrim , malah buat lebih dari itu. Kesenangan yang dimiliki tidak langsung dibalas dengan kesyukuran malah ditambah dengan amalan hina korupsi dan berjudi. Aurut dijadikan bahan sampingan dimana fesyen menjadi keutamaan. Di maanakah kita umat Islam? Di mana kemuliaan kita? Kita mulia kerana keikhlasan kita dalam menegakkan syiar Allah. Kita kuat tatkala kemarahan itu disirami dengan kesabaran...Hayatilah , dan sama-samalah kita merenung di sebalik diri kita sejauh mana peranan kita dalam mengembalikan identitas Islam dalam diri kita dan orang-orang di sekeliling........

Friday, January 1, 2010

Dua hari lepas aku menyahut ajakan sahabatku untuk mengedar beberapa risalah kepada pengunjung sambutan tahun baru di KLCC. setibanya di sana kami terus menuju ke Masjid KLCC, dimana terdapat juga sambutan yang lain .Namun yang ini bezanya syariat ditegakkan dan kemungkaran ditegah. Perempuan yang tidak sempurna penutupan auratnya merasa janggal ke sana. Suasana di sana cukup membuat diriku tenang dan entah dari mana rasanya rasa seolah semua yang disitu kenalanku........

Kami diberi seberapa risalah berkaitan bahayanya zina yang sepatutnya kami edarkan pada anak-anak muda sana. Mula-mulanya terasa aneh dan janggal untuk menyantun para pemuda pemudi disini kerana melihatkan mereka masing-masing berpasangan.....tentu mereka sudah tahu,betapa dalam kitab mulia Quran Allah menyebut " Janganlah kamu menghampiri zina...."(18:32)........... Tidakkah kita berfikir kembali mengapa Allah tidak berfirman "jangan melakukan zina" , sebaliknya jangan "mendekati" zina. Bukankah pendekatan berbentuk prevention itu lebih penting .....dalam kalam suci ini juga Allah mengarahkan supaya orang-orang beriman untuk menundukkan pandangan. Maknanya di sini jika kita teliti semula dan mencuba langkah-langkah "prevention " ini sudah tentu selamat.

Berbalik semula kepada topik tadi. Memanglah tugas kami hanya menyebarkan risalah namun ia bukanlah sesuatu yang mudah. Menggangu pasangan yang belum sah ini tatkala mereka sedang " khusyu " adalah agak mencabar, inikan pula untuk memberikan mereka risalah yang menentang perlakuan mereka itu. Andaikata disoal apakah ibubapamu sudah memberi kebenaran untuk melakukan semua ini pasti mereka akan tunduk malu...

Seperti yang dijangka kebanyakan yang datang dari orang melayu. Bukan kami sahaja yang mengedar risalah , akhawat juga tidak ketingggalan malah mereka lebih hebat . Selain menyantuni kanak-kana mereka turut berjumpa dengan orang-orang lelaki....

Detik yang dinantikan sudah tidak lama lagi.....akhirnya tibalah masanya, 2009 meninggalkan kami dengan bermacam-macam pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat dilupakan. Langit yang sebelumnya gelap diterangi berpuluh-puluh bunga api yang menjadikan langit malam itu berwarna-warni..............

Sungguh tatkala bunyi meletus itu bingit di telingaku,suara manusia berteriakan melihat keindahan bunga api, melupakan kami tentang segala masalah yang dihadapi Seolah-olah semua gugusan demi gugusan bunga api itu takkan berakhir dan membawa kami jauh dari dunia ...betapa indahnya.

Malam itu kami beriktikaf di Masjid KLCC ......