Alhamdulillah hari ini saya telah mengikuti diskussi ilmiah anjuran EMI(Exco Modal Insan)yang bertempat di Selayang. Ahli jemputan adalah Ustaz Pahrol Muhammad Juoi yang juga merupakan pengarah editor majalah Solusi. Seawal jam 9 program bermula.Diselangi beberapa tayangan pihak penganjur dan juga Ustaz Pahrol sendiri. Ustaz telah menyentuh dengan penuh lanjut mengenai mukmin profesional, apa ertinya dan bagaimana kita boleh mengaplikasikan dalam kehidupan harian.
Nadanya yang bersahaja dan sesekali naik ketika membicarakan isu tarbiah dan perjuangan menyebabkan kami tidak sedikitpun terfikir untuk melelapkan mata.
Ditojolkan bagamana Rasulullah saw sebagai role model telah menjadi ikon kepada kejujuran.
Bagaimana peniaga zaman kini telah menggelarkan perniagaan Nabi yakni yang dilaksanakan dengan kejujuran banyak mendatangkan kerugian akibat ditipu. Namun Rasulullah pada masa yang sama juga seorang yang bijaksana.Inilah sebabnya Baginda tidak pernah ditipu walaupun dalam kejujuran.
Sesi diskussi akhirnya mendekati penghujungnya dimana peserta yang ingin bertanya diberi kesempatan. Yang menariknya adalah satu perkongsian seorang peserta muslimat bernama Kak Izzah yang merupakan pelajar penerima Anugerah Diraja pada tahun lepas
(year5) , kini sebagai HO(Houseman ship) di hospital Klang. Betapa sibuknya dan tidak seronoknya perasaannya tatkala menjalankan kehidupan sebagai MO. Nadanya yang memang menggambarkan seseorang yang telah letih benar cukup membuatkan kami persoalkan diri kami, adakah kami bersedia untuk mengharungi kehidupan seperti itu kelak.
Respondan peserta seterusnya juga berbentuk perkongsian. Muslimah ini pelajar tahun 5 (terakhir) fakulti perubatan UiTM . Dikongsinya betapa nikmatnya menjadi seorang yang memberi dalam Islam yakni pendakwah. Bagaimana nikmatnya dijadikan sebagai seorang Muslim yang faham peranannya . Adakalanya dia melihat kawannya yang sanggup meninggalkan solat semata-mata ingin meneruskan kerja. Begitu lemah sekali imannya!.
Turut diceritakannya bagaimana seorang pesakit cina bukan islam menulis di dalam bukunya gunakan tulisan Jawi. Dan apabila ditanya kepadanya pendapat berhubung wanita muslimah dikatakannya dia sering memalingkan pandangan kerana takut pada zina mata. Masyaallah, begitu sekali hebatnya dan benar-benar membuatkan kami muslimin dan muslimat terasa malu apabila ingin dibandingkan dengan diri masing-masing. Tangisan dan sedu kakak ini sewaktu menggambarkan nikmatnya menjadi seorang Muslim benar-benar menyentuh hati kami.
Kemudian majlis ditutup dengan kesimpulan oleh Ustaz sendiri. Pertama dipesannya agar jangan sesekali tinggal solat dan solat itu bukan sekadar hardware malah juga software(khusyu).Kemudian ditekankan betapa pentingnya membanyakkan membaca. Juga diberi peringatan berkaitan gejala ber'couple' yang sudah menjadi budaya sedangkan perkara itu dilarang Allah.
Kami kemudian dijemput menjamu selera di cafe.
Sempat kubertemu abang Yusuf yang berkongsi bagaimana sewaktu tahun pertamanya telah menjalankan aktiviti dikenali Taklim. Aktiviti seminggu sekali ini melibatkan seluruh pelajar lelaki tahun 1 untuk berkumpul di salah satu bilik mereka.
Aktiviti inilah memberi kesempatan untuk masing-masing meluahkan masalah berkaitan pembelajaran dan sebagainya.Turut menjadi rutin setiap perjumpaan diisi sedikit tazkirah oleh sama ada ahli yang bertugas atau sesiapa saja. Diakhiri majlis itu pula dengan sedikit jamuan. Sungguh ternyata itu mampu mendekatkan hubungan dikalangan mereka. Namun budaya itu mula terhenti sewaktu tahun lepas dan kini menjadi tanggungjawab kami bersama menhghidupkannya semula.
wallahualam.
No comments:
Post a Comment