Friday, February 25, 2011

bengkel penulisan Fatimah Syarha

Alhamdulillah sungguh apa yang dapat menghilangkan rasa bimbang, gusar sedih adalah apabila hati itu dalam mengingati Allah.

"....Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimmanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus."

al hujurat ayat 7

apakah yang lebih indah di dunia ini selain dipertemukan dengan orang beriman yang benar-benar menjadikan dunia ini sebagai persinggahan dan akhirat itu destinasinya.

sebentar tadi aku mendengar Ustazah Fatimah Syarha memberi tips bagaimana menjadi penulis yang baik melalui bengkel penulisannya. Beliau menekankan peri pentingnya menetapkan tujuan sebelum menulis.

Tujuan untuk kita sebagai hamba Allah adalah apa yang disuruh Allah kita lakukan dan segala yang dilarangnya kita tinggalkan. apa sahaja yang kita buat di muka bumi ini adalah dalam rangka mengharap ia sebagai ibadah yang diterima Allah.

Bagaimana penulisan juga begitulah.

Kita jadikan allah matlamat, tulisan itu mengharapkan pembaca mampu membetulkan akhlak, ibadah dan akidah mereka.

Kita menulis untuk sama-sama menyeru ke arah Allah.

kita jadi dai'illallah bukannya dai'ilaina ( menyeru ke arah kami)

namun kadangkala minat kita turun , maka perlunya kita kepada motivasi, kemahiran dan akhlak. Motivasi bagi seorang penulis islam tatkala merasai jemu ialah Allah.

Alah sentiasa ada!
bilamana kita lemah Allah tidak pernah lemah
bilamana kita ingin putus asa Allah tak pernah putus asa


ramai juga yang menulis tanpa matlamat yang jelas.

oleh itu perlunya kepada kefahaman. Kefahaman apa yang dimaksudkan?

Kefahaman islam yang sebenar.


Ada 4 tahap dalam menhasilkan penulisan
Pertama cetusan idea. ini dapat diambil melalui pemerhatian masyarakat sekeliling, banyak membaca, ikut isu terkini di akhbar,menjadi pendengar yang setia dan banyak lagi.

Kedua , maping iaitu sediakan watak utama ,antagonis dan sampingan. Kemudian tetapkan latar yakni suasana di waktu itu secara tabur(bukannya menerangkan latar secara total di satu perenggan dan tidak menyebutnya langsung di perenggan seterusnya), plot atau jalan cerita dan penutup. Jadikan penutup itu berkesan dan memotivasikan pembaca, juga jadikannya ending yang tidak mudah dijangka.

ketiga adalah menulis

yang terakhir , edit atau menyemak mana kesilapan

Kemudian beliau berkongsi cara untuk penulisan itu dekat di hati pembaca.
beliau sukakan gaya dakwah al quran yakni melalui uswatun hasanah ( pengajaran baik) dan berbentuk cerita.

Juga pastikan matlamat kita jelas ketika menulis. Kita begins with the end in mind. Kita ingin sampaikan mesej kepada pembaca , pengajaran yang boleh diambil. Misalnya objektif kita ingin menyeru pada pengamalan islam secara kaffah(keseluruhan). Dalam penulisan kita, watak yang ditonjolkan sebagai baik itu harus menunjukkan ciri tersebut . Namun jika watak itu walaupun beribadah namun masih tidak meninggalkan tabiat merokoknya maka dia itu tidak patutlah digambarkan telah mengamalkan islam secara kaffah disebabkan dirinya yang masih merokok itu.

Kata beliau kita ini setelah menyertai bengkel ini ibarat kereta yang baru dibaiki , maka jadilah kami selepas ini seperti kereta yang baik, laju memecut .

Beliau juga banyak menekankan paranan kami sebagai pendakwah begitu penting terutama sekali sebagai seorang bakal doktor. katanya memang sangat dikehendaki untuk kami tirut menyibukkan diri dalam berdakwah.

Beliau turut menyarankan agar kami melihat sesuatu dengan pandangan dakwah. beliau turut berkongsi perihal lalang yang dilihat sesuatu yang merimaskan mata. Namun lalang itu apabila bertiup ke sana sini ibarat seorang yang tetap dengan originnya malah fleksibel. apabila dilalui kawasan berlalang akan rasa gatal persis kehadiran seseorang yang sering memberi kesan kepada orang lain di sekitarnya. Juga pabila dicantas tidak putus asa untuk tumbuh semula.

itulah sedikit sebanyak perkongsian yang kudapat selama 3 jam bersama beliau.

1 comment:

  1. "kefahaman Ilsam yang sebenar"
    that, is a strong word.. i'm still learning to get it..and we need determination to try and get it..thanks, bro. ceh..Mana aci dapat jumpa dia, nak jumpa jugak..

    ReplyDelete