Saturday, February 26, 2011

Qudwah Hasanah

Sebentar tadi kuhantar jam rosakku ke kedai jam di PKNS. Setelah kuberitaahu jamku perlu ditukar bateri makcik di situ menggeleng kepalanya sambil menunjukkan kedai jam yang lain di tingkat atas.

Aku begitu suka akan akhlaknya yakni tidak dengki malah saling membantu dalam perniagaannya.

Setibanya di kedai jam itu hatiku sedikit terharu melihat tokenya berkopiah . Jarangkali ku temui kedai jam melayu sebegini . aku meletakkan jamku di atas kaunter.

" ganti tali ? "

" Oh ya dan juga bateri "

" bateri dulu tukar jika hanya tali tapi mati apa gunanya " ketawanya.

" Kamu belajar di mana "?

" UITM shah alam " balasku.

" sebelum ni sekolah mana ? "

" sains alam shah cheras "

Matanya yang dari tadi sibuk mengenakan bateri pada jamku perlahan menoleh kearahku.

" Anak pakcik dulu situ jugak , dia SPM tahun 2007 , Abdul Wahid namanya ,ketua pengawas"

" Oh saya junior setahun dia tapi kami panggilnya Ayie, "

" sekarang di USA, dah dua tahun tak balik " bersahaja nada Pak cik itu.

" Oh dia di sekolah dulu pendiam orangnya namun pabila memberi ucapan semua terdiam "
ku berkongsi.

pakcik itu senyum sambil berkata ," oh memang dia hanya kata perkara yang perlu sahaja "

Kemudian Pak cik itu terus bercerita akan anak-anaknya yang lain yang turut berjaya seperti abang sulong mereka hingga tinggal sepasang suami isteri di rumah.Yanglain samada di asrama atau universiti.

" pakcik sudah berapa lama disini? "
" sejak tahun 1986, waktu tu masih bujang lagi dah mula " katanya selamba.

" Pakcik buat apa bila jemu? "
" Kalau orang yang kuat kerja akan ada saja kerja , tu banyak lagi jam-jam lama belum dibaiki , kadang-kadang bacalah surat khabar "


Setelah siap dibaiki jamku aku membayarnya RM 13 .
Begitu ramah orang tua ini, getus hatiku.

" Pergi ke mana selepas ni "
" surau agaknya "
" Oh jangan lupa letakkan barangmu di paling hadapan , sekarang ini macam-macam boleh berlaku "
" Terima kasih pakcik "

Ku beredar menuju ke surau. tidak kusangka Pakcik yang menjaga kedai jam itu bapa Ayie. Aku begitu respect Ayie .Dialah contoh terbaik mana-mana bagi sesiapa yang ingin menjadi ketua. Dia bergaul dengan semua orang dari mat surau, mat bola hingga mat ponteng .Berupaya memberi tazkirah di surau dan mewakili pasukan bolasepak sekolah. Memang wataknya yang rendah diri itu juga menyebabkan kami hormat akannya.

"..dia tu hanya cakap yang perlu saja.."

Teringat semula perbualan ku dengan pakcik tadi.

Itu juga satu ciri orang beriman sebagaimana diberitahu Allah dalam surah Al Mukminun ayat 3;

" Dan orang yang menjauhkan diri dari ( perbuatan dan perkataan ) yang tidak berguna"

Dalam fikiranku memang tidak mustahil Ayie begitu hebat wataknya tatkala bapanya sendiri seorang yang hebat.

Kemudian ku solat Zuhur di surau.Tatkala Azan dikumandang kulihat pakcik itu sudah berada di sof paling hadapan .Kemudian dia bergerak ke hadapan mengimamkan kami .

Penutup

Begitulah kehidupan mana-mana insan yang hebat di dunia ini.Pasti akan kita temui insan-insan yang hebat juga di belakangnya.

Mahukah kita mencetak generasi yang hebat juga ?

Sudah tentu mahu.

Bagaimana?

Kita sendiri perlu jadi hebat dan berakhlak mulia .

Jadilah kita qudwatun hasanah bagi yang lain.

Seorang bapa itu tidak perlu hairan melihat anaknya itu begitu baik perangainya samada di rumah atau sekolah ketika dia sendiri menunjukkan akhlak yang baik. begitulah sebaliknya.

Bukankah dakwah melalui contoh yang baik itu telah Allah beritahu dalam Quran.

surah an nahl ayat 125,

" Serulah ( manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan Pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik...".

1 comment: