Monday, April 11, 2011

endocrine modul

Alhamdulillah akhirnya tamat sudah ujian untuk modul urinary. kini kami akan masuk kke modul yang ke-9 dan juga terakhir yaitu endocrine. modul ini akan mengambil masa 3 minggu dan diikuti 2 minggu preparation week sebelum peperiksaan final.

Malam tadi aku menghadiri usrah bersama rakan medik yang lain di surau. mula 9.30-11 malam.
Kami tadabur surah al hujurat. Banyak ibrah yang dapat kami petik . pertama adalah ayat ke-6. Fatabayyanu bererti meneliti kebenarannya. akh kaitkan isu politik tanah air dengan ayat ini.

seterusnya ayat ke-10.sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, Kita bersama adik beradik diikatkan atas tali keluarga dek kerana berasal dari rahim yang sama. Maka jikalau dibayangkan dengan antum semua berada dalam satu ikatan ukhuwah keimanan. semestinya lebih kuat ikatannya . Hatta adik beradik sekalipun boleh sahaja bergaduh dan sebagainya.

terakhir pula ayat 11-12. menerangkan adab dalam bermasyarakat. Sebagai seorang yang memegang dengan sungguh2 quran akan lihat bahawa betapa pentingnya menjaga mulut.

mulut yang boleh membawa kebaikan juga boleh membawa yang sebaliknya.

" antum lihat Allah suruh jangan memperolokkan, mencela dan memanggil dengan panggilan yang buruk . Ayat seterusnya pula Allah kata jauhlah dari prasangka dan mencari kesalahan orang lain...kalau tengok bermacam masalah timbul kini oleh kerana tak jaga mulut. Allah dah bagitahu sejak lama lagi "

Ayat ke-15 pula Allah menerangkan ciri2 mukmin yang sebenar yaitu mereka yang tidak ragu2. " em, he he, erk nak pergi ke tak...hmmm" ....

macam2 alasan . Kenapa ya?

Kerana masih ada ragu2.

"Kalau tiada lagi ragu 2 maka kita akan mula berjuang , berjihad. Bilamana kita mula yakin akan adanya ganjaran akhirat syurga , neraka , beserta janji2 Allah maka kita tidak lagi ragu2 dan akan terus mara, bergerak menyemarakkan lagi dakwah di UITM ni "

"inilah yang kita pegang " sambil memegang quran.

" sains akan akur pada kehebatan quran"

" inilah sumber kekuatan kita. Banyak yang Allah nak bagi pengajaran dalam ni. Quran ni kalau tak dibaca sebagai motivasi maka susahlah ...Jadikan ia sebagai motivasi, banyak je ayat2 yang boleh jadi inspirasi dan sumber semangat untuk kita bergerak "


satu lagi akh sebut. Kita perlu buat aktiviti luar. Ini untuk kita bina ukhuwah yang sebenar. " kalau dalam usrah ni semua control macho, semua baik2, kang nanti kalau masa tengah bermalam dalam hutan ke , masalah timbul ke maka baru kita kenal siapa dia yang sebenar. He,he baru lah betul2 kenal."

No comments:

Post a Comment