Budak medik tiada life memang biasa kita dengar. Namun cubalah datang melawat ke kampus kami dan bagaimana seharian sistem hidup kami. Masih ada masa nak buat segalanya. Namun lebih banyak sedikit yang perlu dibaca dan ditelaah. Namun hakikatnya sebagai seorang muslim kita sukakan kehidupan yang penuh bermanfaaat. Oleh itu masa yang kita ada kalau boleh sedang dalam perkara bermanfaat.
Jadinya dalam menjadi student medik ini masa kita perlu sentiasa terisi dengan mentelaah, membaca sesuai mengisi masa kita sebagaimana diinginkan Islam.
Kalau ambil jurusan lain pun kita dapat isi masa dengan benda bermanfaat, namun medik ni lebih banyak memerlukan masa kita , mungkin kerana banyaknya yang perlu kita belajar. Patut pun dengan tugasan kita kelak merawat pesakit dan penyakit beraneka ragam.
Tidak boleh diterima istilah no life as medical student. kami masih boleh main , bersukan petang2. Kami masih sempat baca blog , buat blog. komen facebook .Baca quran , mentelaah kitab agama. Namun masa lapang itulah yang perlu diisi dengan bijak. Jikalau diisi hanya dengan tidur , maka tidak sempatlah mahu baca kitab agama ke, novel ke , suratkhabar ke. Maka jika masa untuk siapkan homework/assignment asyik main game, tonton wayang maka sebab tulah tak sempat siap kerja. Jadinya masa dituduh mencemburui dan terlalu singkat. Malam yang sepatutnya diisi untuk tidur terpaksa diguna untuk siapkan kerja. Mana mungkin boleh relaks.
student ni berbagai ragam cara mereka belajar. Ada yang perlu berulang hingga 5 , 6 kali untuk faham nota yang dibacanya. Masa rehat dan lapangnya diguna untuk membaca namun masih juga kurang memuaskan keputusannya.Jadi masa malamnya jugaklah terpaksa diguna untuk membaca. ini juga boleh jadi masalah.
Jadinya bila terpaksa tidur lewat ini menyebabkan mereka kata tiada life.
Namun ini tidak benar.
Yang perlu difokuskan buatlah bersungguh2. Siapkan terus kerja lecturer bagi, jangan meniru, menangguh,melambat2. Insyallah niat belajar demi keredhaan Allah. Ikhlas .
pandai susun jadual belajar.
Awal tahun ni satu2nya pelajar UITM dari kalangan ratusan ribu yang mendapat anugerah Diraja adalah pelajar medik, seorang akhawat. Seorang yang cemerlang akademik namun masih mampu mengimbangkan dengan tuntutan akhirat.
Yang penting di sini kita jagalah masa. Kalau masa ni tak penting kenapa Allah nak turunkan surah al Asr, dan bersumpah deminya.
Kalau ulama terdahulu macam Ibn Sina tu mengkaji ilmu perubatan , filosof dan dan bermacam lagi. Maka kita harus berusaha jadi orang berilmu sebagaimana mereka.
Yang penting masa lapang kita tu usahlah bergayut dengan awek ke , tidor sepanjang masa ke, main game dota ke, ....
Istilah tiada life ini hanya bagi mereka yang kurang merancang masa lapang mereka.
ini sekadar pendapat. Semoga Allah beri kita hidayah agar dapat gunakan nikmat masa ini dengan sebaik-baiknya.
Wallahualam.
thanks for sharing..reminds me of Dr Muslih, dia cakap, "dalam waktu yang sibuk ni lah, kita akan belajar menghargai masa dgn perkara2 bermanfaat".
ReplyDeleteDalam Sinergi pula, tentang doktor. Irfan berkata pada Asid yg nak mengikutinya mengambil jurusan agama- "Asid, berbakti, menyumbang pada Islam ni, tak semestinya di tangan pelajar agama shj. Betul, pelajar agamalah yg akan menjaga agama kerana mereka mendalami ilmu agama itu, tapi, kami ini ibarat pertahanan akhir, yg berperang di barisan paling hadapan adalah orang2 yg menjadi doktor, jurutera dan sbgainya.".....
ReplyDelete"jadi di sini, kita perlukan doktor2 yg bukan shj Islam, tp juga m'punyai sahsiah yg baik.Menjadi contoh pd org sekelilingnya, kpd pesakitnya, kpd rakan sekerjanya agar semua hospital di dunia ini bergerak atas syariat Islam. Sebab itu, Asid, kau perlu jadi doktor. Dan jgn jadi doktor yg biasa.Jadi doktor pakar.Sebab org Islam itu adalah tertinggi dalam semua perkara."
well, i found this interesting..=)