Malam ini ku dapat lagi satu perkara baru. Dalam dunia ini kita kan lihat pelbagai reaksi. baru tadi kuajak kawanku beri tazkirah untuk sem yang akan datang. Dia kelihatan berat. Bila kutanya ku agak terasa akan jawapannya.
"Aku sebenarnya tak mau kawan lain menjauhi aku seolah wujud stigma. Kalau boleh suruhlah yang lain bagi tazkirah atau beramai2. Satu lagi yang non muslim akan pandang serong terutama apabila tazkirah ini boleh ganggu masa study mereka".
Bagi sahabat yang kedua pula, dia agak berat pada awal namun setelah diberi penekanan barulah setuju. Namun dia turut menyuruhku mengajak kawan lain yang pada pengetahuan aku sangat jarang bercakap hal 'tazkirah' . Dia kemudian berkata,
" Kalau mahu sampaikan peringatan kepada sesetengah kelompok memang lebih berkesan jika yang berkata itu salah seorang dari mereka "
Jika dilihat dari sudut pendakwah maka akan kita lihat 2 pengajaran yang cukup besar.
Pertama seorang pendakwah itu mahu tidak mahu harus mendekati pelbagai jenis orang dalam sesebuah masyarakat. Jikalau ada kesempatan beraktiviti bersama mereka maka usah disia-siakan peluang itu, asalkan saja perkara itu tidak bersimpang dari syariat. Hadirkan dirimu di saat mereka sangat memerlukanmu.
Kedua dalam kita berdakwah di hadapan ramai kita perlu nilai semula keikhlasan kita. Maksud saya muhasabah linafsih. Di kala sunyi dan keseorangan jadilah kita lebih baik dari hadapan orang. Bacalah quran di hadapan ramai namun cubalah baca banyak itu atau lebih banyak di kala keseorangan. Bayangkan jika yang berkata di khalayak ramai itu perkara-perkara yang jauh sekali wataknya tatkala di rumah atau asrama, sudah tentu yang mendengar berasa hairan.
Maka di sini perlunya pada pendakwah yang boleh walk the talk malah lebih baik di belakang tabir barulah tidak muncul stigma yang buruk tatkala kita di depan ramai . Dakwah itu akan sampai pada mad'u tatkala mereka lihat kita begitu ikhlah melaksanakannya.
Kesimpulan
Sebagai pendakwah kita haruslah menjaga hubungan baik dengan semua golongan masyarakat. Kita gunakan kelebihan kita bagi membantu mereka. Barulah mereka suka akan kehadiran kita dan proses dakwah bertambah berkesan.
No comments:
Post a Comment