Sekarang berbaki 2 hari sebelum cuti panjang bermula. Cuti adalah saat yang dinanti bagi sesiapa yang bergelar pelajar. setelah penat belajar dan beraktiviti memang mahu saja kurangkan tekanan dengan cuti.
Antara yang dirisau akan cuti adalah apabila masa itu terbuang begitu saja. Mungkin ada yang sudah putus asa dengan berkata,
" Alahai, cuti ni sudah tentu tidur makan jelah rutin harian aku "
benar atau tidak katanya wallahualam , tetapi apabila sudah ber'niat' begitu maka kemungkinan besar begitulah masanya dihabiskan.
Sahabat lain pula berkata,
" cuti ni aku tak mau sia-siakan hatta sehari, akan ku pastikan sambung saja sesi belajar sem depan sudah ku kuasai bahasa arab, semua buku di rak rumah habis kubaca, adik-adik di rumah pulak puas aku ajar mata pelajaran yang mereka bermasalah, melancong sepuas-puasnya....."
Namun betul atau tidak dia mampu mengotakan kata-katanya juga wallahualam.
Yang menariknya di sini ialah mengapa cuti yang lama itu sering kali dibazirkan malah seolah sekejap sahaja berlalu. Tidak kiralah samada golongan ini memang berniat begitu ataupun setelah merancang macam2 perkara.
Seringkali kita dengar keluhan sahabat yang tidak puas bercuti. Mengapa ???
Keberkatan masa
Baru-baru ni saya terbaca akan artikel dalam solusi ditulis oleh Umar M Nor berkaitan tajuk ini.
Diceritakan bagaimana para ulama sebelum ini mampu melakukan serba macam perkara dalam waktu yang sedikit.
Zaid b Thabit misalnya berjaya melaksanakan perintah Nabi s.a.w untuk menguasai bahasa Yahudi( Suryaniah) dalam masa 17 hari.
Imam Nawawi hidup hanya 45 tahun namun banyak menulis hingga berjili-jilid tebalnya.
Hassan al Banna hidupnya hanya 43 tahun namun sempat mencetak kader-kader yang begitu berpengaruh dalam menyebarkan dakwah melalui Ikhwanul Muslimin.
Berpulang semula kepada situasi kita , di manakah kekurangan kita berbanding mereka ini ?
Mengapa kita sering tidak mampu mengoptimakan masa berbulan-bulan yang ada ini melakukan sesuatu yang bermanfaat.
Adakah kita yang dikala kesibukan maka banyak yang kita baca dan pelajari namun di kala masa lapang terus tidak tahu membuat apa.
Seterusnya saya bentangkan masalah biasa dengar serta solusinya .
Faktor Cuti dirasa sangat singkat
1- Zon selesa
Sesetengah berkata di rumah sangat selesa hingga membaca pun tak sempat kerana asyik tidur dan menonton tv.Di asrama tiada perkara tersebut. Selesa juga dek kerana makanan masakan ibu asyik menanti untuk dijamah. Di universiti pula kita yang beli sendiri maka tidak adalah asyik makan saja.Maka ketiga-tiga faktor ini menyebabkan kita tidak produktif.
2- Tiada perancangan ataupun perancangan yang tidak praktikal
Setiap perkara bermula dengan niat. Kalau niat tak mahu buat apa2 melainkan tidur sepanjang hari begitulah kesudahannya. Ada juga yang berniat mahu isi masa dengan penuh manfaat namun tidak ada perancangan akan apakah 'bermanfaat' itu sebenarnya.Sama seperti orang yang malas belajar dan hanya berkata aku mahu jadi rajin dan berhenti setakat itu. Juga sesuatu azam itu adalah sesuatu yang tidak mampu dicapainya dan terlalu berat dan susah dipenuhi.Contohnya seperti mahu menghabiskan serak buku untuk dibaca. Maka tiada perancangan dan perancangan yang terlalu berat hingga meninggalkannya terus hanya mendorong kita melakukan perkara tanpa hala tuju dan akhirnya semua tidak sempat beres.
3- Tidak bersama keluarga
Masa yang berlalu tidak diisi untuk membantu ibu ayah atau adik beradik lain malah hubungan keluarga seolah ketika berjauhan. Ada juga yang dari pagi hingga malam keluar bersama rakan. Sudah tentu faktor rindu yang menyebabkan rasa ingin pulang tidak mampu diubati. Maka tatkala cuti tamat seolah berada bersama kawan sama saja di universiti dek kerana masa dengan keluarga terlalu sedikit.
Solusi
1- Zon penjara
Kerap kali mereka yang berjaya menghasilkan kitab tafsir terbaik sewaktu dalam penjara seperti al Azhar oleh Hamka, Fi Zilali Quran oleh Syed Qutb....Yusuf al Qardhawi dan ikhwan yang lain pula telah berupaya mengubah suasana penjara kepada surau dimana masa sentiasa terisi dengan perkara bermanfaat.
Dalam zon rumah yang selesa itu cubalah kita limitkan keselesaan itu dengan cara tonton tv sekali sehari, puasa isnin khamis,kurangkan tidur di siang hari dengan cara tidur awal malam sebelumnya.
2- perancangan mudah dan jelas
pertama sekali kita rancang apa yang diyakini boleh dibuat. Usah terlalu banyak atau terlalu sukar untuk dilaksanakan seperti menghafal surah al baqarah atau menghabiskan semua buku di rumah.( jika mampu teruskan)Semudah menghafal surah An Naziat atau membaca beberpa buku penting sudah dikira cukup baik. Ditambahnya dengan menziarahi sahabat lama atau sekolah lama.Rancanglah sesuatu yang praktikal.
3- Ukhwah bersama keluarga
Bila lagi mahu bermain dengan adik beradik. Bersembang dengan ibu ayah. Inilah masanya kita meluangkan masa bersama mereka.Setelah makin erat seolah satu perkara berbaloi tercapai yang tidak mampu dibuat sepanjang di universiti.
Sebagaimana cuti-cuti yang telah kita alami sebelum ini yang mungkin penuh dengan kekesalan atas pembaziran masa, maka sama-samalah kita doakan agar Allah memberi yang terbaik untuk kita sepanjang cuti ini. Syaratnya kita perlu merancang dengan baik dan bersungguh-sungguh melaksanakannya.
No comments:
Post a Comment