Alhamdulillah.
usrah sebentar tadi akh membuka ayat 23 surah at taubah.
" Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
Sungguh indah. Betapa ramai dikalangan kita mencintai diri kita lebih dari berjuang berjihad pada Allah dan Rasul. Mencintai pasangan hingga setiap hari ada saja kata2 manis yang diungkapnya.
Sekarang ini hidup kita lebih banyak bertumpu kepada isu kecil seperti berapa A dalam peperiksaan, seolah itu sahaja yang patut kita fikirkan sepanjang alam persekolahan.
Sedangkan hidup kita ni dijauhkan dari perkara-perkara besar seperti perjuangan mengatasi kelemahan umat islam, jihad mengembalikan Al Quds, peranan besar dalam mengembalikan umat Islam ke tahapnya yang sepatutnya. Sejak kecil kita dijauhkan akan isu yang besar ini, malah semakin banyak isu remeh temeh merajai fikiran kita seperti masalah rumah tangga pelakon atau siapa yang layak ke peringkat seterusnya dalam kejuaraan menyanyi. Mana perginya semangat dan kemuliaan ini yang ditonjolkan Muhammad al Fateh, Usamah bin Ziad dan pemuda yang seangkatan dengan mereka. Bagaimana ingin mengatasi kepincangan umat islam jika dari kecil sudah diracuni fikiran kita.
Lihatlah surat khabar tertentu yang tidak henti2 berkisar hal remeh dan hiburan . Mana mungkin lahirnya generasi yang matang , berasa tanggungjawab dan mulia. Mana mungkin generasi cintakan Islam melebihi cinta lain akan muncul.
Kemudian akh menyebut 5 perkara yang boleh kami isikan masa cuti kami dengannya.
Amalan sewaktu cuti
Pertama, luangkanlah sebanyak masa yang boleh bersama ibu bapa. Masaklah bersama ibu, dan bantulah dalam kerja rumah .
Kedua dalamilah ilmu. Imam Nawawi yang hidupnya hinga 45 tahun itu telah dikatakan menghasilkan 15 muka surat tulisan sehari sejak lahir!. Sudah tentu bilangan buku yang dibacanya melebihi apa yang ditulis.Bayangkan berapa buku yang telah dibaca sepanjang hidupnya.
Ibn taymiyyah pula dikatakan pakar dalm bermacam-macam bidang. Bagaimana mereka miliki masa untuk lakukan semua itu?.
Yang sudah pastinya, masa mereka itu digunakan sebaik-baiknya.
Ketiga menjaga hubungan dengan masyarakat. Kita jadilah pemuda Islam yang aktif. Bergaullah sebanyaknya dengan masyarakat samada bermain bola, guli,dam dan bermacam lagi.
Keempat , membina kemahiran. Samada membaiki paip , lampu , kipas, dan sebagainya .
As shahid Hassan al Banna sendiri selain menjadi guru Arab mengguna masa lapangnya membaiki jam.
Kita boleh bina kemahiran dengan berniaga di pasar misalnya. Jangan rasa hina. Orang terkaya dunia mula dengan perkara2 kecil sebegini. Kalau ada tanah lebih kerjakanlah. Andaikata anda 'dicampak' kemana pun anda tetap mampu mencari duit sendiri jika ada kemahiran ini.
Kelima adalah bekerja. Tidak kira samada di klinik, tempat kerja atau di mana saja cubalah bekerja.
Sekadar itu untuk pertemuan kami kali ini.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment