Fityah.
Baru minggu lepas kusertai bengkel Al Quran di masjid Ar-Rahman , Universiti Malaya.
Masih terasa semangat bilamana perkataan ' Fityah' itu disebut oleh Ustaz Azam.
Betapa lainnya, istimewanya, specialnye golongan manusia yang berada dalam kelompok yang digelar Muslim ini.
Dalam surah Al Kahfi Allah sebutkan kisah pemuda yang melarikan diri ke gua demi menyelamatkan i-pod, opps tidak iman mereka.
Ini Allah gambarkan sebagai sesuatu yang ajaib. "..min ayatina ajaba" (18:9), yang bermakna "..tanda2 kami yang menakjubkan".
Ajaibnya kian terserlah memandangkan rata-ratanya pemuda adalah mereka yang mampu dan tinggi semangat dan kemahuannya untuk melakukan perkara maksiat.
Namun pemuda yang Allah abadikan dalam surah ke-18 ini menunjukkan suatu yang Ajaib apabila berada dalam kondisi concern akan status iman mereka.
Siapakah golongan Fityah?
Fityah itu maksudnya seorang lelaki yang sempurna, cukup sifat kelakiannya( bukan berkaitan jantina), mampu buat keputusan tepat dan hanya tumpu pada soal prinsip.
Lihat saja tujuan mereka larikan diri ke gua . Bukanlah kerana dilarang memakai serban misalnya atau disuruh mencukur janggut namun semata2 ingin menjaga nikmat Iman itu agar terus dipelihara.
Kemudian, apa yang mereka minta dari Allah . "...Ya tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu...."(18:10).
Mereka tidak meminta perkara yang kecil melainkan sesuatu yang sangat besar, iaitu sesuatu yang berada di sisi Allah swt.
Mereka tidak minta perkara duniawi melainkan sesuatu yang mahal yakni hidayah.
Inilah prinsip yang ingin ditonjolkan dalam pengisian Ustaz Azam.
Menjadikan prinsip yang kita ada ini menjadi darah daging kita.
Kita inginkan keimanan itu disebarkan pada jiwa2 generasi yang baru lahir kini.
Pemuda2 yang gersang jiwa mereka dengan iman.
Yang siangnya hingga malamnya, mudanya hingga dewasanya tidak kenal pada tujuan dia hidup.
Yang tidak hentinya mencari kepuasan duniawi yang selamanya tidak terjumpa.
Yang buta akan perdagangan atau bisnes yang harus dia laburkan sekarang agar selamat di dunia akhirat.
Maka sebagai fityah itulah matlamat kita.
Bawa mereka saudara seislam kita ini mengenali Tuhan mereka dan akhirnya diri mereka sendiri.
Maka selain itu (terutama sekali yang membantutkan dakwah) hanya isu ranting yang harus diketepikan awal2 setiap yang mengaku fityah atau berprinsip besar ini.
Kesimpulan
Tidak lain tidak bukan Quran itulah tempat kita suburkan kembali prinsip kita untuk menjadi hamba yang beriman. Hatta seorang yang sering mengingatkan dirinya akan prinsipnya maka mereka ini tidak mudah tergelincir dari landasan.
Semoga Allah beri kita kekuatan agar terus istiqomah dalam emartabatkan dakwah di muka bumi ini.
“Berkerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahagiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati syahid di jalan-Nya.” (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
Saturday, August 20, 2011
Friday, August 12, 2011
Akhlak itu yang utama
Saya begitu terharu dengan tindakan beberapa pihak di United Kingdom( UK ) baru-baru ini terhadap seorang pelajar Melayu yang cedera dan disamun kemudiannya.
Mereka yang berbeza agama bahkan tiada langsung ikatan darah dengan pelajar yang dikenali sebagai Ashraf itu tetap tidak berduduk diam malah melakukan beberapa tindakan yang benar-benar membuatkan sesiapa saja yang bermasalah kembali ceria.
Sejak kejadian itu, Ashraf semakin popular di sini( UK ), setiap hari berita mengenai kejadian samun itu disiar di akhbar dan YouTube,
Malah perdana menteri David Cameron turut memberi komen.
Di bawah ini saya petik dari laman web malaysiakini.
Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata satu laman web diwujudkan warga London. Laman web itu antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.
NONEBeliau berkata turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.
Di laman web itu juga The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.
Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit).
Akhlak.
Ia semudah akhlak yang baik namun kesannya sangat hebat. Teringat pula bagaimana Rasulullah saw mengikat seorang tawanan perang di tiang surau. Setelah beberapa hari dilihatnya akhlak umat islam yang datang ke surau dan bagaimana layanannya istimewa yang diterimanya , dia akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya.
Begitulah Islam yang diajar Rasulullah saw.
Bagi pendakwah-pendakwah yang sering mengadu akan kurangnya masyarakat mendekati mereka maka eloklah diperhatikan semula akhlakmu dengan Baginda saw.
Sekadar senyuman manis beserta salam yang ikhlas memadai membuatkan sesiapa sahaja yang bertemu dengannya berasa senang dan ceria.
Saya pasti anda juga pernah terjumpa orang seperti ini. Mereka sangat mudah menghadiahkan senyuman manis mereka bahkan setiap yang terlihatnya pasti ingin senyum juga.
Kesimpulan
Sudah tiba masanya kita contohi mereka yang berakhlak ini kerana kita tidak tahu samada tazkirah yang kita sampaikan selama sejam itu atau sekadar senyuman manis kita yang menarik masyarakat ke arah Islam.

Thursday, August 11, 2011
Ramadhan yang mulia
Pada awalnya jiwa ini bagaikan tubuh yang kurus kering dan lapar menerima kunjungan hidangan yang sedap apabila Ramadhan baru membuka tirainya beberapa hari yang lalu.
Bukanlah ingin menyatakan yang kini diri hina dan kerdil ini tidak langsung menghargai kunjungan Ramadhan, cumanya adakalanya rasa seperti bulan-bulan lain pula.
Seharusnya setiap saat dalam bulan yang mulia ini diraikan kelebihannya.
Tidak harus perkara yang sama dilakukan di bulan lain turut juga dilakukan bulan yang mulia ini.
Andai sebelum ini mungkin masa yang terlopong diisi dengan mengukir peta di bantal, atau menonton cerita Korea atau membaca komik di internet maka amat malang andai aktiviti begitu masih diteruskan sekarang ini.
Andai bacaan Quran sebelum ini sekadar beberapa helai sehari maka inilah turning point kita untuk upgradkan dengan menggandakan lagi bacaan ataupun mula mentadabburnya dengan lebih serius dan intensif.
Buta akhirat
Agak kasar jika ingin menyebut golongan yang tidak meraikan bulan ini dengan istilah buta akhirat.
Nauzubillah, agar Allah hindarkan kita dari termasuk golongan ini.
Mereka sekadar nampak apa yang lahir saja .
puasa=lapar=lembik=tidak larat berbuat apa-apa=kurang produktif.
Apakah ini Ramadhan yang ingin Allah sampaikan pada umatnya.
Ramadhan yang sebenarnya jauh lebih baik bergunung Everest tinggi faedahnya, bahkan hadiah yang menanti di akhirnya yang juga matlamatnya TAQWA.
Apakah yang lebih indah di dunia ini melainkan diri yang mampu membezakan yang baik dan buruk, mampu menjauhkan diri dari yang hina mampu melakukan usaha ikhlas dan amalan yang Allah redha ?
usah fikir lama-lama, beramallah!
Namun bukankah Rasulullah saw yang mulia menyebut tentang ruginya mereka yang apabila keluarnya dari bulan Tarbiyah ini masih dalam kejahilan dan penuh dosa.
Tidak akan habis perkongsian ini jika ingin berkongsi suasana Ramadhan hambar sesetengah masyarakat.
Kesimpulan
Marilah kita berusaha hingga usaha itu tiada lagi yang mampu diusahakan untuk menjadikan Ramadhan yang mulia tahun ini sebagai yang terbaik sepanjang bertahun lamanya kita pernah berpuasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)