Friday, August 12, 2011

Akhlak itu yang utama

Saya begitu terharu dengan tindakan beberapa pihak di United Kingdom( UK ) baru-baru ini terhadap seorang pelajar Melayu yang cedera dan disamun kemudiannya.

Mereka yang berbeza agama bahkan tiada langsung ikatan darah dengan pelajar yang dikenali sebagai Ashraf itu tetap tidak berduduk diam malah melakukan beberapa tindakan yang benar-benar membuatkan sesiapa saja yang bermasalah kembali ceria.

Sejak kejadian itu, Ashraf semakin popular di sini( UK ), setiap hari berita mengenai kejadian samun itu disiar di akhbar dan YouTube,

Malah perdana menteri David Cameron turut memberi komen.

Di bawah ini saya petik dari laman web malaysiakini.

Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata satu laman web diwujudkan warga London. Laman web itu antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.

NONEBeliau berkata turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.

Di laman web itu juga The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit).



Akhlak.

Ia semudah akhlak yang baik namun kesannya sangat hebat. Teringat pula bagaimana Rasulullah saw mengikat seorang tawanan perang di tiang surau. Setelah beberapa hari dilihatnya akhlak umat islam yang datang ke surau dan bagaimana layanannya istimewa yang diterimanya , dia akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya.

Begitulah Islam yang diajar Rasulullah saw.

Bagi pendakwah-pendakwah yang sering mengadu akan kurangnya masyarakat mendekati mereka maka eloklah diperhatikan semula akhlakmu dengan Baginda saw.

Sekadar senyuman manis beserta salam yang ikhlas memadai membuatkan sesiapa sahaja yang bertemu dengannya berasa senang dan ceria.

Saya pasti anda juga pernah terjumpa orang seperti ini. Mereka sangat mudah menghadiahkan senyuman manis mereka bahkan setiap yang terlihatnya pasti ingin senyum juga.

Kesimpulan

Sudah tiba masanya kita contohi mereka yang berakhlak ini kerana kita tidak tahu samada tazkirah yang kita sampaikan selama sejam itu atau sekadar senyuman manis kita yang menarik masyarakat ke arah Islam.

1 comment:

  1. Nilai-nilai keindahan Islam seperti politeness, kindness, punctuality, trust, lebih terserlah di negara Barat berbanding negara Islam. Malu lah kita.. lets practice it here in malaysia, spread the love of Islam

    ReplyDelete