Tiada lagi indah melainkan cinta yang benar2 pada Allah.
Dialah pencipta kebahagiaan.
Dia juga pencipta kesedihan.
Sungguh malu padaNya pabila diri ini diperhambakan kepada selainNya.
Mahu tak mahu terimalah hakikat ini : ALLAH SERING MEMERHATIMU.
kita semua yakin akan perkara ini dan kita siap boleh ulang berbilang kali dalam solat kita " samiAllahu limanhamidah " yakni meyakini Allah itu maha Mendengar.
Jadi kalau setiap yang dilakukan itu sebenarnya ada yang memerhati maka tidakkah kita merasai MALU andaikata perkara itu sesuatu yang dilarang dan ditegah sang Pemerhati ?
Manakah muka ini ingin disorok dek terlalu banyak melihat maksiat, dek mulut yang tak ada sensor mengutuk seribu macam orang di sekeliling.
Inilah diantara ciri kelemahan manusia yang telah Allah terangkan dalam Quran. Apabila mereka melupai Allah maka Allah jadikan mereka melupai diri mereka sendiri.
Lupa diri hanya patut sembah Allah sahaja.
Lupa diri ini diperhatikan Allah sentiasa.
Lupa, bukan tidak tahu, cuma Lupa...
Malah adakalanya rasa malu terhadap sesama manusia, kawan, masyarakat itu jauh lebih banyak.
Mahu saja dilihat kacak, cantik, up to date , hatta jika tidak ada penampilan sebegitu maka sanggup dikurung diri dalam kereta berjam-jam, sanggup tidak makan dan minum berjam-jam, semata-mata imejnya dijaga.
Maka ini melahirkan manusia yang dihadapan awam sahaja kelihatan bergaya, sopan santun dan berakhlak mulia.
Namun , sekembalinya di rumah atau berseorangan maka dicampakkan malu itu ke dalam tong sampah hinggakan terserlah dirinya yang sebenar yakni tidak malu pada Allah.
Maka apakah jaminan yang kita tidak akan bermaksiat bilamana tiada yang melihat.
Maka apakah jaminan yang kita akan kekal dalam kebaikan semasa di rumah.
Maka malu yang bukannya pada Allah tadi tiada lagi pada kita dek kerana buat sesuatu dengan tujuan mengharap pandangan orang semata-mata.
Maka sudah semestinya virus ini merebak kepada setiap aktiviti kita seharian.
Solat kita tidak ada orang yang melihat.
Tiada kawan lain yang boleh detect apa di fikiran kita di waktu itu walaupun dilihat seperti khusyu luarannya.
Oleh itu sebagai seorang yang mengaku beriman pada hari akhirat,,..
Sebagai yang mengaku beriman pada yang ghaib...
Beriman pada malaikat....
Sudah tiba masanya untuk kita ambil secara serius akan muraqabatullah ini , yang Allah sentiasa tahu apa di dalam fikiran kita.
Maka malu yang sudah ada itu lebih indah dan cantik andai ditujukan pada Allah,..
Tidakkah kalian merasai begitu?
MALU itu akan wujud samada dihadapan awam mahupun di tempat yang sunyi di dalam bilik yang kita pasti tiada siapa lagi melihat apa yang kita lakukan melainkan diri sendiri.
MALU akan dilihat Allah membuatkan diri merasa sentiasa ingin melakukan sesuatu untukNya.
Sesuatu yang diredhaiNya..
Sesuatu yang dianjurkan pada hambanya...
Moga Allah menilai tulisanku ini sebagai satu amalan ikhlas yang boleh membuatkan diriku ini rasa malu dan bertambah malu padaNya.
No comments:
Post a Comment