Wednesday, September 26, 2012

dilema seorang ketua

Jam menunjukkan tepat 1:45 pagi..

Huh, tidak boleh tidur, walaupun mata pejam celik tanda mengantuk amat sangat.

Hati resah gelisah..

Tanda dan simptom penyakit apakah itu wahai pembaca sekalian?

Itulah dia seorang insan yang mendapat taklifan sebagai ketua.

Tidak senang duduk dibuatnya. Masalah demi masalah menyapa menanti solusi seolah-olah ia boleh datang bergolek  seperti air tin dari vendor mesin.

Sangat suram dibayangkan tatkala masalah itu dibiarkan melarat hingga tidak tertunai amanah sebagai seorang pemimpin itu. Maka takut-takut akan disoal Allah atas segalanya dalam keadaan tiada alasan yang boleh diberikan.

Sebenarnya setelah diteliti dan dirungkai dan dengan ilham dari Allah swt sedikit demi sedikit rupa-rupanya solusi itu menerjah. Akhirnya baru diketahui perkara apa yang patut dibingungkan oleh seorang ketua itu.

Dia tidak perlu risau akan tempat mana diadakan program, bagaimana ingin menyediakan poster, bagaimana menempah makanan dan segala macam hal teknikal yang lain.

Itu semua boleh diserahkan pada setiausaha atau sahabat lain.

Namun apa yang perlu difikirkan oleh seorang pemimpin (terutama sekali pemimpin gerakan atau persatuan islam) adalah bagaimana ingin mengkaderkan seluruh ahli di dalamnya agar menjadi produk yang sempurna proses tarbiyyahnya, mampu menggunakan segala potensi dan upaya yang setiap orang itu ada untuk kemaslahatan dan pembinaan masyarakat di sekelilingnya.

Seorang pemimpin harus menyibukkan dirinya dengan memastikan tidak seorang pun ahli yang terlepas dari merasai nikmat tarbiyyah dan pengorbanan demi islam. Setiap orang harus mahu tak mahu menjadi kader islam yang sedia bekerja di masa senang dan susah, lapang dan sibuk, enjoy tak enjoy.

Maka selebihnya seperti menyertai program , menjayakan program untuk dakwah pada masyarakat umum sepatutnya menjadi outcome dari pentarbiyyahan yang mantop.

Iftar jamaie, bengkel penulisan, kuliah bulanan, dan sebagainya harus didahului terlebih dahulu dengan sebuah sistem tarbiyyah yang mapan dan kuat iaitu usrah.

usrah seminggu sekali.dalam lingkungan 3 hingga 4 orang dan diketuai seorang naqib yang bersedia.

Namun dilema ini sering menimpa seorang pemimpin dan menjadikan dia bingung dan akhirnya buntu terduduk tidak mampu memikul amanah tersebut ..

Tatkala yang dikejarnya berapa banyak program yang dibuat, dan apa orang lain akan kata..

Bilamana yang didahulukan adalah program semata-mata maka akan tidak tercapailah hasrat dan objektif sebenar sesuatu program tersebut. Hatta andai berjalan jugaj program itu ia tidak diiringi dengan nikmat berjuang dek kerana kerja yang dilakukan bukan atas dasar cinta dan berjuang demi agama Allah , namun perjuangan dan gerak kerja itu atas dasar yang lain.

Atas dasar ingin mendapat pujian, sanjungan dan sebagainya.

Namun bukankah sekiranya kita kuat dari sudut tarbiyyah kita maka secara automatiknya kita akan sendiri menggerakkan program tanpa rasa liat dan malas.

Kesimpulan

semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat kita menilai semula tarbiyyah kita. hubungan kita dengan Allah. program tetap program. Namun tarbiyyah tetap tarbiyyah. yang mana patut diusahakan terlebih dahulu maka laksanakanlah disamping tidak meninggalkan terus program dakwah umum memandangkan ianya sangat penting sebagai platform dakwah kita pada masyarakat.

ps/ gambar di atas menunjukkan Zainab al Ghazali seorang pimpinan muslimat sayap ikhwan muslimin yang terus menerus berjuang hingga ke hujung nyawa beliau.
(dengan banyak mengenali tokoh insyaAllah kita boleh jadi kuat seperti mereka)

1 comment: