Tuesday, October 9, 2012

Tarbiyah medik

Huhu. sememangnya kini baru kufahami mengapa abang akak sering memberi amaran pada kami akan cabaran memasuki clinical years ni. Memang aku setuju sepenuhnya.

Baru aku tahu betapa ujian itu hanya mampu dipikul oleh mereka yang benar-benar ikhlas dan kuat semangat juang. Kenapa ku kata begitu??

Baru beberapa hari sudah ku membentangkan kes pesakit yang mengalamai renal failure pada seorang Dr. sejak awal hingga habis aku diserang dan terasa seolah aku ini sebuah batu tunggal yang tidak berguna. Panas yang susah digambarkan tatkala ward round oleh seorang dr pula yang sangat suka menyoal soalan spesifik yang sudah pasti kami tiada jawapan untuk itu,

Dulunya kita diberi masa seminggu paling sekejap untuk buat persiapan pembentangan , tapi sekarang lusa mahu hari ini baru cakap. pesakit pula semua mengelak dari ditemu bual oleh pelajar perubatan 

ini sebahagian coretan yang sempat kudengar.

ada banyak lagi. yang menguji kita hingga ke tahap kita hanya mampu terduduk dan berkata
" mengapalah aku pilih bidang ni ye?"

Namun pada masa yang sama sebenarnya  di sinilah wujudnya unsur tarbiyyah yang sangat luar biasa kesannya. Bukankah menahan dengan sabar tatkala diherdik dan dihina oleh doktor itu satu medan menjadikan kita lebih bersedia berhadapan dengan masyarakat sebenar di luar sana. Dengan manusia atau mad'u yang pelbagai kerenah memerlukan latihan bagi kita..

Bukankah setelah ditegur dengan cara dimalukan itu akhirnya kita dapat tundukkan ego kita. Kita semakin menyedari betapa kerdilnya kita di sisi manusia. Maka apatah lagi di hadapan penguasa seluruh manusia Allah Azza Wajalla.

Bukankah setelah diberi tugasan yang banyak dalam jangka masa yang pendek itu mendidik kita menjadi insan efisen dalam bekerja. Menjadikan kita fokus pada perkara penting dan meninggalkan apa yang tidak perlu.

Bukankah dengan banyaknya soalan susah oleh doktor itu menjadikan kita lebih banyak membaca dan mengkaji.

Bukankah dengan berdiri begitu lama sewaktu ward round dan bed side itu mengajar kita pengorbanan demi ilmu serta menguatkan tubuh badan kita agar lebih kental dalam perjuangan hidup ini.

Dan bukankah berjam-jam lamanya setiap sesi itu mendidik kita agar untuk mendapatkan sesuatu itu bukan mudah malah perlu mengorbankan sesuatu.

Walaupun akhirnya masa tidur dikurangkan namun bukankah itu latihan bagi kita yang ingin bekerja untuk islam agar kurangkan keselesaan dan banyakkan bekerja dan bekorban.

Namun walaupun begitu banyak tarbiyah yang berlaku di hospital tetap kita diuji dengan bermacam perkara lain di samping hal-hal medik.

Apakah ada lagi cabaran lain?

Ya, kita juga disibukkan dengan tugasan dakwah di kampus
Bagaimana mungkin kita mampu. Pelajar yang semata-mata hidupnya untuk belajar pun merasai kesusahan bagaimana pula pelajar yang terpaksa membahagikan masanya untuk dakwah. Apatah lagilah.

insyaAllah akan disambung pada post akan datang..





No comments:

Post a Comment