“Berkerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahagiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati syahid di jalan-Nya.” (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
Wednesday, August 29, 2012
sebarkanlah kemanisan itu
Di kalangan manusia telah Allah jadikan pelbagai bentuk dan ragam. Mustahil kita lihat sejumlah besar masyarakat berfikran sama , hatta bagi sepasang kembar siam sekalipun sudah pasti akan ada perbezaan identiti.
Maka setelah kita faham akan wujudnya perbezaan di kalangan kita maka sebagai seorang penyeru@daie@pendakwah, mahu tak mahu kita perlu selenggarakan mode atau gaya dakwah kita agar sesuai dengan sasaran dakwah kita.
Dakwah yang saya ingin kongsikan adalah umum pada masyarakat disamping program dan ceramah umum yang disampaikan.
Kadang2 kita perlu keluar dari comfort zone kita. Maksudnya dalam kita menembusi mad'u yang pelbagai ragam ini kita perlu kelihatan friendly pada mereka dan tidaklah nampak asing.
Misalnya kita bersama geng yang tak habis-habis sembang mengenai hantu maka tidak salah kita masuk sekali mendengar dan mengiyakan mana yang betul dan mengambil kesempatan ini untuk membetulkan akidah yang takutkan hantu kepada takutkan Allah.
Sekiranya geng peminat setia drama korea sedang berbicara tentang watak kegemarannya maka kita mencelahlah sekali namun perlahan-lahan cuba kaitkan dengan nilai baik yang boleh kita ambil disamping menegur mana-mana perkara yang buruk dan terlarang.
Semestinya kita perlu mengembek sebentar tatkala memasuki kandang kambing dan mengaum sewaktu masuk ke kawasan harimau. Itulah dia asimilasi dalam dakwah kepada masyarakat.
Kita bergaul dengan semua orang pada masa yang sama kita tidak langsung merasai tergugat malah kita cuba mempengaruhi mereka dan bukan sebaliknya.
Malah kita ada prinsip kita.
Kita tidak akan ketawa terbahak-bahak di saat mereka semua begitu,
Kita tidak akan bersetuju langsung sekiranya mereka mengumpat malah akan cuba sedaya upaya larikan perbualan ke topik lain.
Kita tak akan ikut membuka aurat sekiranya itulah cara dan gaya mereka.
Kerana kita sejak awalnya lagi sudah tetapkan dalam diri kita bahawa kita sebenarnya ada matlamat dalam bersamanya kita dengan masyarakat ini.kita mahu menyeru mereka ke arah redha dan ketaatan padaNya.
Kita sejak awal lagi sedar yang inilah usaha dan cara termampu kita agar mereka bersama kita dalam menikmati manisnya tarbiyyah dan ukhuwahfillah.
Kita mahu mereka sedar bahawa dunia ni ada lagi perkara lain selain berhibur dan belajar.
Kita mahu mereka faham peranan dan matlamat kehidupan sebenarnya apa.
Kita juga sedar dan yakin bahawa hanya bersahabat dalam berjuang atas jalan keredhaan Allah sahaja yang mampu menjamin persahabatan ini hingga ke akhirat.
Maka kita sebagai daie perlu menembusi ke dalam segala macam identiti masyarakat ini agar mereka tidak menjadi mangsa serangan pemikiran musuh yang telah menghancurkan sekian ramai anak2 muda.
Juga kita sudah lihat bakat yang ada pada mereka itu dan sangat luarbiasa besarnya impaknya sekiranya dimanfaatkan untuk ummah.
Kesimpulan
Maka mahu tak mahu para daie harus bersama dalam masyarakat di samping menjaga hubungannya dengan Allah melalui usrah dan gerak kerja tarbiyyah.
Memang tidak dinafikan kesukaran kita dalam menembusi pelbagai ragam mad'u ini kerana kita lebih selesa bergaul dengan sahabat sefikrah dan sependapat dengan kita.
Namun inilah dia peranan seorang daie tu agar benih dakwah ini dapat disemai kepada semua sahabat yang tercinta.
Inilah dia pengorbanan kita, semoga kita mampu menarik seramai mungkin sahabat kita untuk turut sama menyumbang kepada Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment