kini ku terfikir bagaimana seseorang itu masih boleh memikul tugasan dakwah di kampus pada masa yang sama berlambak bebanan akademiknya terutama seorang pelajar perubatan.
Pernah seorang sahabat berkata pelajar medik di Malaysia ini sahaja yang suka memberi alasan sibuk. Medik oversea bole saje involve dalam aktiviti luar dan dalam kampus.
Memang ada betulnya di situ.
Sebenarnya it's a matter of you want to do it or not.
Mahu seribu daya tak mahu seribu dalih.
Kalau seseorang yang meletakkan cintanya, minatnya pada bolasepak semestinya keutamaan hidupnya diberikan pada bolasepak.
Dia akan tetap cuba sedaya upaya kosongkan jadualnya agar berpeluang menonton perlawanan siaran langsung pasukan kegemarannya berentap paling kurang pun dalam 90 minit.
Seorang yang hobinya makan copstick setiap hujung minggu maka akan cuba sedaya upaya hadir ke restoran tersebut setiap minggu. Sekiranya ada program lain dia pasti akan menolak atas alasan ada perkara yang lebih penting kononnya.
Seorang ibu yang kegemaranya menonton drama bawang putih bawang merah setiap hari jam 2 petang pasti akan menyiapkan segala masakannya dan tugasan rumahnya sebelum itu supaya boleh memiliki masa satu jam yang kosong di hadapan televisyen.
Maka begitu jugalah yang terjadi kepada kita.
Sekiranya perkara itu kita utamakan semestinya kita tidak akan memberi alasan yang bermacam.
Alamak malam ni usrah ke? aku belum siapkan lagi lah assignment. minta maaf la bro..
Alamak!!lupa pulak pagi esok ada rehlah. Bukan minggu depan ke. kirim salam jelah pada sahabat lain ye...
aduh, bila aku ada kerja mesti ada usrah, bila usrah pulak mesti aku tiba-tiba ada kerja..pelik betul. pergilah dulu. kang aku ada,, adalah.... takda usah cari pulak.huhu.....
Wahai ikhwah dan akhwat yang dicintai..
Wajarkah alasan sebegitu diberikan. Sedangkan kita tahu dan pasti bahawa dia memang tidak akan buat kerja yang dikatakannya itu, malah sempat pula diupdate status terkininya di muka buku. Sempat pula download cerita baru. Sempat pula lepak berjam lamanya di bilik kawan lain.
Maka di sinilah kita lihat dimana silapnya.
Tatkala keutamaan hidup dibiarkan nafsu memandunya.
Sehingga nafsu didahulukan hingga masa untuk perkara kebaikan ditutup seketa-keta yang boleh
Masa yang memang ada
Sebenarnya masa itu ada. Namun ia akan hilang sekiranya kita isikan ia dengan perkara-perkara lain yang tidak bermanfaat.
Masa antara maghrib dan isya bole kita gunakan sepenuhnya membaca buku agar selepas isya itu kita boleh menghadiri usrah.
Daripada menghabiskan masa berjam di depan komputer bermain permainan maka cubalah gantikan hanya 20-30 minit untuk siapkan sgala macam tugasan akademik yang belum siap agar sewaktu usrah atau ceramah dapat kita hadirkan diri..
Kesimpulan
Benarkah kita ini cinta pada Nabi kita Muhammad? Cinta Allah?
Bukankah baginda sendiri tidak pernah memberi alasan tatkala diamanahkan sebagai ketua negara, ketua tentera, ketua hakim, ketua rumah tangga dan sebagai pembawa risalah dakwah bagi ummah.
Semestinya baginda akan merasai keletihan yang amat sangat. Namun mana mungkin mana mungkin baginda akan berhenti atas alasan letih. kenapa?
Kerana kecintaan luar biasa Baginda pada tugasan ini dan pada Allah mengatasi segala macam kekurangan. Hatta setelah dihalau, dibaling batu penduduk Taif tetap saja baginda meneruskan tugasan dakwahnya sekembalinya di Makkah..
Marilah sama-sama kita membina semula kekuatan hubungan kita dengan Allah. Jadikanlah kisah para pejuang di jalan Allah pendamping dalam perjalanan kita ini. (bukannya kreko dan naruto).
Jadikanlah niat kita ini sentiasa diperbaharui dan disuci dari pelbagai anasir duiawi yang hanya nikmat sementara dan tipudaya semata-mata.(bukanlah pujian manusia yang kita harapkan)
lazimkan doa matsur Nabi dan solat berjemaah di surau (bukannya lazimi dengan tidur dan berjemaah dalam mengumpat).
Cubalah berkorban dengan lebih banyak lagi demi urusan agama ini. Moga pahitnya yang sementara ini akan dibalasnya dengan kemanisan hatta di dunia pun akan kita merasainya bahkan di akhirat..
InsyaAllah kita tolong agama Allah maka kita akan dibantuNya. InsyaAllah.Selamat berjuang sahabat.perjalanan masih panjang...
p/s: Ini adalah ulama bernama Fathi Yakan. beliau seorang engineer dan juga pendakwah.moga kita mampu jadi sepertinya.
I like your bawang putih bawang merah example.
ReplyDelete