Friday, March 16, 2012

Bisakah ku jadi sepertinya....

Kadangkala rasa tidak mahu menaip langsung dan kadangkala sebaliknya.

Wallahualam mengapa selalu saje berbolak balik jiwa ini. Ingin saja tetap dalam keadaan dimana kita baru saja pulang liqa di malam hari itu.

Namun kadang2 tanpa diduga sesuatu ujian mendatang memaksa kita bertindak suatu tindakan yang bukan Mukmin sepatutnya bertindak.

"Wah, hebatnya mamat tu",
"Puh! ceramahnya menusuk kalbu, jantung serta tulang dan darahku"

bermacam pujian kita pada seseorang kadangkala hingga seolah manusia itu malaikat tiada dosa dan perfect senang kata.

Sedangkan dia bisa aja diuji persis kita yang diuji malah ujiannya bisa jauh lagi hebat dasyat lagi berat dari kita.

Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa orang yang paling dahsyat yang menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka.

Pernah Ustaz Hassan Al Banna didatangi seorang yang mengadu masalahnya kepada ustaz.

Namun senang aja jawapan al akh ustaz .

Disuruhnya hamba Allah tadi berserah pada Allah kemudian dia sendiri yakni sang Ustaz ini berkongsi sendiri masalahnya hingga terdiam dibuatnya hamba Allah tadi. Rupa2nya masalahnya itu hanya kecil berbanding apa yang dilalui Ustaz ini.

Begitulah kadang2 kita semangat dan bersiap memikul risalah dakwah ini dan kadang2 terasa begitu berat seolah dihimpit dengan sebuah batu besar.

Tiada manusia di dunia ini melalui hidupnya senang2 aje.

Ingat murahkah nilai syurga itu wahai pembaca yang dimuliakan Allah?.

" Sesungguhnya Allah membeli dari org2 mukmin baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga utk mreka. Mereka berperang d jlan Allah sehingga mereka membunuh dan terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dlm Taurat, Injil dan Al Quran...."
Surah At Taubah ayat 120

Mereka itu jiwa2 militan yang tidak senang berserah pada suasana hatta dicampakkan ke mana sekalipun. Tetap, dan tetap mereka ingin membina suasana biah solehah. suasana tarbiyah.
suasana masing2 risau akan berlaku dosa.

Anda bisa boleh punya

Siapa kata mereka itu begitu hebat sejak kecil lagi?

Mana mungkin!.

Inilah hasilnya bilamana kita berterusan berjalan atas jalan juang dan dakwah ini. Bila kita terus menerus mengkat diri dengan Quran serta mutiara hadis.

Bila kita terus menerus membaca matsurat pagi petang walaupun mata layu dan tubuh penat hanya Allah yang tahu.

Bila kita terus bersungguh menyiapkan tulisan artikal dakwah semata2 utk menampalkannya di dinding surau yag entah ada entah tak insan yang membacanya.

Bila kita berhenti dari setiap perkara kita buat tatkala mendengar azan lantas bergegas menjadi muazzin tanpa saingan.

Bila kita menghempas pulas menyiapkan SGS Patho,Biochem dan Pharmaco kerana ingin mengosongkan masa demi usrah di malam hari.

Biila kita terus memikir dan memikir jalan menyelamatkan ummah di kala insan lain sudah tidur dengan lenanya....

Ya ayyuhal ikhwah wa akhawat. Sudahlah lamunan anda. Jomlah kita mula bertugas sebagai seorang penyeru kepada Allah.

Benarkah hidupmu tiada ujian??

Kita ni kadang2 rasa lost.
" duk dalam dunia ape aku sekarang ni".
"kenapa aku buat gitu kenapa tak gini".

Hidup....

Ada yang kata .
" hidup aku tak pernah diuji."

sedangkan ujian dalam hidupnya itu diukur dengan kesusahan , musibah dan gangguan.
Sedangkan hakikatnya bukan itulah ujian baginya, melainkan kesenangan berpanjangan dan berterusan itulah dia yang nama sebenarnya ujian.

Namun alangkah malangnya bilamana kita alpa akan ujian itu. Tanpa disedari hari demi hari berlalu tanpa sedikit pun rasa rugi tatkala solat dilewatkan, perangai dengki dan sombong semakin menjadi. Mengumpat dan gosip amalan setiap petang selepas balik dari surau.
melayan pandangan tanpa dialihkan, menonton TV hingga lewat malam, ...

Masa lapang diisi dengan tidur setelah kenyang dengan hidangan nasi kerabu lauk tempoyak ikan patin.

Malamnya hingga larut diisi dengan belekan buku Medik tanpa sedikitpun ingatnya pada Tuhan.
Tidak disangka akhirnya mata terlalu ngantuk hingga terlepas munajat tahajud bersama Sang Pencipta di waktu yang sangat berharga itu.

Betapa indahnya hidup ini tanpa ujian diungkapkan bertalu2.

Sedangkan inilah dia sebenarnya ujian kita yang majoritinya melalui kehidupan rutin tanpa mempedulikan langsung soal tarbiyah diri jauh sekali ummah .

Saban hari terbaca juga perkara karut bab hantu dan segala macamnya di Surat khabar dan betapa jauhnya akidah masyarakat kita dengan akidah islamiyah yang sebenar, namun langsung tiada rasa bertanggungjawab.

Saban hari juga terdengar kes murtad menjadi2, tidak langsung difikirkan itu salahnya serta besarnya amanah untuk berdakwah itu tersemai di jiwa.

Kosong wahai pembaca yang beriman! Kosong jiwa dan hati naluri itu !

Masa tidak menunggu anda

Kita akan satu hari tidak perasan betapa cepat masa berlalu. Silap2 sudah tua kang masih tetap dengan rutin harian yang sama yakni dengan meninggalkan dakwah ini. Bagaimana bisanya ummah ini ingin kembalikan kegemilangannya wahai teman pembaca yang kucintai Kerana Allah?

Sama2lah kita memerhati ayat ini:

" Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui "
- Surah At-Taubah ayat 41

Thursday, February 23, 2012

Lets become amanah

Today i'm learning on histology of female reproductive system. It was really fun eventhough we had been exposed to this topic since secondary school.

The lecturer this morning taught us a lesson. It was when her phone rang during class, she immediately pick it up and quickly answered " Sorry, Lecture" then she continued teaching.

Well it is a very good example for all of us. How she really use the time for lecture to gives only lectures. Sometimes we can see lecturers that did not appreciate the time wiyh the students.

All i want to say is actually we should all be amanah on what we do. Whatever it be we are carrying responsibilities right now, as a student we should study well. As a muslim we should strive in this world to become better muslim. As a doctor we should struggle our best to treat the patient.

This is what Islam teaches it's ummat. To become amanah over one's responsibilities.

Imagine if this world is filled with amanah people. There would be no one to cheat, take bribe or steal. All would enjoy the peace and harmony existed then.

Friday, December 2, 2011

Dosa hamba

Ya Allah Ampunilah dosa hambaMu ini, dia menyeru ke arah cahaya Illahi namun dia sendiri belum yakin , dia mengajak mencintai Mu namun dia sendiri belum , Ya Allah ampunilah hambaMu ini dan bawalah diri hambaMu ini ke jalan yang benar,,,,,

Thursday, December 1, 2011

Cinta yang sebenar

Sebentar tadi sesi pembentangan individu berlangsung di kalangan kumpulan HPD 112 . Aku pembentang ke-19 , yang sudah pasti ianya lambat lagi kerana baru ini hanya 6 orang sahaja yang telah bentang.

Pembentangan mereka memang menarik namun ada sedikit yang kurasa kurang enak.

Pembentang pertama berkongsi tentang situasi pabila ditinggalkan pasangan ( awek ) , jalan mengenal pasti apabila awek sudah tidak berminat lagi dengan kita serta solusi.

Diakhirinya pula dengan berkata,

"Semoga kita mampu bahagia bersama pasangan kita dan tidak berlaku sebarang konflik lagi"

Ya, benar kita harus sangka baik namun kelihatan kecenderungannya ke arah pasangan sebelum kahwin. Seolah mahu beritahu semua yang ada agar berhati-hatilah agar awek anda tidak lari.

Bagaimana boleh begitu sekali terjadi?

sampai boleh dijadikan sesuatu yang maksiat itu seperti halnya perkara norma yang layak diperkenalkan serta dipesan beberapa tips demi mengekalkannya.

Antara tips adalah membantunya, dan sebagainya, antara tips ingin tahu dia masih sayangkan anda, dia bla,bla.bla

Jadilah kita pencinta Allah

Aku seolah mengerti akan wujudnya kekosongan dalam jiwanya itu.

Jiwa yang menginginkan kasih sayang dan cinta yang sebenar.

Namun tak akan ditemuinya melalui pergaulan berlainan jantina sebelum kahwin seperti yang disebutkannya. maka lopong itu tetap ada serta bertambah parah andai tersilap memilih cinta.

Cuba sama-sama kita bayangkan seorang yang cintanya itu cinta pada pencipta Cinta.

Pencipta cinta ini jugalah yang memberinya ketenangan serta kebahagiaan. Malah tidak dituntutnya kita membalas kecintaannya ini melainkan kita benar2 menjadi hambanya yang taat.

jadilah kita insan yang mencintai ALlah nescaya kita kan untung selama-lamanya.

Sunday, November 27, 2011

Kematian yang mulia.

Berapa ramai tahu kematian itu mungkin mengetuk di pintu bilik anda beberapa saat lagi atau SEKARANG.

Namun mengapa sesuatu yang tidak pasti berlaku seperti tutorial lagi dua hari atau perlawanan Malaysia menentang Bahrain lebih kita yakini dan pasti serta persiapan yang dibuat tidak kurang hebatnya.

Sungguh mulia mati seorang yang syahid di jalan menegakkan kalimah Allah .Mati yang diiringi senyuman mendambakan pertemuan dengan Ar Razak. Mati yang diiringi malaikat serta bidadari.

Oh sheikh, siapa yang tidak mahukan kematian sebegitu.

Baru-baru ini ku kematian seorang sahabat seperjuangan dakwah tika di sekolah satu masa dahulu. Kamal hadi b Rosli, figur yang sering mengingatkan aku untuk mengejutkan dirinya untuk bangun tahajud kini telah menemui Rabbnya.

Namun matinya dalam keadaannya masih dalam lingkungan berdakwah . Umur akh ini baru 20 tahun. Siapa sangka kematian yang datang juga telah menghentikan terus segala cita-cita seseorang itu.

Andaikata anda mendengar seseorang berkata,
" Aku masih 20 tahun, belum tiba masanya untuk aku sibuk berdakwah"

"Relaks la Bro, jauh lagi hidup kita ni, sempat lagi nak taubat.hehe"

Bang, kak, mak, ayah walaupun kekadang kita disibukkan dengan dunia ini hingga seolah kita tiada masa untuk persiapan akhirat ini maka gunakanlah sedikit masa rehat yang kita ada itu untuk membaca Quran sehelai sehari paling kurang pun.

Cubalah amalkan doa-doa matsur dari Nabi yang boleh kita temui dalam Al Matsurat. Sekali sehari sudah cukup baik sebagai permulaan.

Selamilah makna yang terkandung dalam bacaan kita ( dalam al Quran dan matsurat ) moga-moga Allah pancarkan kesedaran hidayah pada kita dan agar ia mampu menguatkan langkah kita dalam menelusuri jalan dakwah ini.

Moga kita mati nanti kematian yang baik.

Tuesday, November 15, 2011

Ikhlas

MasyaAllah. Terkenang balik sudah lama tidak update blog ni. Muhasabah balik kenapa berblog.

Pernah murabbi saya memberitahu.

Amalan yang tak ikhlas tak akan kekal lama.

" ASbahna ala fitratil islam wakalimatilikhlasi waala dini nabiyyina muhammad saw, wa alamillati abina Ibrahima hanifa wamakanaminalmusyrikin "

" Kamiterjaga di pagi hari dalam fitrah Islam dan kalimah ikhlas dan dalam agama nabi kamiMuhammad saw dan dalam millat ( ajaran ) bapa kami Ibrahim yang hanifsedang dia bukan seorang musyrik"