Seperti yang disangka kami pelajar PASUM semakin lama semakin sibuk.Minggu pertama hanya kuliah dan lebih kepada pengenalan terhadap subjek tersebut,namun makin lama bercelaru jugak pemikiran saya.Kami mula dibekalkan dengan tugasan atau homework untuk disiapkan sebelum bermulanya kelas tutorial minggu hadapan. Ada sesetengah subjek itu cukup payah untuk difahami, maklumlah semuanya perkara-perkara baru. Subjek biologi menjadi subjek untuk kami merehatkan otak kerana apa yang kami lakukan sewaktu kelas tersebut hanyalah menyalin nota,namun cabarannya mungkin dalam menghafal perkataan saintifik yang sangatlah banyak. Semua subjek bertujuan memerah otak kami yang sudah hampir 6 bulan tidak membuka buku pelajaran. Di sebalik itu buku-buku akademik kami berkali-kali ganda lebih tebal jika dibandingkan dengan buku SPM, dan masa untuk kami mengkatamkan buku itu pula setahun, jadi cuba bayangkan betapa perlunya masa dibahagikan sebaiknya.
Namun dalam perasaan sedikit tertekan dengan banyaknya perkara yang perlu dipelajari ,seseorang itu mesti mencari perkara lain yang dapat mengisi dan mengubati hatinya yang tertekan itu. Setakat ini antara perkara yang mampu mengatasi kebuntuan saya adalah bermain futsal di waktu petang, pergi ke perpustakaan, solat jemaah di surau dan hadiri usrah.Inilah perkara yang membuatkan saya terhibur dan pada masa yang sama semakin bersemangat untuk tinggal di UM.
No comments:
Post a Comment