Wednesday, March 2, 2011

Saya bukan hipokrit.

Apa perasaan kita tatkala seseorang itu senyum pada kita namun senyumnya itu sudah pasti buat-buat dan tidak ikhlas kerana di belakang kita dialah paling kuat mengumpat terutama sekali mengenai kita.

Orang yang sentiasa sukakan keikhlasan maka akan dilihatnya ini sebagai sesuatu yang tidak bermakna malah silap haribulan boleh ditegurnya sebagai hipokrit.

Maka kita akan berkata cakap tak serupa bikin ini atau perlakuan yang bukan ikhlas ini sebagai akhlak buruk dan tidak patut dimiliki mana - mana yang bergelar muslim.

Setelah sedar betapa tidak manisnya senyuman yang mempunyai makna tersirat disebaliknya itu maka kita perlu jauhi perkara ini sejauh jauh mungkin.

Namun dalam kehidupan kita ini kadangkala manusia tidak dapat lari dari penyakit ini terutama sekali sewaktu sedang solat.

Jangan terkejut bila dikatakan solat itu hanya muncul pemujian pada Allah dari gerakan bibir dan lidah namun dalam hatinya masih ada sesuatu yang lebih dipujanya.

Selawat pada rasulullah saw juga disebut namun dalam hati masih ada insan lain yang terbayang-bayang di benaknya.

Takbir diangkat memuji Allah swt yang terbesar !

Namun lebih besar masalah di tempat kerjanya hingga berjaya mencuri perhatian hatinya sewaktu solat.

Adakah ini cakap tak serupa bikin namanya ?

penutup

Tiada yang sempurna di bumi ini.

Namun harus diingat satu hari nanti kita akan bersama-sama dikumpulkan pada hari kebangkitan.

adakah cukup dengan amalan kita kini ?

Apa pandangan Allah swt terhadap solat kita ini agaknya..

jikalau rasulullah saw menyebut bahawa solat itulah yang pertama sekali dihitung di akhirat nanti , adakah kita masih pandang enteng hal ini ?

maka saya menasihati diri saya sendiri dan pembaca untuk sama-sama memperbaiki amalan kita. Dari bangun tidur hingga terlena semula mari kita pastikan segala kata yang ditutur, segala langkah yang bergerak, segala niat di hati agar selari dengan apa yang Allah suka.

Marilah kita perbaiki solat kita terutamanya. Bacalah buku yang ada terangkan setiap pergerakan yang memang Nabi buat serta fahamilah maknanya.

Mungkin ini langkah awal yang sesuai dalam usaha mendapatkan solat yang benar benar khusyu.

2 comments:

  1. salam..
    betul, untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, kita juga kena khusyuk di luar solat, dengan berfikir tentang kejadian alam dan jutaan sistem dalam kehidupan yang dicipta dan ditadbir Allah SWT..bukannya tunggu nak solat baru nak khusyu', tapi seelok-eloknya sebelum solat kita memang dah kena khusyu'terhadap Allah..

    ReplyDelete
  2. Insyaallah.. Di, you wrote this? Macam style writing Hilal Asyraf :)

    ReplyDelete