" Mak cik saya nak beli nasi kerabu .Nah RM5 "
" Man, aku nak beli ' laptop ' kat kedai tu guna duit RM 2000 JPA "
Macam-macam boleh dibeli dengan syarat adanya duit.
Hatta , hati manusia pun boleh dibeli dengan duit.
Namun pernah terfikir tak nak beli benda yang berharga sudah tentu perlu pengorbanan yang besar. betul tak ?
Namun perkara apakah yang paling berharga di dunia ini hingga Bill Gate manusia kedua terkaya di dunia pun tak sanggup bayar, namun si pengembala kambing yang beriman mampu.
Ya, sebagaimana anda agak, 'REDHA ALLAH '.
Redha Allah itu boleh dibeli ke?
Berapa pulak bayarannya ?
Jawapannya simple saja
Dengan mentaatiNya dalam setiap suruhanNya dan menjauhi segala yang dilarangNya.
Dengar macam mudah bukan. Namun tidak sebenarnya.
Setiap detik masa yang berlalu kita bisa saja membeli redha Allah menggunakan manusia.
Ajak kawan dengar ceramah agar dia lebih mengenali Allah, insyallah melalui manusia itu kita dapat beli redha Allah
Senyum dan beri salam pada kawan, moga-moga Allah terimanya sebagai ikhlas. Dah lagi satu redha Allah dibeli.
Nampak ibu sedang sorang-sorang kemas rumah kita tolong.Moga-moga ini juga dapat beli redha Allah.
Akhirnya selepas setiap perkara berhubung manusia itu kita berupaya membeli redha Allah maka barulah boleh dikatakan orang kaya bahagia.
Kesimpulan
Kehidupan kita kini terperangkap dengan urusan duniawi yang terlampau materialistik. Mana saja pergi pasti terbayang RM,RM,RM.
Berhentilah segera dan cubalah kita seimbangkan semula kekayaan kita. Mati dalam kekayaan yang tidak berkat dan haram , natijahnya buruk.
Allah menerangkan dalam surah al baqarah ayat 262.
" orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
“Berkerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahagiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati syahid di jalan-Nya.” (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
Sunday, March 20, 2011
Untungnya jadi Muslim
Alhamdulillah, aku semakin memahami diriku ini.
kadangkala kita rasa tenang , adakalanya resah.
jiwa kita ini orang lain tidak faham , dan kita pun tidak faham.
jadi siapa yang faham ?
Hmmmm....
Allah !
Sebab Allah fahamlah Allah bagitau camana nak hidup cara yang betul, camana nak handle belbagai ujian hidup.
dalam Quran surah ar rad ayat 28;
" orang2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram "
Huh, memang terkena ayat ni. Bila kita duduk lama-lama di surau ke di mana-mana yang tenang teringat macam-macam peringatan dan berita baik dalam Quran
juga teringat surah as syams ayat 8
" maka dia mengilhamkan kepadanya ( jalan) kejahatan dan ketakwaannya "
Ada orang yang tidak faham akan dirinya lalu memilih jalan fasik maka teruklah kesudahannya. Bertambah serabutlah hidupnya. Sangat sedih melihat orang begitu.
Tapi,Tapi kalau tengok orang beriman yang pilih jalan ketakwaan barulah terasa semuanya senang. Lagipun apalah sangat masalah di dunia ni nak banding dengan masalah dalam kubur kelak. Nak bandingkan masalah atau ujian dalam membantu agama Allah pun , para sahabat tu jauh lagi besar cabaran mereka.
Tapi, sehebatnya seseorang tu pasti akan ada masa ketika dia rasa "down" .
Rasa semuanya yang dibuat tak jadi.
Rasa nak buat apa pun tak ada ' mood '
Maka bagi setiap mukmin itu kebaikan baginya. Ini tidak berlaku melainkan pada mukmin. mereka sabar bila diuji dan bersyukur bila terima nikmat.
Untungkan jadi muslim. Ada saja solusi yang Allah Yang Maha ArRahim ( Penyayang_)sampaikan melalui al quran dan rasulNya.
" yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya "
al mulk, ayat 2
dengar saja ayat ni rasa macam nak bangkit saja dari ' down ' tadi dan start buat amal
kesimpulan
jadi bagi mukmin itu sangat perlu beringat dirinya dengan al quran. Jika kau kata
" alah, semalam dah baca quran hari ni tak payah la "
" 2 hari lepas dah qiam malam ni tidur matilah "
Bukan,bukan gitu. semalam punya amalan tu lain cerita , kalo camtu orang jahat pun boleh kata
" masa kecik aku rajin solat "
Jadi betapa banyak kebaikan yang kita dah buat pun hari ni punya buku adalah buku yang lain.
sama-samalah kita beriman pada Allah.

Senjata Mukmin
Dalam al furqan ( al quran) , Allah menyebut dalam surah al hijr bagaimana iblis itu sering berusaha memalingkan kita jauh dari Allah dan rasulNya.
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka), maka akan aku perhiasi ( kejahatan) di bumi dan akan aku perdayakan mereka semuanya"
(15:39)
Dalam Tafsir Al-Azhar karangan buya Hamka , beliau menyebut perkataan ' perhiasi ' ialah yang tidak elok dikatakan elok, yang bahaya dikatakan tidak bahaya. Kalau ada sesuatu hal yang lebih banyak mudaratnya dari manfaatnya iblis akan merayukan dan menyarankan kepada manusia itu mengatakan manfaatnya lebih banyak.
Dalam tafsir Al Azhar juga menyebut perihal iblis ini yang walaupun telah diberi kebebasan menghasut kita namun masih memiliki kelemahan dan keterbatasan dalam gerak kerjanya . Dia tidak sanggup berhadapan dengan satu golongan manusia yang lebih kuat darinya.
ini digambarkan dalam ayat seterusnya,
' Kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di kalangan mereka '
(15:40)
Begitulah tugas si iblis dalam sehari-hari hidup manusia.
Dalam sebuah buku tulisan Abdul Shahiid Shafruddin menyebut bahawa setan akan cuba menyesatkan kita kalau tidak dengan cara yang keras maka akan dicuba pendekatan yang lembut.
Di kelab-kelab malam mereka sudah tidak perlu lagi ganggu kerana insan di sana sudahpun berjaya dihanyutkan.
Kini yang menjadi tumpuannya adalah tempat-tempat seperti majlis ilmu, majlis zikir dan tempat pembacaan Quran .
Bagi yang sedang membaca Quran dihasutnya untuk segera menamatkan bacaannya dan sementara mulut menyebut ayat Quran , fikiran sudah fikir jauh hal lain.
Bagi yang sedang mendengar majlis ilmu pula, dihadirkan dalam para hadirin perkara lain yang bisa menngganggu konsentrasinya.
Begitu juga sewaktu solat. Akan dijadikan manusia itu lupa sudah berapa rakaat dia solat.Perkara lain juga akan cuba diingatkan oleh iblis sedang kita solat.
Kesimpulan
Tiada yang lebih penting di saat ini melainkan kita beriman sungguh-sungguh pada Allah. cubalah, usahakanlah dan jangan sesekali anggap remeh.
Jikalau kita pernah terasa lemah maka kita buatlah perkara yang susah itu selalu moga-moga satu hari menjadi senang. jikalau rasa iman semakin merudum segeralah tingkatkan bacaan al quran , cubalah solat dengan khusyu, cubalah bersedekah, cubalah bantu kawan yang lain dan fikirkanlah bagaimana ingin membantu agama Allah ini.
Jangan biarkan diri kita hanyut dibawa kelemahan sekeliling.
Ayuh kita tanamkan pokok keimanan itu dalam diri kita. Kita baja, kita siram kita tidak akan biarkan ia layu dek pokok lain yang layu. Malah kita cuba hasilkan buah yang baik untuk kebaikan sekeliling kita.
Semoga sama-sama kita jadi hamba Allah yang beriman.

Monday, March 7, 2011
masbuk solat jumaat
Baru-baru ini kawanku bertanya bagaimana jika kita solat jumaat dan masbuk pada rakaat kedua.
berikut dipetik dari laman web Al-Ahkam .net
Seseorang yang sempat dengan satu rukuk imam, dikira sempat dengan solat tersebut. Berdasarkan hadis Nabi SAW:
" Sesiapa yang sempat satu rakaat daripada suatu solat, maka di dikira sempat dengan solat itu.
Direkod oleh Bukhari (no: 555) dan Muslim (no: 607).
Bererti: Sesiapa yang sempat dengan rukuk imam pada rakaat kedua sembahyang Jumaat, maka dia dikira sempat dengan satu rakaat solat Jumaat. Apabila imam memberi salam, hendaklah ditambah satu rakaat lagi.
Jika dia takbiratul ihram selepas selesai rukuk imam pada rakaat kedua, (contohnya masa iktidal atau tahiyyat akhir), maka dia dikira tidak sempat dengan solat Jumaat. Hendaklah ditambah 4 rakaat zohor. Inilah pendapat mazhab Syafie, Maliki, Hanbali dan kebanyakan ulama. (Majmuk 4/558)
Wallahu A'lam.

Wednesday, March 2, 2011
Saya bukan hipokrit.
Apa perasaan kita tatkala seseorang itu senyum pada kita namun senyumnya itu sudah pasti buat-buat dan tidak ikhlas kerana di belakang kita dialah paling kuat mengumpat terutama sekali mengenai kita.
Orang yang sentiasa sukakan keikhlasan maka akan dilihatnya ini sebagai sesuatu yang tidak bermakna malah silap haribulan boleh ditegurnya sebagai hipokrit.
Maka kita akan berkata cakap tak serupa bikin ini atau perlakuan yang bukan ikhlas ini sebagai akhlak buruk dan tidak patut dimiliki mana - mana yang bergelar muslim.
Setelah sedar betapa tidak manisnya senyuman yang mempunyai makna tersirat disebaliknya itu maka kita perlu jauhi perkara ini sejauh jauh mungkin.
Namun dalam kehidupan kita ini kadangkala manusia tidak dapat lari dari penyakit ini terutama sekali sewaktu sedang solat.
Jangan terkejut bila dikatakan solat itu hanya muncul pemujian pada Allah dari gerakan bibir dan lidah namun dalam hatinya masih ada sesuatu yang lebih dipujanya.
Selawat pada rasulullah saw juga disebut namun dalam hati masih ada insan lain yang terbayang-bayang di benaknya.
Takbir diangkat memuji Allah swt yang terbesar !
Namun lebih besar masalah di tempat kerjanya hingga berjaya mencuri perhatian hatinya sewaktu solat.
Adakah ini cakap tak serupa bikin namanya ?
penutup
Tiada yang sempurna di bumi ini.
Namun harus diingat satu hari nanti kita akan bersama-sama dikumpulkan pada hari kebangkitan.
adakah cukup dengan amalan kita kini ?
Apa pandangan Allah swt terhadap solat kita ini agaknya..
jikalau rasulullah saw menyebut bahawa solat itulah yang pertama sekali dihitung di akhirat nanti , adakah kita masih pandang enteng hal ini ?
maka saya menasihati diri saya sendiri dan pembaca untuk sama-sama memperbaiki amalan kita. Dari bangun tidur hingga terlena semula mari kita pastikan segala kata yang ditutur, segala langkah yang bergerak, segala niat di hati agar selari dengan apa yang Allah suka.
Marilah kita perbaiki solat kita terutamanya. Bacalah buku yang ada terangkan setiap pergerakan yang memang Nabi buat serta fahamilah maknanya.
Mungkin ini langkah awal yang sesuai dalam usaha mendapatkan solat yang benar benar khusyu.

Subscribe to:
Posts (Atom)