Dalam al furqan ( al quran) , Allah menyebut dalam surah al hijr bagaimana iblis itu sering berusaha memalingkan kita jauh dari Allah dan rasulNya.
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka), maka akan aku perhiasi ( kejahatan) di bumi dan akan aku perdayakan mereka semuanya"
(15:39)
Dalam Tafsir Al-Azhar karangan buya Hamka , beliau menyebut perkataan ' perhiasi ' ialah yang tidak elok dikatakan elok, yang bahaya dikatakan tidak bahaya. Kalau ada sesuatu hal yang lebih banyak mudaratnya dari manfaatnya iblis akan merayukan dan menyarankan kepada manusia itu mengatakan manfaatnya lebih banyak.
Dalam tafsir Al Azhar juga menyebut perihal iblis ini yang walaupun telah diberi kebebasan menghasut kita namun masih memiliki kelemahan dan keterbatasan dalam gerak kerjanya . Dia tidak sanggup berhadapan dengan satu golongan manusia yang lebih kuat darinya.
ini digambarkan dalam ayat seterusnya,
' Kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di kalangan mereka '
(15:40)
Begitulah tugas si iblis dalam sehari-hari hidup manusia.
Dalam sebuah buku tulisan Abdul Shahiid Shafruddin menyebut bahawa setan akan cuba menyesatkan kita kalau tidak dengan cara yang keras maka akan dicuba pendekatan yang lembut.
Di kelab-kelab malam mereka sudah tidak perlu lagi ganggu kerana insan di sana sudahpun berjaya dihanyutkan.
Kini yang menjadi tumpuannya adalah tempat-tempat seperti majlis ilmu, majlis zikir dan tempat pembacaan Quran .
Bagi yang sedang membaca Quran dihasutnya untuk segera menamatkan bacaannya dan sementara mulut menyebut ayat Quran , fikiran sudah fikir jauh hal lain.
Bagi yang sedang mendengar majlis ilmu pula, dihadirkan dalam para hadirin perkara lain yang bisa menngganggu konsentrasinya.
Begitu juga sewaktu solat. Akan dijadikan manusia itu lupa sudah berapa rakaat dia solat.Perkara lain juga akan cuba diingatkan oleh iblis sedang kita solat.
Kesimpulan
Tiada yang lebih penting di saat ini melainkan kita beriman sungguh-sungguh pada Allah. cubalah, usahakanlah dan jangan sesekali anggap remeh.
Jikalau kita pernah terasa lemah maka kita buatlah perkara yang susah itu selalu moga-moga satu hari menjadi senang. jikalau rasa iman semakin merudum segeralah tingkatkan bacaan al quran , cubalah solat dengan khusyu, cubalah bersedekah, cubalah bantu kawan yang lain dan fikirkanlah bagaimana ingin membantu agama Allah ini.
Jangan biarkan diri kita hanyut dibawa kelemahan sekeliling.
Ayuh kita tanamkan pokok keimanan itu dalam diri kita. Kita baja, kita siram kita tidak akan biarkan ia layu dek pokok lain yang layu. Malah kita cuba hasilkan buah yang baik untuk kebaikan sekeliling kita.
Semoga sama-sama kita jadi hamba Allah yang beriman.
No comments:
Post a Comment