" Mak cik saya nak beli nasi kerabu .Nah RM5 "
" Man, aku nak beli ' laptop ' kat kedai tu guna duit RM 2000 JPA "
Macam-macam boleh dibeli dengan syarat adanya duit.
Hatta , hati manusia pun boleh dibeli dengan duit.
Namun pernah terfikir tak nak beli benda yang berharga sudah tentu perlu pengorbanan yang besar. betul tak ?
Namun perkara apakah yang paling berharga di dunia ini hingga Bill Gate manusia kedua terkaya di dunia pun tak sanggup bayar, namun si pengembala kambing yang beriman mampu.
Ya, sebagaimana anda agak, 'REDHA ALLAH '.
Redha Allah itu boleh dibeli ke?
Berapa pulak bayarannya ?
Jawapannya simple saja
Dengan mentaatiNya dalam setiap suruhanNya dan menjauhi segala yang dilarangNya.
Dengar macam mudah bukan. Namun tidak sebenarnya.
Setiap detik masa yang berlalu kita bisa saja membeli redha Allah menggunakan manusia.
Ajak kawan dengar ceramah agar dia lebih mengenali Allah, insyallah melalui manusia itu kita dapat beli redha Allah
Senyum dan beri salam pada kawan, moga-moga Allah terimanya sebagai ikhlas. Dah lagi satu redha Allah dibeli.
Nampak ibu sedang sorang-sorang kemas rumah kita tolong.Moga-moga ini juga dapat beli redha Allah.
Akhirnya selepas setiap perkara berhubung manusia itu kita berupaya membeli redha Allah maka barulah boleh dikatakan orang kaya bahagia.
Kesimpulan
Kehidupan kita kini terperangkap dengan urusan duniawi yang terlampau materialistik. Mana saja pergi pasti terbayang RM,RM,RM.
Berhentilah segera dan cubalah kita seimbangkan semula kekayaan kita. Mati dalam kekayaan yang tidak berkat dan haram , natijahnya buruk.
Allah menerangkan dalam surah al baqarah ayat 262.
" orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
thanks! oh tolong kemas rumah pun dapat pahala ye..tapi kemas kat rumah tu sekejap je bertahan, lepas tu bersepah balik..haha takpe lah.. bro why don't you write about medical student's life. i really want to know about it.
ReplyDelete