Baru-baru ini kawanku bertanya bagaimana jika kita solat jumaat dan masbuk pada rakaat kedua.
berikut dipetik dari laman web Al-Ahkam .net
Seseorang yang sempat dengan satu rukuk imam, dikira sempat dengan solat tersebut. Berdasarkan hadis Nabi SAW:
" Sesiapa yang sempat satu rakaat daripada suatu solat, maka di dikira sempat dengan solat itu.
Direkod oleh Bukhari (no: 555) dan Muslim (no: 607).
Bererti: Sesiapa yang sempat dengan rukuk imam pada rakaat kedua sembahyang Jumaat, maka dia dikira sempat dengan satu rakaat solat Jumaat. Apabila imam memberi salam, hendaklah ditambah satu rakaat lagi.
Jika dia takbiratul ihram selepas selesai rukuk imam pada rakaat kedua, (contohnya masa iktidal atau tahiyyat akhir), maka dia dikira tidak sempat dengan solat Jumaat. Hendaklah ditambah 4 rakaat zohor. Inilah pendapat mazhab Syafie, Maliki, Hanbali dan kebanyakan ulama. (Majmuk 4/558)
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment